Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT HARI MERDEKA KE 53

Selamat Menyambut kemerdekaan Malaysia yg ke 53... Merdeka!!... Merdeka..!!.. Merdeka!!.......

Kali ni tarikh kemerdekaan Malaysia adalah di bulan Ramadhan hari ke 21....

Teringat lagi kenangan sy mengikuti acara 'perbarisan' sempena sambutan hari Merdeka peringkat daerah .. ni zaman old school dulu le.... boleh katakan tiap2 tahun sy di sekolah menengah sy akan terpilih sbgai perserta perbarisan tu... sy mewakili Persatuan St. John Ambulans... heheh.. uniform sy... erm.. dah tinggal kenangan.... rindunyerr.. ngan acara perbarisan.... paling sy tak kan lupa dan teruja adalah apabila perbarisan dan kawad kaki yg diiringi dgan iringan okestra .. tiap hentakan kaki seiring dgan bunyian drum besar.. .. semua seiring.... mmg best... mmg bersemangat dan langkah seiringan...... tapi yg tak bestnye... kena berdiri..berjemur hingga tamat acara sambutan... mujur la kami ni di persatuan St. John Ambulan tu dah di latih cemane nak kawal diri dan imbangan agar tidak pitam or pengsan..... Letih berdiri berjam2... usah katelah.. memang letih.... kulit muka pun berbelang... heheh... tapi itu pengalaman yg tak kan sy lupakan.... opppssss...!!!...... no photo available... tak tau dah mane pegi album lama2 tu..... tapi photo dlm brain memory ... tak kan hilang.... bile hari merdeka pasti akan terbayang kenangan itu..... Antara kenangan terindah.... dah berbelas tahun tinggalkan.... terasa rindu sangat2 nak berkawad kaki semula...... ..




ok la... untuk semua rakyat Malaysia.. Selamat Hari Merdeka... dalam apapun 'merdeka' kalian... semoga kemerdekaan kali ini.. membawa seribu makna dan kepuasan kalian.....

apakah kemerdekaan sy...??..... heheh... adalah..biarlah rahsia... yg pasti... jiwa sy semakin tenang ... walau terlalu byak silih berganti dugaan melanda... ...

Jom .. ramai2.. laungkan Merdeka 7 kali.... !!...

MERDEKA... !!... MERDEKA...!!.... MERDEKA...!!.. MERDEKA...!!... MERDEKA...!!... MERDEKA...!!... MERDEKA...!!....


FADHILAT TERAWIH MLM 21


Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


*(Keseluruhan Fadhilat 30 mlm) di sini*

Friday, August 27, 2010

NUZUL AL-QURAN

Nuzul Al-Quran - 17 Ramadhan 1431 Hijrah






Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.


Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.




Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.


Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Membacaal-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman.



***********************************
sumber ini sy perolehi dari:
Laman Web Jakim (islam.gov.my) oleh

Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

***********************************

*Sharing is Caring*

Lailatul Qadar

Lailatul Qadar ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran?

Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

(al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam
Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT

supaya setiap umat Islam menghayati keseluruhan bulan Ramadhan ini terutamanya 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat.

Dengan beribadah
dengan penuh keikhlasan dan khusyuk, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.



********************
sumber ini sy perolehi dari:
Laman Web Jakim (islam.gov.my) oleh
Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Ramadhan ke 17

MALAM Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.



Alhamdulillah .. syukur kerana Allah masih masih memberi peluang untuk terus merasai nikmat berpuasa untuk hari 17 di tahun ini... untuk sama2 mengambil peluang merebut ganjaran yg di janjikan spt di atas untuk setiap malam bersolat sunat terawih yg di lakukan dgan penuh keikhlasan.

Semoga terawih kita di terima oleh Yang Maha Esa...... Amin


(Kelebihan Terawih untuk versi penuh sila lihat di sini)

Monday, August 23, 2010

Ramadhan ke 13

Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


Fadhilat
malam ke 13 solat sunat Terawih di bulan Ramadhan penuh berkat ini...........

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan hari ke12 1431H

Malam tadi adalah solat terawih untuk malam ke 12 di bulan Ramadhan 1431H..... terasa macam smlm baru mula berpuasa.... masa berlalu pantas kan.....

Dari pembacaaan di beberapa rujukan dan sumber berikut adalah Fadhilat bagi sesiapa yg menunaikan solat sunat terawih pada malam ke 12 ...


Malam Keduabelas:
Ia akan di bangkit di hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya

Untuk mengetahui apakah fadhilat2 untuk malam2 berikutnya.... Jom la kite sama2 klik sini

Saturday, August 21, 2010

Adik Cuma Tanye Je Ibu

Arini kat kite balik kg... adik bukak fb dia... then show to us this video... sayu benar rase hati ini.. melihat gambar video ini... Kreatif betul pereka video itu .. tiap patah kata yg di andaikan seolah2 dari hati kecil insan kecil tu.. sgt2 menyentuh hati .... Tengokla.. video ni....







