Friday, June 26, 2009

TRIBUTE FOR MJ

ONE DAY IN YOUR LIFE


One day in your life
you'll remember a place
Someone touching your face
You'll come back and you'll look around you

One day in your life
You'll remember the love you found here
You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day

One day in your life
When you find that you're always waiting
For the love we used to share
Just call my name
And I'll be there

You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day

One day in your life
When you find that you're always longing
For the love we used to share
Just call my name
And I'll be there






Terkesan dijiwa.....

YOU ARE NOT ALONE

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says

That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
You are not alone
I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
You are not alone
All alone
Why, oh

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Then something whispers in my ear and says

That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
And you are not alone

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
You are not alone
I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone






Inilah 2 lagu favourite ku dari dulu hingga kini..... Kini..tinggal kenangan....

Wednesday, June 24, 2009

BIARLAH....RAHSIA....

Lagu hati kite........


BIARLAH RAHSIA

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlaku
Entah Siapa Yang Tahu

Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan

Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia

Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku









Hem….. ini la lagu suatu mase dulu…di kala kite dalam… permasalahan yang bertimpa-timpa.. di kala tak berdaya nak menjawab setiap pesoalan, di hujani dengan pelbagai andaian, tuduhan, ujian, teka-teki....errr.... bagai gangguan psikologi... waktu itu..hanya airmata yg menjadi teman setia........ walaupun ade teman tempat mengadu.... katenye memahami.. .namun tak kan serupe dgn hakikat yg ku alami.... Kite appreciate pade orang2 yang cube memahami dan berkongsi suka duka ini........... huh....... bile ku kenang kembali.... mcm tak percaye pun ade.. ye la..org macam kite ni pun...akan dapat ujian seperti itu....huhuhuuu...kelakar pun ade...... tapi.. waktu tu.. tak kelakar langsung... tak tau nak describe camne.... hem.. tak elok kite kenangkan kisah lalu kan... ye... betul la tu.... but..... kisah lama tak mungkin kite dapat lupekan.. cume tak perlu dikenang2 selalu.... Yes... life must go on...!!........ kite tak akan hidup dengan kenangan dan pengalaman lalu...but.... kite akan jadikan ia sebagai landasan dan pengajaran untuk kehidupan akan datang...... And now... kite tak sedih lagi... semoga tak kan ade gangguan seperti itu lagi... kerana.. kite tak ganggu hidup orang lain... Kite dah cube lari jauh-jauh..... tak tau nak sejauh mane lagik... tak kan nak 'Berlari Ke Langit' kot..eh..ni tajuk filem Rosyam Noor tue kan.. !!..hehehe.... what ever it is.... 'Prevent is Better than Cure'

BULAN REJAB

Hari ini kite nak berkongsi tentang kelebihan Bulan Rejab.... dari hasil pembacaan dan rujukan kite... marilah sama-sama menghayati kelebihan bulan yang mulia ini......

Alhamdulillah.. harini..24 Jun adalah bersamaan 1 Rejab 1430. Bulan Rejab ini adalah Bulan Allah Swt.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt...."

Amalan sunat yang menjadi keutamaan dan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda ialah Puasa Sunat. Paling baik jika dapat dikerjakan 30 hari iaitu sepanjang bulan Rejab, sebagaimana yang diamalkan olah Rasulullah s.a.w.


Menurut maksud sebuah Hadis Rasulu
llah s.a.w, " Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka Allah s.w.t menyeru kepadanya " Telah wajib hakmu atasKu, mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian dan kebesaranKu, tidak akan aku tolak hajatmu. Engkau adalah jiranku di bawah 'ArasyKu. Engkau kekasihKu daripada semua makhlukKu. Engkau mulia disisiKu. Berbahagialah kamu, tiada hijab di antara Aku dan engkau."

Wah... begitu besar kelebihan yang akan diperolehi oleh umat manusia yang berpuasa selama 30 hari dalam bulan ini... !! mampukah kite?..mampukah anda...? Dan.. bagaimane pule fadhilat jika berpuasa pada tempoh hari2 selebihnya... jom kite bongkarkan.....!!!

Fadhilat Berpuasa sunat Rejab (dengan seikhlas hati) dari pembacaan kite seterusnya ini adalah:

1). Berpuasa sunat Rejab 20 hari, maka Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosanya yang lalu.

2). Berpuasa sunat Rejab 19 hari, maka Allah s.w.t membina untuknya sebuah mahligai di syurga.

3). Berpuasa sunat Rejab 15 hari, maka Allah s.w.t memberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun (menurut Saidina Ali).

