Wednesday, September 9, 2009

CANTIKNYE TARIKH HARI NI... 09.09.09

CANTIK TARIKH HARI INI KAN.. 09.09.09





Hem.. perasan tak hari ni.. tarikh sungguh cantik angkanya kan.. 09.09.09. best je bile tgok calendar hari ni…. Mesti ramai yang amik tarikh ni untuk mengabadikan hari bersejarah kan. .macam perkahwinan ke, pelancaran product ker, pindah rumah ke, beli handphone or barang2 peribadi ke..heheh…atau ape saje.. Ha.. ni belum termasuk lagi yg melahirkan baby kan.. hem.. bertuah kan miliki tarikh yg cantik ni.. senang nak ingat kan..kan..kan….

Macm sy… errr… memang boleh di kenang tarikh ni.. bukan kerana peristiwa best or manis.. tapi kurang manis.. tawar..lagi kelat....!!..huhuu…

Kena marah n di malukan …!!.. teruk giler.. .. mujur kekuatan inner cukup untuk menerima semua ini… Alhamdulillah.. tahap kesabaran cukup tinggi.. yg penting.. tak mengalirkan airmata…!!... dulu ..kan.. senang la sangat air mata ni nak keluar ..terutama lepas kena marah..!!..

Hari ni.. ..err..entahla.. rase macam dah tak dihargai…. Kesalahan sentiasa dinanti untuk diperdebatkan.. setiap inci masa, setiap saat masa bekerja di pertikai….. bercakap sepatah serba tak kena.. huuhuuu… Hanya Allah saje yg tahu ape yg saya alami tika ini.. Hilang seketika tempat untuk mengadu.. ha..hanya di sini la ku coretkan luahan hati ni…..

Hem.. cukupla setakat ini.. yg pasti di bulan Ramadhan penuh berkat ini… bulan di mana doa2 dari hati yg ikhlas di makbulkan Allah… berserta tarikh yg cukup cantik ini.. saya abadikan kenangan menjadi mangsa kemarahan di hadapan staff2 yg lebih junior sebagai satu kenangan yg tak dapat dilupakan… Menjadi sejarah… kemarahan atas kesalahan yg sengaja di rekacipta oleh setengah pihak.. tujuan ape ..tak pasti.. tapi hati ini dah retak seribu .. menanti masa untuk berkecai n berserakan di lantai… atau terus ke sungai…..??? hem… Semoga Allah kurniakan saya dgan kesabaran, pasrah dan tenang menerima semua dugaan ini dgan hati yg tenang dan mudah senyum walaupun …… …….!!!

Ibadah puasa di bulan Ramadhan ini tinggal lebih kurang 9-10 hari lagi… semoga kita semua “melalui dan menikmati keindahan” malam yg dinanti2.. iaitu Malam LailatulQadar… Juga.. Menanti hari nak buat biskut raya..untuk keluarga… n….balik kampong.. !!..mengingatkan ini..hati yg retak tadi berbunga riang… hilang stress…!!...

Untuk coretan arini.. sy selitkan video ini….

****



Saturday, September 5, 2009

SOLAT SUNAT TARAWIH DAN FADHILAT.....

Hai…Alhamdulillah.. bertemu kita kembali di blog ku ini…Hari ini adalah hari ke 15 kita berpuasa di bulan Ramadhan ini dan.. Saya harap masih belum terlambat untuk sy mengucapkan SALAM RAMADHAN untuk ke tahun 1430 hijriah ini…

Semoga kita sama2 mendapat keberkatan dan bersama2 merebut ganjaran pahala yang dijanjikan Allah S.W.T di atas segala amal ibadah yang di kerjakan dengan hati yg iklas dan penuh tawadu’… di bulan mulia ini.... Insya-Allah…

Antara keistimewaan di Bulan Ramadhan ini adalah Solat Sunat Tarawih, yg semestinya tiada di bulan2 lain. Dimana jika kita melakukan amalan sunat ini disetiap malam ramadhan ini dgn hati yang ikhlas, khusyuk dan tawadu’, insya-Allah ada ganjaran yg menanti setiap kita…

So, di sini secara ringkas dan padat, saya kongsikan Fadhilat dan kelebihan Solat Tarawih……….

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH


1. Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Malan Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


8. Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Akhir kata, semoga Ramadhan kali ini.. dapat membersihkan jiwa kita, dan menginsafi kesilapan lalu. Juga merapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga, jiran dan sahabat handai.. Juga mendisplinkan kita untuk lebih berjimat cermat dalam berbelanja.

Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua andai di posting, chatting... lalu ade kekasaran, sindiran atau apa sahaja yg kurang enak di baca dan di dengar..... Amin.....

Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK



Hai...semua.. semoga ceria-ceria tika ini....
Ha..begitu pantas masa berlalu.. dan... kini....
Pada 22hb Aug 2009 semua Umat Islam akan mula mengerjakan ibadah puasa...Di kesempatan ini .. sy nak mengucapkan selamat berpuasa. Sama-samalah kita melipatgandakan amal ibadah kita dibulan penuh dengan keberkatan dan pengampunan dosa daripada Allah SWT.

Memetik Sabda Rasulullah SAW: Daripada Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad SAW bersabda:-

"Apabila tiba bulan Ramadhan, terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai,"


Kita digalakan memperbanyakkan amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti Solat Tarawih, bertadarus, Bersedekah dan Berzakat.

Menjauhi sejauhnya daripada melakukan sebarang bentuk maksiat. Sabda Rasulullah SAW:
"Berapa ramai orang yg berpuasa tetapi tidak mendapat sesuatu pun daripada puasa selain lapar dan dahaga".

Suka saya untuk berkongsi juga dari petikan artikel dari sebuah khabar:

Ramadhan turut boleh di ibaratkan sebagai medan latihan mendidik jiwa selain mambangun potensi manusia, terutama menggilap 3 kekuatan yg ade pda diri manusia, iaitu:-

** AKAL -- akal dapat ditajamkan melalui pembacaan Al-Quran, iaitu kita dapat gunakan untuk menambah nilai kemanusiaan selain manjana pembangunan bersifat menyeluruh.

** JIWA -- jiwa dapat dibangunkan dengan membanyakkan amalam sunat dan melakukan aktiviti membangunkan masyarakat serta menahan diri daripada menurut kehendak hawa nafsu selain godaan syaitan dalam kehidupan harian.

** FIZIKAL -- secara saintifik ibadat puasa dibuktikan mampu membantu meningkatkan kesihatan fizikal manusia. Kebanyakan pakar perubatan mengatakan bahawa berpuasa adalah cara paling efektif untuk menyembuhkan sebarang penyakit


Akhir kata.. Rebut waktu2 emas dlam 30 hari ini untuk mensucikan diri, memohon ampun, dengan melipatgandakan amal ibadat.. Semoga Ramadhan ini memberikan satu transformasi hati yg lebih bersih .....mudah-mudahan.. INSYAALLAH...Amin..



(untuk paparan lebih jelas, sila click pd image ini)

Wednesday, August 12, 2009

MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA



Menyerlah Jauh Dari yang Biasa...
Untuk diri ku sendiri, untuk kengkawan semua.. untuk bloggers yg singgah kat CL ni.. semoga kite sama2 MENYERLAH JAUH.. DARI YANG BIASA.... !!!!.. menyerlah .. dari apa jua sudut, apa jua bidang .. pendek kata.. ape-ape saje yang korang sume ingin impikan...


Saya..?... hem... ya.. saya punya impian.. setiap bait lirik lagu ini ... menceritakan dan melontarkan kata hati ... sy ini.... Yes.. saya ingin
MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA....!!!!...


Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti


Ulang :
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


Harapan saya.. agar lagu ini inspiring us untuk mencapai ape yg kita semua impikan...!!!...








Saturday, August 1, 2009

TUJUH KALIMAH SUCI

Hai.... bertemu kembali... di seawal jam pada tarikh baru.. bulan baru.. err..dlm tahun yg sama ni...... 1st Aug 2009 bersamaan 9 Syaaban 1340 Hijriah

kite nak berkongsi tentang sesuatu yang ade kala kite alpa untuk melafazkannya........(kite pun adekale gitu.. but itu dulu...la...)...!!... tapi Alhamdulillah.... perubahan demi perubahan kite dah lakukan..demi kebaikan diri untuk hari ini.. dan seterusnya ...


And now,...kite nak kongsikan slide2 7 kalimah Agung ini.. supaya hidup kite lebih mendapat keberkatan dan sentiase mengingati-Nya.. di kala susah mahupun senang......

























Kite juga mengalu2kan ..kepada semua pembace.. blogger-blogger... kengkawan.. .. tak kirela sesape saje yg dropby kat sini.. untuk amik slide2 Kalimah Suci ini.. untuk di letakkan di ruang blog or FP or Facebook ke.. Wordpress ker atau apesaje..... Jangan risau.. tiade caj pun di kenakan.. Amik la.. It's free... FOC... percume..!!.. Tiade hidden cost.. apelagi hidden agenda.. !!

Kite dapat ni pun dari seorang kawan yg nun jauh di selatan
yg mengemail ke inbox kite...!!