Kemudian teringat sy tentang berita sekarang ni yg semakin menjadi2 tentang kes pembuangan .. eee .. bukan lagi pembuangan tapi pembunuhan janin dan baby..!!!.. subhanallah.... kenapa la ada manusia sebegitu rupe... sedangkan binatang pun sayangkan anaknya....

Banyak persoalan bermain di benak ini... kenapa nak jadi sampai pembunuh... dah tak nak kenapa sanggup biarkan membesar dan kemudian bile sampai masa melihat dunia .. tak di beri peluang pula..... .. kejam sungguh org2 itu.. dah penat lelah menanti pembesaran 9 bulan, bertarung nyawa melahirkan.. (mengikut kenormalan proses melahirkan)... kemudian di bunuh pule.. di campak ke sungai, lubang najis, tong sampah, di bakar... just like that..!!! semudah seakan2 buang plastik gula2 .. bersepah di mana saje suka nak buang...!!!!!............. mana sifat belas dan nilai kemanusiaan org2 itu...??...

Baru2 ni ade juga di isukan tentang Hukuman mati pada 'pembunuh' baby itu....

ya.. Bunuh di hukum bunuh...!!.. Adakah nanti ada kesudahan,.. adakah masyarakat sebegitu akan takut dan berhenti dari melakukan perkara2 terkutuk..???................................................


Ya Allah, semoga Kau berikan hidayah kpd org2 sebegitu spt telah hilang sifat kemanusiaan.. dan semoga mereka kembali ke jalanMu .. Ya Rabbi...... Amin..

Friday, August 20, 2010

Ramadhan ke 11

Sekejapan benar kite sudah berada di Ramadhan ke 11 insyaAllah...

Jika artikel sebelum2 ni.. secara harian sy kongsikan untuk memudahkan bacaan ttg kelebihan terawih jika mengerjakannya .. namun sy juga tidak terkecuali terlepas beberapa hari dek tugasan lain2...

Jadi mlm ni sy akan sertakan kelebihan berterawih untuk malam 7 hingga 11 terlepas sebelum ini.


Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


MalanmKetujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Untuk melihat kelebihan malam2 berikutnya,.. jom la kita sama click di sini....




Ramadhan yg Istimewa

Salam Ramadhan untuk hari yg seterusnya.... Alhamdulillah... bulan ramadhan ni adalah bulan yg amat baik dari segala bulan. Yelah... Selain menunaikan kewajipan berpuasa bagi umat islam dan mengerjakan terawih setiap mlmnya, bulan ini mengukuhkan silaturrahim sesama ahli keluarga, dan semua .. termasuklah kaum lain. Setiap hari(mlm) seisi rumah akan duduk di meja makan pd waktu yg sama dan makan bersama2, yg mane pada hari2 kebiasaan boleh di hitung dlm sebulan makan semeja pd waktu yg sama... kan indah tu kan....

Bulan Ramadhan juga sinonim dgn bulan rezeki. Hanya pada bulan ini lah terdapatnya yg di sebut sebagai Bazaar Ramadhan. para peniaga makanan dan minuman khasnya akan berkumpul di satu2 kawasan yg telah di tetapkan untuk mjalankan perniagaan bersama2 pd waktu yg sama setiap hari selama 29/30 hari ini.... Pengunjung yg datang membeli sudah semestinya org melayu la... tidak terkecuali.. kaum cina, india dan lain2... Yg bestnya.. di Bazaar Ramadhan inilah... terjualnya pelbagai aneka makanan yg jarang2 kite temui di hari2 biasa...

Sy mmg suka pegi Bazaar Ramadhan, bukan shopping makanan sgt pun.. tapi seronok tgok gelagat peniaga, pembeli dan juga semestinya kepelbagaiaan makanan dan minuman yg di jual... Mana2 juadah yg teringin sy beli... sy akan pusing dulu sehingga semua gerai di kawasan itu kemudian baru sy pegi ke gerai pilihan... heheheheeee...... biasanya sy kalo round satu2 bazaar tu sy ada satu matlamat.... !!! nak tau ape matlamat sy... hehehe...sy mesti nak cari dan beli popia goreng bersira cili madu... hahaha.... yg pedas tu...!! sedap tau.... tapi bukanla hari2 sy ke bazaar ramadhan... ikut mood jugak.... dan sy akan pegi ke bazaar berdekatan yg berlainan.... .. sy akan pegi je sorang2.... ... dan kalo ade yg sy nak tanye kat peniaga tu.. sy tanya je... terutama harga sebelum membeli.. dan kalo ade juadah/masakan yg sy tak penah lihat atau nampak lain dari yg lain, sure akan tgok lama2.. dan tanye pada mereka... hehehe..... dan kalo ia menarik minat sy.... sy akan beli..