4) Berpuasa sunat Rejab 14 hari, maka Allah s.w.t memberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun (menurut Sayidina Ali)

5) Berpuasa sunat Rejab 13 hari, diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun (menurut Saidina Ali)

6) Berpuasa sunat Rejab 10 hari, maka Allah s.w.t memberi dua sayap (kepak) untuk terbang seperti kilat di atas titian siratal-Mustaqim pada Hari Kiamat.

7) Berpuasa sunat Rejab 8 hari, akan dibukakan lapan pintu syurga pada hari kiamat.

8) Berpuasa sunat Rejab 7 hari, akan ditutup tujut pintu neraka pada hari kiamat.

9) Berpuasa sunat Rejab 6 hari, akan dikeluarkan dari kubur pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya.

10) Berpuasa sunat Rejab 5 hari, akan diamankan daripada azab kubur.

11) Berpuasa sunat Rejab 4 hari, akan dijauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada hari kiamat.

12) Berpuasa sunat Rejab 3 hari, akan dibinakan benteng yang menghalang ke neraka pada hari kiamat.

13) Berpuasa sunat Rejab 2 hari, akan dipergandakan pahala ibadatnya.

14) Berpuasa Sunat Rejab sehari, diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadat semur hidupnya. Jika puasa sehari itu ditambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya akan ditambah seperti seribu kali ibadat Haji dan Umrah.

15) Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 Rejab (hari Israk dan Mikraj) diberi pahala seperti puasa enam puluh bulan (5 tahun), jika disertai dengan ibadat bersedekah, diberi pahala seperti berpuasa seribu tahun.

Pada keseluruhan, mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, akan diampunkan dosa-dosanya yg lalu, dipelihara Allah imannya bagi baki usianya dan terlepas dari dahaga pada hari kiamat.

Berpuasa sunat pada Bulan Rejab ini akan diberi ganjaran pahala jika dikerjakan pula solat2 sunat pada malam dan siangnya. Solat2 sunat ini termasuklah Solat sunat Bulan Rejab, Solat Tahajjut, Tasbih Hajat, Isyraq, Dhuha, Taubat dan solat2 sunat yang lain.


Beristighfar di bulan Rejab ini juga mempunyai ganjaran kepada umat yg mengamalkannya sepanjang bulan ini; Maka Allah memberi kepadanya pahala 80,000 nabi, orang2 siddiqin, malaikat orang yang mati syahid dan orang2 yang mengerjakan haji. Disamping itu sesiapa yang membacanya sebanyak 4 atau 2 kali sepanjang hidupnya, maka diampuni dosanya oleh Allah sekalipun ia ditentukan bakal masuk neraka.

Membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan berdoa adalah juga amal ibadat yang besar pahalanya untuk mengisi Bulan Rejab ini.

*************
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

*************


Betapa hebatnya ganjaran2 yang diperolehi sekiranya kita dengan seikhlas hati mengerjakan amal ibadat di bulan ini.... Jadi.. pada sesiape yang belum melunaskan ganti puasa yang lepas2.. bolehla melunaskan di bulan penuh ganjaran ini... Insya-Allah... Hem.. sayang kite tak dapat puasa pada hari ini (24hb) kerane tidak sihat dari semalam... Migrain telah mengerang secara mengejut sejak office hour semalam... tak pasti sebab utama, tapi mungkin kite ade mengangkat barang2 'overloaded' dari kudrat ku ini... huhuuu..... hem.. ini la salah satu alahan kite... tak boleh overloaded... bebanan... .. jika terlupa..hah.. lepas angkat barang2 overloaded ni.. hem..dapat la habuan, pastu amik mase dekat 24 jam nak pulih lak tu.... itupun lepas telan panadol..!!.. kalo dibiarkan dgn tido dan sapu minyak angin, ..hem... dekat 2 hari la baru betul2 sihat...!!... Insya-Allah.. kite akan cube puasa seikhlas hati dan dalam keadaan yang sihat walafiat untuk merebut ganjaran2 seperti di atas... (puasa ganti juge...hehehehe.....)


Inilah... die.. buku rujukan yg ku bace

Friday, June 19, 2009

CHEESE CAKE VS MOIST CHOC CAKE

Yum...yum..yum...!!! erm....sedapnyer cheese cake... tetibe teringin lak rasenye..... !!dah lame beno kite tak makan cheese cake ni..... Kite bukan penggemar kek, tapi kalo cheese cake.. hem.. tak pandang kiri kanan dah... lagi la.. kalo cheese cake yang betul2 cheese cake...hem.. sodap..!!.. kite kate betul2 cheese cake ..sebab.. ade gak sesetengah tempat, jual cheese cake.. tapi bile beli..n makan.. lebih kepada sponge cake.. cheese hanye setakat perisa.. bukan ingredient utama... haru..haru...