Juga andai ade yg inginkan slide presentation yg lebih menarik.. bolehla dropkan email address anda di ruangan Comment kat bawah ni..or di Chat box di sebelah ni... Kite akan emailkan kepada anda untuk anda kongsikan pade rakan2, saudaremare.. yg anda ingin kongsikan...

Semua ini..hanya untuk berkongsi...berkongsi info... saling ingat mengingati.... supaya semua mendapat manfaatnyerrr.... Amin....

Ok... orait... !! jangan lupe amik yer....!!... bye.. jumpe di lain post....

"Jaga Diri Hiasi Peribadi"

Friday, July 31, 2009

BULAN SYAABAN

Amalan & Kelebihan

Suka kite untuk berkongsi dengan kawan2 tentang Bulan Syaaban. Walaupun telah melepasi beberapa hari .. tetap ada kelebihan dlam setiap amalan yg di kerjakan pd bulan ini.. Tertarik kite membace petikan dari sebuah buku ini yang berbunyi:

……Sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yg diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, sabda baginda bermaksud:-

“Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku.”

… ketiga-tiga bulan itu (Rejab, Syaaban, dan Ramadhan) hendaklah dihayati dan dimanfaatkan sebaik-baiknya, sebagai usaha pelaburan yang amat menguntungkan pada hari akhirat kelak.

Ya..kalau sebelum ini kite ade juga berkongsi tentang amalan & kelebihan bulan Rejab, kali ini kite nak berkongsi pula Kelebihan bulan Syaaban dalam setiap amalan yg di kerjakan..

Semoga semua dpt manfaatnya....

PUASA SYAABAN

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud bahawa baginda suka berpuasa penuh sebulan Syaaban kerana bulan tersebut malaikat maut menghapuskan nama orang-orang yang akan dicabut rohnya (mati) di sepanjang tahun itu. Baginda amat suka jika malaikat maut itu tidak mengambil roh baginda melainkan di dalam bulan Syaabn (dimana baginda sedang berpuasa)

PUASA HARI ISNIN

-Barangsiapa yg berpuasa pada hari isnin yg terakhir dalam bulan Syaaban akan diampunkan dosanya.

PUASA HARI KHAMIS

- Mereka yg berpuasa sunat pada hari Khamis pertama bulan Syaaban dan Khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan ke dalam syurga.

PUASA TIGA HARI

- Mereka yang berpuasa sunat tiga hari dalam bulan Syaaban dan beselawat ke atas Nabi s.a.w sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya.

PUASA SEBULAN SYAABAN

Mereka yg dapat menyempurnakan puasa sunat sebulan Syaaban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaratul-maut, terlepas daripada azab kubur, ditutup Allah aibnya pada hari Kiamat dan diwajibkan baginya syurga.



NIFSU SYAABAN (15 Syaaban)

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud, apabila tiba malam Nisfu Syaaban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya. Allah s.w.t berfirman,
"Sesiapa yg meminta ampun, maka Aku mengampunkannya, mereka yg ditimba bala bencana Aku lepaskannya, mereka yg meminta rezeki Aku berikan rezekinya”

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Pada malam Nisfu (pertengahan) Syaaban digalakkan membaca Surah Yaasin 3 kali sama ada individu atau berjemaah di mana jua:

Bacaan Yaasin pertama: niatkan memohon dipanjangkan umur untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan2 Allah.

Bacaan Yaasin kedua: niatkan memohon keluasan rezeki yang halal serta diberkati.

Bacaan Yaasin ketiga: niatkan memohon ditetapkan iman yang sempurna sehingga meninggal dunia kelak.

Inilah buah tangan kite pada hari ini.. harap masih belum terlewat untuk kengkawan semua menghayati Bulan Syaaban ini…

Sesungguhnya yang baik datang dari Allah .. … Amin…

Kekalau ade mane2 yang terkurang nak ditambah.. sila-silala kita sama berkongsi ya....

Monday, July 27, 2009

KEINDAHAN JODOH

Tinggg..tongggg.....!!!.. email pilihan...!!...

Malam ni.. kite buat blogrounding.... 1 world..... saje aktiviti santai.. sebelum masuk tido... sedang asyik kite buat blog rounding.. ... peti email menjerit2.. bagitau.. ade email masuk..!!.. stop kejap blog rounding.. n. .. p la bukak email tu.... oo..... my virtual friend.. sharing artikel.. hem.. panjang la pulak..
!!.. tapi nampak sesuatu yg menarik..!!..hem.. so..kite pun teruskanla membace sehingga abis..!!.. nak tau pe yg kite dapat..?.. .. Jom la bace sesame... moga menambah knowledge.. .. dan juga sebagai kata2 motivasi untuk life ..... :


##KEINDAHAN JODOH ##

Sahabat jangan kita lupa pelangi walaupun ia cantik namun ia hanyalah bersifat sementara..dan ia akan muncul tah bila lagi kitapun tak tahu..sedangkan matahari begitu setia dengan kita sampai waktunya akan menyinari kita semua..bila sampai waktu magrib akan hilanglah ia..namun esok sesudah subuh pasti ia akan kembali menyinari kita..oleh itu jgnlah kamu lupa akan jasa matahari..dek kerana terpesona dengan indahnya pelangi..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Adaorg jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.




Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cubamendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Sunday, July 26, 2009

KENAPA JADI BEGITU.....!!!

Agak lame tak update blog.. tak de new post.. yela.. ade beberapa perkara yg menuntut kite untuk bertanggungjawab menyelesaikannya... .. selain sedikit masalah kesihatan.. ape lagi kalo bukan Migrain..!!...


So... Hari ni.. kite terasa nak menulis sedikit.. tentang suatu yg sering menjadi tanya tanye dalam hati ini…. Tentang……. Huh… tak sukanye nak kuarkan… tapi… kite tak leh la biarkan sesuatu persoalan tergantung…!!!?.... mehla kite kongsikan
kat sini…..


Gini…. Sebelum ni slalu la juga dengar orang cerite, tgok tv.. kisah benar ke.. drama ke… atau kengkawan cerita tentang hubungan sama jenis ni… Masya-Allah… ni bukan nak bukak aib sesiape…kite sekadar melepaskan suara hati yg terbuku ni jek…. Camni… bile tgok tv ..kite memang rase geli… marah.. n adala belbagai perasaan lagik dlm diri ni ..bile tgok hubungan jenis itu… TETAPI… siape la kita nak jatuhkan hukuman pada mereka..kan… cume terpikir.. selalu tertanya-tanye..kenapa mereka jadi begini…?... Yang telah diciptakan ngan rupa paras yg kacak, segak.. yg sememang dan sepatut nya akan menjadi pasangan kepada kaum sebaliknya… Begitu juga ngan yg di kurniakan rupe paras yang cantik,. Comel, anggun.. untuk kaum yang sebaliknya juga..NAMUN… mereka … bagai tidak bersyukur ngan ANUGERAH yg telah diberikan… Mereka melintang arus kehidupan… dengan MEMILIH pasangan dari kaum mereka sendiri…!!!???.. argh..!!!.. Kite bukan sesiape.. namun naluri ingin tahu kenapa mereka jadik begitu kian membuak2.. sehinggakan… One day….

Di kawasan kejiranan kite ni … kite merupakan antara penghuni terawal di sini.. jadi.. di kejiranan ..kite boleh melihat.. satu persatu keluarga.. penghuni baru di sini.. begitu jugala dgan penyewa.. termasuklah remaja.. student2… Kite mengenali sekumpulan remaja ini..yg merupakan student di Kolej berdekatan di sini… Off course semua girl… comel2 ..belaka… Kerana kesibukan kite.. ngan kerjaya..dan mereka ngan study.. kami jarang bertemu… adakala bertembung di lif atau di jalanan… Until one day… kite satu lif ngan seorg student ni.. seperti biasa bertegur sapa… Oleh kerana tau dia dari arah mana.. kite boleh cam la … siape dia…BUT… if .. tetiba dah ada di situ..Sure.. kita tak kenal dia… .. sebab.. dressing dia… berlainan… itu ok sikit.. sebab zaman sekarang … girl suka yg ringkas n simple seperti lelaki… But yg lebih buat kite shock.. is… rambut… bak kate iklan.. ‘Terpacak’..yes… persis seorg lelaki kacak..!!!..yg cute..!!.. Kite tak la direct tanye dia.. pape..just say hai..n .. senyum.. untung dia still respect kite mcm kakak.. pas tu dah jarang sgt terjumpe dia ni…

Until one day.. kite terborak ngan housemate dia… .. dek sebb dia buke cite .. kite pun ringan kan la mulut bertanya.. tentang budak cute tu..hehehe… then.. dia cite… ringkas..yg kawan dia berubah jadi gitu..sebab.. ‘boyfriend tinggalkan dia… so..frust. gilerr…. Then..sikit2 dia berubah perangai… n ..jadi la mcm yg akak nampak tu…!!.. katenye kepadaku…then sambung cite....” dia ade kawan baik girl.. girl ni selalu amik berat ..n caring dia.. last2.. girl ni.. so close n.. girl ni buat dia jadi gitu..” “jd yg mcm akan nampak sekarang…!!’’.. ha gitula citer si housemate dia… Wah..kite terkejut betul ngan cite tu… That’s mean.. .. dia dah ade ‘girlfriend’.. n..maknenye..dia dah bertukar sifat..ke … ??...yah..itu la yg terjadi… Sejak dia berubah gitu..dia makin jarang kenal kite… ade kala penah tunggu lif sama2.. dia yg bergaya ala2 ‘lelaki’ itu buat2 tak nampak kite yg sama2 menunggu lif ….. ni… huhuu… tak pela.. maybe dia tak nak kite Cam dia kot..or..tak nak kite khutbah kat dia.. hehehe…!!...