Setakat dah 9 hari puasa .. sy dah beli juadah favourite sy 2 kali... ha... nama favourite tapi 2 kali je baru..??... haha.. ye la.. sy tak pegi di bazaar yg sama, dan sy tak minat makan yg sama hari2... hehe.... kecuali nasi .. mmg sy akan makan hari2... walaupun kuantiti kecil....

sorry la arini sy tak dpt upload popia sira cili tu... lain kali sy beli sy post ye... heheh.... kalo nak cite bab makanan mmg tak kan abis kan.... jadi.. sy stop la dulu.... lain kali ade masa kite cite lagi... mmg mcm2 nak post kat sini.. tapi masa sy pun terhad... hehehe..

Ingat, Jangan membazir, beli hanya jika nak makan..... terhadkan pada atleast 3 jenis juadah saje setiap kali ke bazaar.. kalo 1 jenis pun lagi bagus.. hehe..sy dah buat, ... mmg jimat.... sbb makanan sure abis.. tak membazir.... hihihii.... dan ....

Jom la p Terawih..... kerana byk fadhilat setiap malam ramadhan kite mengerjakan nya dengan hati yg ikhlas..... nak tau fadhilat2 terawih , jom click sini ..

SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN......

Monday, August 16, 2010

Ramadhan ke 6

Alhamdulillah.. sebagai umat islam beriman kite dapt lagi di beri kesempatan untuk meneruskan bersama2 untuk berpuasa di ramadhan ke 6....

Berikut adalah Fadhilat Terawih untuk mlm ke 6 ini:

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

sama2 la kite melakukan solat terawih ini dgan penuh ikhlas dan khusyu'... insyaAllah...

****
Di sebabkan kesibukan untuk menyelesaikan beberape perkara, sy tak sempat nak post untuk mlam2 sebelumnya...

berikut ini Fadhilat Terawih untuk mlm ke 5:

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

dan Fadhilat Terawih untuk mlm ke 4:

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran


Jika nak tau untuk Fadhilat untuk malam-malam seterusnya... boleh lihat di link ini



Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Hari ke 3

Alhamdulillah, kite telah berada di permulaan Ramadhan ke 3.

Fadhilat Terawih pd malam ke 3 ini bg yg ikhlas mengerjakannya adalah

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.



Semoga kite sama2 mendapat ganjaranNya... Amin....

Wednesday, August 11, 2010

2 Ramadhan 1431H


Malam Kedua


Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


..Amin... semoga Terawih kite malam ni di berkati Allah dan terpilih untuk mendapat keindahan tersebut


Untuk mengetahui Fadhilat untuk malam2 seterusnya klik di sini.


1 RAMADHAN 1431Hijrah

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL MUBARAK.....

Alhamdulillah.... Syukur ke hadrat Illahi....
Sekali lagi kite dpt bersama-sama di bulan penuh Barakah ini.. Bulan Ramadhan ...
Bersama-sama merasai nikmat berpuasa dan mengambil kesempatan untuk melakukan sebyak2 amal ibadah dan jariah....

Paling indah dan di tunggu2 adalah ber Tarawih berjemaah di Masjid dan surau. Peluang bersama2 jemaah surau tersangat indah. Terawih juga mempunyai kelebihan2 berbeza di setiap hari selamat 30 Ramadhan ini.

Alhamdulillah, mlm pertama solat Tarawih baru saje terlaksana pada selepas solat Isyak tadi.. dan menjadi di antara ratusan jemaah di surau adalah amat indah .. tenang dan tidak dpt di wakilkan dgn kata2.. selain syukur ke Hadrat Illahi kerana memberi peluang untuk bersama kali ini berjemaah.....

Jomlah klik link ini untuk review Fadhilat dan kelebihan setiap mlm solat tarawih di bulan Ramadhan ini.

Ok, ini adalah Kelebihan untuk

1. Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.



.. Ya Allah sungguh besar dan tidak dpt di nilaikan kelebihan ini pda yg ber terawih mlm tadi... InsyAllah... nak tau kelebihan pda mlm2 seterusnya... click sini yg mane ini adalah post sy pd tahun lepas. Semoga perkongsian ini memberi makna tersendiri kepada para pembace...

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak -1431h

Ramadhan bakal menjelma kembali.....

Saya mengambil kesempatan di seawal ini, untuk memohon ampun dan maaf, andai ada kekhilafan kata2 dan penulisan sy di blog ini juga perbuatan dan dalam hati... Maaf untuk semua pembaca, sahabat handai, kawan2.. adik beradik, saudara seislam dan semua umat islam khasnya.

Semoga Ramadhan tahun ini memberi seribu makna dan di limpahi dengan cahaya kebahagiaan dan ketenangan.

Marilah sama2 kita merebut ganjaran2 yg di telah di Janjikan Allah di bulan Ramadhan bulan istimewa .. bulan yg di nanti2kan setiap umat islam sedunia.

Selamat menyambut Ramadhan, berjimat cermat dan jaga kesihatan dan keselamatan diri dan keluarga yg tersayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...