Cheese cake hargenye ..er..boleh la tahan.. so far Secret Receipe adalah antara tempat popular untuk makan cheese cake yang sedap...... memang sedap la.. puas hati..

Oh ye.. baru2 ni.. ade kuar kat tv.. satu syarikat bumiputra kuarkan cheese cake.. Kalo tak silap HusamWaksa, syarikat ni jalinkan kerjasama dengan satu syarikat orang Cina dan satu syarikat orang India.. macam saranan PM.. Satu Malaysia... ! Bagusla kan... err...Kite tak penah dengar la sebelum ni .. cheese cake HusamWaksa.. katenya satu2nya cheese cake dalam cawan.... hem.. macam teringin jek.. dah tertelan air liuq ni..hehehe... nak kena carik nie... hem.. ok.. esok lusa..nak p carik la..

Selain cheese cake, kite suka moist choc cake.. dulu2 pantang jumpe moist cake.. tapi.. tak perasan yg tiap kali pas makan moist choc cake.. mesti sakit kepala.. until one day tu... kite yg tengah sihat nie.... perut dah isi ngan nasik.. n makanla moist choc cake sebagai pencuci mulut.. hehe.. then tak lama pas tue.. alamak.. sakit kepala..!!.. kite ingat sakit kepala sebb makan cake perut kosong.. rupenye perut dah di isi ngan nasik pun.. still sakit kepala bile makan choc cake.. hem... tau la kenapa.. sebenarnya.. migrain..!!.. kite tak leh makan coklat.. termasukla choc cake..!! kalo takat sakit kepala sikit tu tak pe..ni sampai tak leh celik mata..n di susuli muntah2.. eeee... .. bile datang migrain ni..memang tak leh buat satu keje pun... kena rest.. dgan tido.. sejukkan kepala...sapu minyak angin... kosongkan minda.. n pejamkan mata.. tido.. .. hem... demi nak sihat.. tak mo sakit kepala.. kite kena jaga makan, kite dah tau tak leh makan coklat.. jadi... kita jauhkan coklat.. walauupuunnn... coklat adalah kegemaranku.... errrrrghhh..... tension...!! satu nikmat .. ilang... tak pe..takpe.. pasti ade hikmahnye kan... sekarang ni... kite dah kurang sakit kepala.. sebab kite dah tak makan coklat,.. dan any food yang ade main ingredient coklat macam moist choc cake.. tue...

Now... teringin nak makan Cheese Cake... ...!!!... err..ade sesape tau tak kat mane Cheese Cake HusamWaksa ada jual.. terutama di kawasan Sunway/Subang Jaya... Please ..tolong....

Tuesday, June 16, 2009

Perkara Ajaib Tersembunyi di dalam Minda

Hai...... !!Hari ni kite nak share dengan anda semua satu artikel hasil penulisan seorang motivator tersohor yang amat kite minati...kite dapat nie dari email..kawan hantar..... Nak tau tak, kite mengumpul koleksi buku2 motivasinya, termasuklah novel beliau. Nak tau tak, novel2 beliau bukan sekadar novel tau.. tetapi penuh dengan pengajaran dan nasihat berbentuk motivasi... pertama kali membaca novel yang mempunyai unsur motivasi, tetapi disampaikan dalam konteks novel dan mempunyai connection dengan watak di dalam novel.. takpe len kali kite cite tentang karya beliau ni yer...

Beliau yg kite maksudkan adalah Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj. Kite percaya.. semua orang mengenali Dr. Tuah....

Perkara tersembunyi dalam minda... sure semua nak tau kan... .. ok la..jom kite sama-sama bace kat bawah nie........


1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata "Aku malaslah hari ini", "Aku boringla hari ni", anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita
boleh simpulkan, "Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita."

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan..

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.



4)
Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jikaanda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

****

Ok... kite percaye.. pasti ade semua bersetuju.. pernah mengalami dan ada kebenarannye kan.... ... Whatever it is... tepuk dada tanye selera... kk... bye.. jumpe di lain post...

Sunday, June 14, 2009

KAHWIN..KAHWIN.......