Baru2 ni.. terserempak ngan budak cute ni… yg buat kite terkejut n tergamam sampai tak dpt nak tegur mereka walau dah selisih sebelah ni… ialah… kite nampak depan mata kite. . si budak cute ni..dgan housemate yg dok cite ttang ‘transformation’ kat kite ni… berjalan berpegangan tangan..!!... persis ..couple2 zaman sekarang ni…!!!... di kawasan public….! Kite mulanya..tak la nak sangka yg bukan2.. ala ..pe lasalah kengkawan pimpin memimpin kan… tapi..naluri.. atau lebih tepat lagi my instinct… ada sesuatu… hem… … MASYA-ALLAH… sedih bile dok pikir gini… nampak depan mata.. … mereka still young.. cantik..cute....tapi…jadi cenggini… Ya Allah.. semoga diberi Hidayah kepada mereka ini.. …..

Ade gak suatu hari ..kite balik dari kg.. lewat malam… then sama2 tunggu lif ngan sekumpulan 4 org remaja yg bergaya funky… .. kecoh.. !!.. kite buat selamba jek..tak la perhatikan depa ni… then dlm lif.. hanya kite n… 4 org remaja ni… since mereka depan kite..n.. mereka ni kecoh sgt… kite jadi pemerhati mereka je la.. huhu… rupe-rupenya.. baru la kite perasan… ini ‘couple pelik’… sebab…. Errr… entahla.. tak tau nak kategori cemane… takut la nak cite.. eeeee…. Kite hanye mengucap panjang jek…. Sedih la melihat mereka… para remaja jadi camni…. Adakah mereka sedang merangka plan kehidupan yg rosak.. tok masa depan mereka…??.. kite bukan tak nak tegur perbuatan mereka… tu..kite boleh je nak tegur direct.. tapi… memandangkan kite tak de sesape kat situ… kite pikirkan what is my protection here..?.. .. duduk di Klang valley ni… tanpa sesiape… kena berhati2… ... adakala kite tak leh tegur tindak tanduk mereka.. kang nanti.. adela perkara2 yg mereka akan buat kat kite... huhuuu...takutnye...!!!... Bukan nak pikir tak elok .. tapi... errr.... tu la.... adekala kite kena buat2 bodoh.. jgn ambik tahu hal orang.. walaupun kite tak boleh buat2 bodoh.. buat dek.. jek….. tapi.. environment..memaksa kite buat gitu… huh… terpaksa la… … Tapi kite Cuma mampu berdoa kepada Allah dlm hati.. agar sesuatu yg lebih baik akan berlaku…dan mereka dpt berubah ke arah yg lebih baik......

Kat umah kite tak leh lelapkan mata… tetiba berlega2..tentang kisah yg di lihat.. di dengar termasuk juga komen org tentang berpelukan, berpimpinan sesame jenis ni…

Itu tadi kisah girl yg transform jadi boy… ape tu..org kate.. tomboy. .. kata kasar…pengkid.. .. seorang yg semulajadi di cipta sebaik-baik.. kelembutan, sopan, ayu, anggung..comel… tetiba bertukar jadi.. lawanan… kasar.. dan yg sewaktu dgannya.. Aduhai…. N ini ..satu lagi kisah… .. tentang lelaki yg semula jadi di cipta Allah ..ngan tampan, gagah berani… kental dn sebaiknya umat untuk memimpin kaum Hawa… telah Transform ke… sebaliknya… aduh..nak cite…. Rase diri ni malu pulak… eh tapi ni kite bukan nak cite tentang maknyah… tak…bukan… ni.. transform yg jadi.. ‘berkepit ngan kaum sejenis..’.. ape tu.. org panggil … ‘Gay’… ye.. ade yg betul2… kental.. maintain segak.. tapi ade juga yg berpakaian memang lelaki.. tapi.. ‘lembut’ sikit… yang lembut ni.. biasanye adalah ‘girlfriend’ kepada si lelaki yg maintain segak , kental.dan bergaya ni… Hhehehe… kite tak de environment gini…cume ..ni sume … hasil daripada.. byak tgok drama2 kat tv.. n bace novel… !!....