2 minggu nie musim cuti sekolah... so.. biase la..bile time cuti sekolah..mmg banyak majlis2 kenduri..terutama majlis kenduri kahwin... mane2 tetap.. sure ade je khemah2 berwarna warni menghiasi laman rumah masing2.. itu belum masuk di hotel2, taman2.. dan dewan2... Seronok bile kite on the way balik kg baru2 ni... banyak betul org buat majlis kawin... kite yg seronok tu..bile dapat tgok khemah2 berhias ngan kain2 yg pelbagai warna... ade biru, hijau, pink.. kuning.. dan juga purple...wah..warne favourite ku..!!!... Cantikkan...!!...

Kite ni memang suka p majlis kawin ni.. yela selain boleh melaram pakaian yg anggun..heheh.. boleh tgok deko pelamin, maja makan beradap, dan juga bilik pengantin selain barang2 hantaran... kalo p kenduri rumah saudare mare.. kite ..sure jadi antara penyumbang tenaga, walaupun tak besar mane.. tapi x lengkap rasenye kalo tangan ni tak mengacau org buat pelamin ke... hias bilik ke.. dan kat dapur.. sure ade saje yg nak di buatnye... heheh..

Nak tau dak kite penah gak jadi pengapit pengantin.. termasuklah beberape org best friend.... hehehe.... kite ni dah la pemalu, tapi dek kerana kawan... ikut je la permintaan mereka.... hihiiiii.... kenangan... kenangan.....!!


Ok, sambung cite lagi.....Last week, temankan mak p majlis kenduri kawin berdekatan umah mak kat kg.. pengantin pakai baju warna purple pink..!!.. hehe.. tapi tak sempat snap picture ... cume sempat salam pengantin perempuan yg baru siap dan menanti rombongan pengantin lelaki.... Salam pengantin tu.. amik berkat..!!..kate mak..hehehe.... ye la...

Cume ade satu majlis saudare.. yg kite tak dapat join.. kat kg.. sebb mase tu ade urusan yang tak dapat di elakkan... huhu..dah missed satu kan..!!


N semalam, kite p majlis kahwin seorang kawan... kad sampai kat tangan adela dalam sebulan lalu... tumpang gembira bile sorang demi sorang kawan naik pelamin.... Kite memang cube free kan hari semalam, walaupun kesihatan kurang memberangsangkan, dek kerana jemputan kawan baik.. dan memang nak sangat tgok member ni naik
pelamin dengan insan pilihan hati... ku gagahkan juge untuk memenuhi jemputan nye...

Kite cari la member tuk jadi teman g majlis tu. tapi ... tu la.. hari sabtu.... member2 keje... kite je yg x keje hari sabtu.. ye la dah company cume 5 hari je keje... n last.. adik free, .. but not so la sebb dia keje shift malam.. jadi pagi/siang adalah hari tido dia.. tapi dek kerana kesiankan kakakknyer nie... n dia pun teringin nak makan nasi minyak.. so.. dia ikut la kite... yahooo...ade teman..gi majlis...kawin..!!... Malam tu.. balut hadiah... tapi..terlupa lak nak beli kad.. then.. dengan kreativiti yg ade..kite buat la kad sendiri.. dlm pc ni... hehehehe... siap juga...but.. sorry la yer.. tak dapt nak share ngan korang.. p n c.. hehehe....

First time gi Gombak drive sendiri..... mujur ade map kat kad tu n di tambah ngan ofismate gi guide line sikit2 .. jadi memudahkan perjalananku... tapi sepanjang perjalanan ke area tu..fuh..agak banyak tanda arah rumah2 pengantin..terlekat di tiang2 lampu tepi jalan.. Alhamdulillah.. kite sampai gak umah member selepas bertanya org untuk mmdapatkan pengesahan... takut juge kalo silap rumah..kan haru dibuatnyer..hehehehe... Sampai sana.... pengantin belum bersanding.... dapat info.. lewat sikit atas sebab2 tertentu.. so.. kite tunggu jugak la .. sebb nak sgt tengok member ni dgan baju pengantinnyer.... ehhehhe....

Finally..... time yg ditunggu2 tiba...... pengantin pun di arak... tapi tak dapat snap pic time tu.... ramai orang.... dapt tgok je.. dari meja makan...wah.. segak gak kawan ku sorang ni.. pakai songket..... heheh...



("Wan... galas la tanggungjawab awak sebagai pemimpin rumahtangga seikhlas hati dan sebaik-sebaiknya,
jadila suami yang soleh dan bimbingla isteri agar menjadi isteri solehah...."
semoga berkekalan bahagia hingga ke hujung nyawa..")


Tak lengkap majlis kahwin tanpa bunga telurkan...!!?.. so.. keluarga pengantin tak lupe memberi ole-ole tanda kenangan dari keluarga pengantin untuk tetamu... ye ..memang kegemaran kite mengumpul ole2 dari rumah pengantin untuk menjadi koleksi hiasan di atas rak buku dan juga almari TV... bunga telur pun same gak..