BUT… secara tak sengaja juga… in my reality life… kite di pertontonkan ngan.. pasangan ini… opss...!!. kite tak pasti… how sure mereka ni ..pasangan gay.. but.. dari gaya… tingkahlaku.. keakraban.. perkongsian… yg di jamu depan mata ..… maka..terbit rase sesuatu..’my instinct’ berkata2 lagi… Waduh…!!!.. tak kan la… kan.. mereka ni.. nampak kawan rapat..kemana ..sentiasa sama.. . . .. pada awal2 tu.. kite tak la terasa pape.. cume.. rase.. .. kagum ngan mereka ni.. .. sehati sejiwa.. jarang nak jumpa kengkawan lelaki yg gitu.. hem.. until one day.. which my instinct mula berkata2.. apabila.. mereka syer minuman bersama…!!... huh…kengkawan girl.... order sendirik2…tapi yg mereka dua ni… pesan satu untuk syer… satu strow lagik…!!!... n ade la lagi gaya2 mereka ni.. yg buatkan hati diruntun duka… heheh..ye la..pe daknya…. Mereka ni.. ..hensem2.. boleh la nak jadi calon untuk kite ..hehehe…(melawak jek) gini... mereka tu… boleh jadi suami sorang perempuan.. but.. buat gitu pulak…!!.. kan makin pupus..lelaki sejati kat dunia ni… patut la sampai sekarang kite tak de calon lagik…!!!.. heheh..(gurau jek)… ..

Tapi.. tak semua lelaki lembut yg cenggitu… ade yg mencipta nama dan jalani kehidupan normal.. jadi suami kepada isteri..jadi ayah yg bertanggungjawab dan alim ..taat perintah agama… Cuma.. sifat je dah di takdirkan ‘agak lembut’ ..

Ok..ok..sambung cite balik….

Huh.. Sayang seribu kali sayang.. .. kalo la my instinct berandaian yg mereka itu ‘ada sesuatu..’… tu benar… aduh… betapa kecewanya… minah2 cun yg nak cube nak tackle mereka selama ini.. putih mata jek.la... sebab..mereka punya citarase berbeza..!!.. Kite harap..ni.. andaian yg tak benar.. kita tak setuju mereka dua jadi begitu.. .. Kalaula ..kite ni punya kuasa..luarbiase… kita nak sangat sedarkan mereka ni… jangan la terjerumus ke aktiviti yg tak bagus nie…. Tak kan dek kerana frust ngan kaum hawa..mereka jadi cenggitu kan…!!..hem… entah ..tak pasti.. … kite tak pasti kenape mereka buat gini... .. ..!!!

Wahai..kawan2.. or sesape yang membace tulisan kite ni.. andai juga anda hampir2..or dah dalam lingkungan kisah ini…. SEDARLAH… Allah itu maha pengampun dan penerima Taubat umatnya… Sedarla sebelum terlambat…!!..ingatla pada mereka2 yg anda sayangi.. yg juga mereka2 yg menyayangi anda… BERUBAH la… kaum Adam di perlukan dan selayaknya berdampingan dengan Kaum Hawa… anda adalah Pelindung mereka.. pemimpin mereka.. … Dan.. wahai kaum sejeniskku.. Kaum Hawa.. anda adalah sebaik2 ciptaanNya untuk menjadi sokongan kepada kaum Adam.. menjaga makanminum.. menjadi ibu kepada anaknya….semestinya pendamping terbaik untuk kaum Adam…. Maka.. sedarla.. berubahla…… Berdoalah.. Jadila kamu semua pasangan kepada pasangan yang selayaknya….yg telah di Tentukan Allah…

Buat kawan2 ku…. Kite berdoa.. Kuatkan dan tetap iman kita… moga.. kalian.. .. kita sama2.. berdoa… agar… sentiasa di jalan dan landasan yang benar… sebagaimana fitrahnya Manusia……. Kite sayang kalian semua…. !!!



Saturday, July 11, 2009

CHIPMUNK ..YG CUTE…!!!

Tadi.. lepas urusan personal di maybank di PJ.. kite p singgah Carrefour Subang… Oh ye.. best betul bila ade bank yg bukak hari sabtu ni… yela …. Ari sabtu la senang nak buat transaction peribadi.. kan.. kalo weekdays… memang susah nak buat.. lunch time cume 1 hour.. mane la sempat nak buat urusan2 kaunter kan… jadi.. bile tau je ade branch yg bukak hari sabtu… horrey…. Suka la sesangat… sebab kite tak keje hari sabtu.. so.. mudah la nak buat urusan2 tertentu…