Perasan tak ade butterfly kat bunga telur tu.. heheh... this is my favourite serangga... Butterfly. sengaja kite close up. the image... .cute kan....!!!..dia la antara therapy ku..... antara kite n butterly.... ade sikit la same.. tang mane..hihi..itu..Biarlah rahsia..jeng.jeng.jeng.. .. that why muncul name.. CuteButterly..!!... that's me too...!!.. jangan mare..hehehe.....

Huhu... mujur kat beberapa majlis kahwin baru2 ni .. tak de soalan cepumas tok kite..!!.. kalo tak masak den nak jawab..!!... hehehehe....


***********
Kepada semua pasangan pengantin baru dan pengantin lama.. hidupla berbahagia, bersyukurla dgan ape yg di kurniakan oleh Allah kepada anda, hargailah pasangan anda.... Semoga suatu hari nanti.. Allah mengurniakan pasangan yang membahagiakan ku dunia dan akhirat.....Insya-Allah...


Friday, June 12, 2009

Jerebu ke Kabus..?

Buka tingkap pagi semalam (12 June 09), fuh..angin menusuk ke muka.. sejuk... .. langit tak nampak.. bangunan terpacak sana sini eh..mane....??..kabur....?... mula2 ingat..owh..masih awal pagi..maybe kabus pagi... tapi..bile langit senada je warnenya... biase ade gak nampak biru2 nyer... ni.. tak de pun.. padahal dah time dah 7 lebih pagi tu.... Oh ye...... ade dengar berita kat buletin Utama TV3, sekarang dunia sedang dilanda fenomena El- Nino.. Suhu Panas luar biase.. hem..maknenye... tak de hujan. Maka akan banyakla kes pembakaran terbuka.. tiba-tiba..!!..alamak..!!!... Ya... sekarang sana-sini kite dengar berita ada saja laporan kebakaran hutan. Negara jiran kite, Indonesia paling banyak kebakaran hutan.... termasukla Negeriku ini.. Selangor, adalah antara beberapa rekod juga dari Jabatan Bomba ade berlaku kebakaran terbuka -- Maklumat ni kite dengar dari berita tv....

Dan kesan kepada negara kita.. adalah jerebu ni la... then..bile jelebu melanda, akan mendatangkan kesan kesihatan.....

Cube tengok.. gambo kat bawah ni...
Gambar no. 1 & 2 kite snap pagi tadi..dalam 7.16am gitu.. ini view dari tingkap umah... maklumla apartment...tingkat yang err..... hehehe.. tak yah la mention.. nyilu lak rasenyer...... maka dapatla view yang sebegitu... ....



no. 1 ni pada suhu normal jelas nampak banguan popular berkepala singa n Pyramid





Dan..ini atas ni pulak gambar balik keje dalam 6 pm... kite nampak matahari bulat berwarna seakan oren jingga..... but tak sempat nak snap... !!.. so... dapat la.. view ni je... gambar no. 3 dari atas jalan raya... dan no 4. dari tingkap umah.. .... hem... macam same je kan dgan waktu pagi... tak banyak beza.....

Almost nak ke pukul 7mlm tu langit nampak gelap, ade bunyi guruh ..tapi slow... ingat nak ujan.. But.. tak ujan...

Sebenarnya nak publish info ini semlam2 lagi, tapi ... error jek... tu yg lewat post nie.... tapi masih relevan kan.. hehehe......

N hari nie... 14 June, cuace dah ade perubahan.. ada boleh rase suhu panas, matahari pun menampakkan cahaye nyer... sebb semalam hujan walaupun tak lama. Alhamdulillah.. ...

My Mom N Putrajaya



Tetiba rindu pulak pada my mom yang ku panggil emak.... padehal baru je last week balik
kg... hehehe... nak kate anak manje.. idak juge... tapi... ye la... dok jauh dari dia.. hem.. adelah 9 tahun dah kite jadi perantau.. heheh... walau masih dalam negeri yang sama....hanye jarak yang jadi pemisah..... dah rezeki jauh dari keluarga kan... Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya kite boleh jadi seorang yang berdikari dan lebih berani...


Bile teringat kat mak, kite teringat kan putrajaya..... kite suka putrajaya.. walaupun suhu agak panas (dek kurang pokok2 hijau)... tapi rase tenang jek bile kat sana.. lagi2 kat tasik. dan dataran.. nak tau dak.. mak antara 'pelancong' terawal yang melawat putrajaya, tahun pertama pembukaannya... dia dah masuk ke dalam Masjid Putrajaya tu.. gembira betul dia bercerita masa tu tentang gahnya, ukiran masjid itu... timbul keinginan yang suatu hari nanti kite pun nak p sana... itu... cerita masa mak sihat.... sekarang kesihatan fizikal mak, kurang memuaskan..... sejak setahun lalu... Dan mak penah cakap, bile dia sihat betul2 nanti dia nak p lagi Putrajaya... dan dalam hati kite doa semoga dia sihat terus sihat dan kite akan merialisasikan impian mak tu.


One day, mak kite bawak untuk appointment routine check up... Mak kena buat Total Hip Replacement pade kaki kanannye... jadi secara tak langsung terdapat perubahan pada pergerakan kakinya.. dan tidak boleh buat dan mengangkat kerja berat....Dari sebulan sekali ke 3 bulan sekali mak kena p check up yang telah ditetapkan tarikh oleh doktor. Jadi, dengan penuh rasa tanggungjawab dan senang hati, kite galas tugas membawa mak ke UH. Jarak bukan halangan. Kesibukan kerja, bukan juga alasan... yang penting routine check up mak, agar kite n adik beradik yang lain tau perkembangan terbaru tentang mak... Kebetulan hari tu kite memang amik 1 day leave, dan kebetulan juga checkup dapat habis awal. Tetibe tanpa plan kite terus kan drive ke .... Putrajaya...!!.. mak agak pelik kerana laluan yang tak biase.. then kite g tau la..nak buat suprise..!!!... mase tue adik kite yang bongsu pun ade sama...merangkap bodyguard mak la heheheh.... bile sampai je Putrajaya.. parking terus kat dataran.. dan menghadap Masjid.... Apelagi ... seronok betul mak, ..kerana tak sangka sampai juga dia semula ke Putrajaya, walaupun..... ..








"Jeng..jeng..jeng.. inila my loving mom.... yg mcm bodyguard tue.. my younger bro....!!

....yg cute mengelamun tu pule... ehem...'pemandu pelancong' huhuhuuu........"



Alhamdulillah.. dapat juge kite merialisasikan salah satu impian kecil mak...buat mak gembira pule adalah impian besau kite....

Kite akan cube ruang untuk lebihkan lebih banyak masa untuk mak.... Mak adalah my life... kerana emak, kite boleh hidup hingge ke tahap ini... semangat emak memang saya admire... Mom..you're everthing to me... Love you forever....!!!...

Why Purple

Purple.... ni la my favourite color..!!!..fanatik... Tenang..cantik... anggun... romantik.. lembut.. pendek kate..semua akan nampak indah je la bile ape saje yang terlihat dek mata ku ini yang color purple... Melayu kate ungu... tapi kite kate lavender.. heheheh...!!!.. ye la terjemahan lain-lain... pape pun maksud yang serupe... Kite kate. .. lavender.. coz... 2 in 1 le.... kite suka purple n kite juge suka ngan bunga lavender... ha.. kan dah semue maklum kan.. Bunga Lavender berwarne purple..jadi... dah padan la tu kan.. 2 in 1.... jadi... "Lavender".. mencerminkan kegilaan kite pada warna dan bunga ini yang punya 1 serupe... Ungu....

Tau.. ramai yang suka purple ni.... bukan kite sorang, tapi kan..tak dinafikan bile nampak orang pakai baju ke.. kereta ke.... wallet ke... beg ke... kasut ke... pelamin ke.. huh... rase semacam je... rase jealous u..!!... n sure akak kuar ayat nie.... "wah.... purple.. cantikkkkkkknyerrrrrrr....!!... heheh..sorry la yer... pade sesape yang terdengar ayat tu dan tak fanatik... berasap jek telinga... huhuhuuu... tak dapek den nak nolong eh...heheh..!!!

Pade kite kan,... jiwa jadi tenang, puas hati... bile ade color lavender ni di sekeliling kite. Penah satu tahun.. birthday kite kan.. dapat almost dari wrapper, hadiah dan kad... warne purple... ! caye tak.. ... itu memang birthday yg tak dapat dilupakan la.. Million Thank you..lah... pada semua yang memberi hadiah tu... betul2 menggembirakan hari birthday ku......

Ye.. kat rumah, ofis ke... sure ade koleksi barang yang tak missed purple ni... walaupun sebatang pen.. mereka yang kenal kite ni.. hem.. dah tak de komen dah.. dah paham beno dah..... kirenyer dah macam.. 'mylife is purple, purple is my life...lah..."