Pas selesai..kite p la singgah Carrefour Subang..biasenya kite p beli barang dapur kat Mydin USJ je.. murah ..!!.. tapi tetiba arini.. nak cube alih angin pulak..ke Carrefour…. Lagi pulak iklan depa tgah meletup2.. dengan tag line..”Nak Jimat….?”… so..kite pun kate la ..”Nak”.. hahaha…tu la..yg drive ke Carrefour tue…. Nak sgat tgok ape barang yg betul2 menjimatkan…

Kite memang kalo p shopping .. time tak rushing..kite ni suka la sangat .. round satu shopping complex tu.. bukan ape.. saje..nak tgok barg2 baru.. survey harga.. heheh…. Paling best bile dapat sample free ke.. n test makan n minum free…!!.. heheh… biasenya hari sabtu or ahad mereka akan bukak boot promotion makanan or minuman.. harga memang murah.. then dapat rase dulu pulak tu.. so.. … best la kan.. tak beli tak pe… yg penting..dapat rase je..yg free tu... dapat gak isi perut...hihihiii…tapi kite tengok2 gak .. tak la main rase je yg free2 tu... coz.. kalo kite mmang tak leh makan or minum…kite tak amik pun..mcm coklat… Nescafe….. or Cambell mushroom soup..!!..heheh… .kite kena jaga kepala ni ha..sensitif… Migrain..!!.. so.. kite tgok je….hehehe…

Then..sampai satu sudut tu.. ade ruang Mini Pets.. ade byak akuarium ikan… anak2 ikat.. emas dan mcm2 lagi ikan.. ade arnab, Harmster pun ade..eee….. comel2….. anak kura2 import pun ade… n paling kite terpikat .. ialah… Chipmunk…!!... so ..cute..!!!... depa main kejar2…. Asyik makan jek.... ade gak yg tido.. errr…tak sure la tido ke atau menyorokkan muka..Malu..di tonton orang…!! Hahahaha……. Kite kat kawasan chipmunk agak lama gak…. Seronok tgok gelagat mereka.. pade asal kite sampai situ.. x de org..sampai la penuh org kelilingi.. si Chipmunk n Harmster… tapi kanak2 la….. Teringat kite cite cartoon Chipmunk yg nakal tue…hahahaha…… dgan suare yg kecik n cute nye..hehehehe…..

Terhibur..n rase release je.. tgok gelagat si anak@ Chipmunk tu… Ha.. ni la photo Chipmunk yang kiut miut tue……….


Ha, ni la si Anak Chipmunk yg paling aktif.. cube tengok tu..
dia dari kat luar mangkuk.. n now dia dah masuk
dalm mangkuk makanan mereka.. kejenya asyik makan je....!!


ni pandangan dari atas... ..... ha..cute kan... !!.



ha..ni pulak.. mcm saling berbisik..!!..hehehe....


Itu je.. photo yg sempat kite snap..nak snap yg lain2.. ..dah dikerumuni dek kanak2... lebih2 lagi si Harmster... kite geli sikit ngan Harmster tu.. lebih kecik dari si Chipmunk ni...

Carrefour buat sale untuk pets... nak tau dak harga sekor anak Chipmunk tu berape... ni ha.. RM150 tau... !!!... Harmster dari RM25.00 je... anak2 ikan .. mula dari harga..RM19.00 ....

Kite sebenarnya nak bela anak kura2... or anak ikan.. tapi... tu la..yg berkenan di hati tak jumpe lagik... boleh buat kawan kan... teman borak2 kat umah..time boring... .. hehehehe........

Alhamdulillah...Hari ni.. kite shopping tak lebih dari RM50.00.... tak sampai pun RM40 tau.. cume RM35.70.. itupun separuh barang untuk ofis... ha.. lagi la sikit kan... !! lagi pun kite tak bawak cash.. pakai debit kad je... !!.... sebenarnya..tengah melawan nafsu shopping ni... cut down expenses..!!... walaupun tadi ade gak barang2 yg dah teringin nak beli.. dah pegang dah...tapi.. kite paksa hati tok tak beli.. so... hari ni... kite berjaya hanye beli barang yg perlu saje... hehehehe...... Tahniah tok diri sendirik....!!!!!


Thursday, July 9, 2009

USAH MEMBUJANG

Hari ni.. kite nak share satu artikel yg di hantar oleh seorang cyberfriend kite .. kat virtualfriend.. Tertarik kite ngan artikel ni.. walaupun.. dah mcm2 artikel kite jumpe dan bace kat majalah ke blog ke forum ke... tapi artikel ni tetap ade isi yg logik dan lain yg menarik untuk menjadi peringatan untuk kite dan juge ..sesape saje yg memerlukan... !! hehehe... k la... Jom kite bace sesame...

USAH MEMBUJANG.....!!

Manusia sebagai pentadbir atau khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi ini perlu mengembangkan keturunan, justeru mereka dikurniakan kecenderungan berkahwin dan beranak-pinak.