Frame cermin mata pun... ..heheh... color purple...!!.. Ingatkan x de orang perasan, tapi ade pakcik jual nasi lemak ayam rempah ni.. perasan.. yg kite pakai cermin mata color2..heheh.. ye la kebetulan mase p singgah gerai dia .. kite pakai all purple.. dah complete la kan.. lagi la cermin mata pun berframe purple ... huh... stylish ..katenye.... !!..kite pun ape lagi..tersenyum2 simpul la.. malu ade.. seronok pun ade..... heheh.... gitula.. kenangan.....

Dulu kan, mase zaman sekolah menengah, kite ni tak la fanatik purple ni, kira suam2 kuku jer... but.. kite ade group kat sekolah all girls dalam 5 ke 6 org... kami kasi name.. "deeppurple" n kartun karekter 'Garfield'... best bile teringatkan kenangan zaman 16th & 17th tue... hem..... itu cite 12 tahun lalu... now masing2 ade kehidupan dan family masing2... bestnye lakan ..kalo korang terbace artikel ni.. contact la kite yer...!! .... ini la Kenangan Terindah ... zaman sekolah....

Lagi satu....... rumah parents pun color purple... soft purple... !!.. hehe..ni keje kite n adik2 la ni.... beberapa tahun yang lepas, lagi beberape hari lagi nak sambut raya, kire time posa.. kami last minute plan nak cat rumah, discuss punye discuss n mak kasi lampu hijau.. kami pun p la kedai.. hardware, cari alat n cat.. kami sepakat color purple, heheheh... balik umah baru perasaan ..la ni warna fanatik kite ni... heheh... tapi dek kerana adik2 yang beriya setuju pilih color ni.. heheh.. kite sebagai kakak merangkap ' leader' untuk projek cat rumah ni .. pe lagi.. ikut je la... mase tengah gotong royong mengecat .. ade la orang2 kampung yang lalu lalang .. menegur.. 'anak dara cat umah ke'... terdengar gak 'wah...cantik nye color'... n.. yang buat kami sama tergelak bile terdengar ayat ' cantik... macam warna bilik aku'.. heheehhehe..... 'sory la... kami buat warna dinding luar rumah la.. bang' tapi suare kami slow je la... heheeh.... sampai ke hari ni.. kami tak tukar lagi warna cat rumah parents kami... tak de bajet... .. tapi masih cantik lagi warnanya tak pudar pun.. heheh.... So far , kat kampung kite tu.. .. x de lagi rumah yg cat color macam rumah parents kite tu... heheheh.. cantik kan...

What ever is is.. kite tetap setia pada purple... Lavender.... ..!!!!!korang camne...?....

Thursday, June 11, 2009

Kuat ke Mentalku?

Sejak mencubekan diri tinggal di apartment ni.. kite rase banyak betol perkara2 baru masuk dalam kamus hidup kite nie... Mental kena kuat ooii..... Kite kirenya tengah menguji tahap mental la nie... Nak tau dak...dulu kite tak suke langsung apartment, ke flat ke.. pangsapuri ke.. whatever la yang sewaktu dengannyerr.... antara alasannye... tinggi sangat... terkurung... n.. entah la pelagi alasan... Hah..tup-tup... la ni... kite dah sangkut lak ngan apartment... !!!.. huhu...tu la dulu tak suka..tak suka... la ni... amik kau..!!..hehehehe.... mase nak dok apartment ni.. kite terlupe tentang yang kite penah tak suke.... errmm.. dah jodoh kot kan..hehehe...!.. mula2 dok sini... ok la..tapi tak lame.. pastu ade dugaan... kebetulan umah kite kire kat port baik la.. coridor... n view coridor menarik... !!...wah..hati heppy sebab dapat view open... rupenye.. orang len buat port dating daaa...!!!... kite n neighbour sebelah ni la kesian.. sebab boleh katekan tiap2 malam sure ade org lepak depan umah kiteorang... huhuu... gangguan..gangguan...!!... nak ku tegur.. tak berani.. bukan ape.. menjaga diri.. zaman sekarang.. macam org n macam2 perangai... jadi demi keselamatan diri... kite pekak kan je la telinga... Ha..kes len pulak... orang buang sampah tepi lif... !!!.. tiap2 pagi..bile nak kuar p keje... mmg ber beg2 sampah la kat tepi kiri kanan lif tue... ade gak botol pecah..heeeee..... geram jer tau..!!... tapi.. ye la kan.. cleaner datang tiap2 hari.. p la angkut sampah tu ... hari2.. tu yang lelame.... ade yg naik lemak tue.... Tapi kite tak buang sampah kat tepi lif.. Kite akan packing baik punyer sampah..pastu p turun buang kat tong sampah besau.. kat bawah...jauh la sikit.. tapi.. kite tak mo jadik antara penyumbang kekotoran tempat tinggal sendirik.... agaknya sebab jauh kot tu yg org dok prefer p buang kat tepi lif je tue...