Hidup berpasangan melalui perkahwinan bukan menjadi amalan bagi sesetengah masyarakat tetapi semuanya menerima pakai sistem itu tanpa mengira pangkat, suku kaum dan agama. Cuma yang membezakan adalah caranya.


Tetapi dalam dunia siber hari ini, ada lebih selesa hidup bersendirian sama ada lelaki atau perempuan tanpa mahu memikirkan soal perkahwinan.

Bagi golongan ini, gaya hidup bujang lebih selesa dan menjamin masa depan. Mereka bebas bergerak, tiada halangan ke mana-mana dan terlepas daripada tanggungjawab sebagai suami atau isteri.

Bagi sesetengah perempuan, perkahwinan dikatakan mendatangkan kesusahan apatah lagi memikirkan jika mendapat suami yang panas baran, kaki judi, pemabuk atau penagih dadah.

Cerita negatif yang didengar dan disaksikan melalui filem dan drama menyebabkan mereka lebih suka gaya hidup bujang, malah ada yang tidak berminat mendapatkan pasangan hidup. Tetapi apa kata Islam?

“Pada dasarnya Islam mahu umatnya berkahwin. Walaupun perintah kahwin yang diturunkan Allah asalnya harus, tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib dan sunat.

“Malah, ia juga boleh menjadi makruh dan haram ,” kata penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar.

Menurutnya, agama menghukumkan wajib berkahwin sama ada lelaki atau perempuan apabila seseorang itu tidak mampu mengawal diri daripada fitnah berpunca dari mata, hati dan nafsu syahwat.

Hukum sunat kepada individu yang masih dapat mengawal diri, manakala makruh adalah ke atas mereka yang belum bersedia menghadapi gerbang perkahwinan.

Keharusan berkahwin boleh menjadi haram jika individu terbabit menghidap penyakit tertentu seperti HIV dan siflis, kerana memberi risiko kepada zuriat dan isteri.

Mohd Rani berkata, mereka yang tergolong wajib atau sunat berkahwin perlu menyegerakan perkahwinan kerana jika tidak berbuat demikian boleh menyebabkan timbulnya kemungkaran dan berdosa.

“Jika jatuh hukum wajib atau sunat kena berkahwinlah. Tidak berkahwin akan menyebabkan dosa kerana walaupun tidak berzina tetapi mata yang tidak boleh dikawal sudah mendapat dosa,” katanya.

Beliau berkata, apabila seseorang itu boleh hidup berdikari, tamat persekolahan dan tahu memikul tanggungjawab, mereka patut berumah tangga.

Tetapi, bagi mereka yang masih belajar di kolej atau institusi pengajian tinggi, tumpukan perhatian kepada ilmu.

“Masalah sekarang, sesetengah orang berfikir perkahwinan itu menyusahkan dan satu masalah. Bagi golongan ini, mereka tidak yakin dengan rezeki daripada Allah.

Zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu pun ada yang tidak mahu berkahwin kerana mahu memberikan tumpuan kepada ibadat tetapi, Nabi melarang dan mengatakan kepada orang terbabit,“aku beribadat dan aku juga berkahwin”.

“Nabi menggalakkan umatnya berkahwin kerana dapat mengembangkan zuriat, malah baginda akan berbangga dengan umat yang ramai.

“Berkahwin bukan alasan menjadi susah sebaliknya rezeki lebih murah.

“Banyak contoh orang lama yang berjaya hidup mereka walaupun peringkat awalnya susah. Jika tidak berkahwin lagi menyusahkan, bermacam-macam akibat di depan,” katanya.

Menurutnya, Islam agama terbaik, tiada halangan dalam soal perkahwinan seperti sesetengah ideologi lain yang melarang penganutnya berkahwin.

Justeru, beliau menasihatkan orang Islam khususnya muda-mudi memanfaatkan kelapangan dan keistimewaan yang diberikan di dalam Islam ini.

Banyak kebaikan diperoleh melalui perkahwinan. Selain mengembangkan keturunan, memelihara kesucian diri, memelihara pandangan dan kemaluan, paling penting memberikan ketenangan, kelapangan dan hidup dihiasi kemesraan.

Ini sebagaimana dijelaskan dalam ayat 189, surah al-A'raf, bermaksud: “Dialah yang menciptakan kamu semua dari diri yang satu dan Dia mengadakan daripadanya pasangannya (isteri) untuk bersenang hati dan hidup mesra. Ketika dicampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Maka ketika ia rasa berat berdoalah kedua-duanya kepada Tuhan: Sesungguhnya jika Engkau kurniakan kami anak yang baik, tentulah kami menjadi dari orang yang bersyukur.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...