Lagi.. orang masuk dlam lif dgan rokok hidup..!!... huh..haru betol... !!.. tak respect org len langsung kan... penah je satu lif ngan org bawak rokok hidup nie... walaupun depa tak hisap dlm tu.. tapi.. kan ke asapnye tetap kuar.. dah la lif tu comel.. jadi.. terpaksala sedut udara berperisa asap rokok...!!!.. kite ni memang tak gemar tol orang yang merokok kat tempat tak sepatutnye ni... sejak tu.. tiap kali nak masuk lif.. kite cube perhatikan tiap org yg menunggu sama kalo nampak depa ngan 'kekasih' hati depa tue... kite point dia jek..tapi idak la perhati dia.. just guna ekor mate je...kalo depa masuk lif.. ..kite mengalah.. sanggup tunggu.. lif len... tapi kalo depa tak masuk.. ha.. pe lagi... kite pun cepat2 la masuk..!!...

Hah..ni kes len pulak..kes paip pulak... pelik..pelik... kite tak pun ngaco orang... tapi... depa ni sesuka hati jer nak melawak vs menyakat kite... depa almost rosakkan meter paip kite tau..!!.. ade one day tu.. tgok air meleleh jer.. pastu meter tu terbalik.. bacaan meter yg sepatutnye kat atas.. jadi kat bawah pulak.. key handle pun terbalik ke bawah...!!.. huh... sapela punyer keje ni.. beberapa kali gak jadi gitu...bile turun naik ..kite jenguk gak floor lain... tak de pulak ..problem cam kite nie.... takpe... biarkan..sabo..sabo... kite p ngadu kat maintenance.. n depa pun datang la betulkan... tapi sekarang ni.. teramat kerapla pulak. .... orang rajin sangat matikan paip kite tu... huh..haru..haru..!!. ..mcm baru je tadi ni kite p keluar n bukak paip.. mmg org rajin tol ..menyakat kite.... n for emergency case.. kite buat backup air.. simpan air dlam baldi n tong2 yg ade kat umah kite ni.. ye la..manela tau kan.. ade waktu-waktu emergency... paip dimatikan..kan ke lagi kes haru..biru..!!!!... peratus bekalan air putus memang teramat la rendah..coz.... apartment ade tangki besaw... !! cume peratus bekalan terputus sebab depa matikan paip umah kite..!!. huwwaaaaaaaa..........stres..stress...stress..!!!.... kite tak kacau orang pun.. kan.. ! pelik... rase macam nak menjerit jer.. ape la depa tu nak... rase mcm nak pasang cctv lak..

"Ya Allah.. kuatla semangat n mental ku ini.. lipatgandakan la kesabaran ku... untuk menghadapi semua ini..... Amin Ya rabbal'Alamin...."

HANDBOOK 2009

HANDBOOK 2009 and every year….

Health:
1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time to practice meditation, yoga, and prayer.
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2008 (or before).
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.

Personality:
11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control.
Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with
his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn.
Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn
will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Society:
25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.

Life:
32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
34. GOD heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Character



MESEJ TEMAN..

Seorang kawan ade sent SMS kepada kite pade hari Lahir kite yg baru lepas. Ia sungguh memberi pengertian yang tersirat. Jadi, kite pun nak la share dlm ni..


"Ada masa kita perlu menangis
agar kita tahu dunia ini
bukan hanya untuk ketawa"

"Ada masa kita perlu ketawa
agar kita tahu betapa
bernilainya setitis airmata"

"Ada masa kita perlu ada
seorang teman agar kita
tidak kesunyian"
Dan.....
"Ada masa kesunyian
membuatkan kita tidak
akan pernah lupa
betapa bernilainya seorang
Teman"

Friend.......


Kite tertarik dengan puisi yang kite dapat dari sekeping book mark .. pemberian seseorang...


What Is A Friend?

A friend is one of the
nicest things you can have,
and one of the best things
you can be.

A friend is the one who
will always be beside you,,
through all the laughter,
and through each
and every tear.

A friend is the one thing
you can always rely on;
the someone you can
always open up to.

A friend is a santuary.
A friend is a smile.
A friend is a hand
that is always holding yours,
no matter where you are.

A friend is a
feeling of forever
in the heart.

-Colling McCarty-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...