Thursday, February 24, 2011

SAMAN EKOR

Saman Ekor - Soalan Lazim 

Artikel ni saje nak kongsi kat sini..buat peringatan diri sendiri juge... heeee..

saman-ekor01 saman-ekor2
Soalan-soalan lazim mengenai keputusan Kerajaan menangguhkan sementara sekatan urusniaga bagi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu sehingga 28 Februari 2011. Berikutan pengumuman Kerajaan untuk membenarkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu dengan menangguhkan sementara sekatan urusniaga (senarai hitam), Jabatan telah menerima banyak pertanyaan daripada orang awam. Berikut adalah soalan-soalan lazim yang berkaitan:

Apa itu saman ekor?
Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat di butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.  Istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A.

Apa perbezaan antara saman ekor dan saman-saman lain?
Saman ekor ialah saman yang dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan. Manakala saman selain daripada saman ekor merupakan gantian saman mahkamah yang dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahan dilakukan (kendiri).
saman-ekor6

Siapa yang mengeluarkan saman ekor?
Saman ekor dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja.

Saya telah menerima saman ekor, apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya anda menerima saman ekor atau Notis Pol. 170A, anda hendaklah mengemukakan butiran pemandu kenderaan semasa kesalahan tersebut dilakukan.
saman-ekor5
saman-ekor7

Apakah butiran yang perlu dikemukakan?
Butiran yang perlu dikemukakan adalah seperti yang diminta dalam notis Pol.170A ialah:
  • Nama dan alamat pemandu
  • No. kad pengenalan pemandu
  • No. lesen pemandu
  • No. telefon
  • Jantina pemandu
  • Tarikh lahir pemandu
  • Warganegara pemandu dan
  • No. pasport
Bagaimana penerima saman ekor boleh memberi maklumat yang dikehendaki?
penerima saman ekor boleh mengemukakan maklumat pemandu maklumat pemandu yang berkenaan dengan melengkapkan notis yang diterima dan mengemukakannya semula kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Selain itu, penerima saman juga boleh hadir di Balai Polis yang berdekatan bagi mengemukakan maklumat.

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak memberi maklumat yang dikehendaki?
Penerima saman ekor akan dikategorikan sebagai melakukan kesalahan kerana ingkar notis di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini boleh menyebabkan tuan sebagai pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan disenarai hitam oleh JPJ.

Mengapakah tempoh 6 bulan diberi untuk menyelesaikan saman tertunggak?
Kerajaan pada 11 Ogos 2010 telah memberikan kelonggaran sehingga 28 Februari 2011 bagi memberi tempoh untuk menyelesaikan saman-saman tertunggak termasuk saman ekor. Dalam tempoh ini, tindakan senarai hitam ditangguhkan bagi membolehkan pemilik kenderaan memperbaharui Lesen Memandu dan Lesen kenderaan Motor (LKM). Selain itu, pesalah trafik juga tidak akan dikenakan sebarang mata demerit bagi saman-saman yang diselesaikan dalam tempoh ini. Saman-saman boleh diselaikan secara ansuran atau sekaligus.

Apakah yang dimaksudkan pembayaran saman secara ansuran?
Sekiranya individu mempunyai lebih daripada 1 saman, pembayaran saman secara ansuran boleh dibuat. Misalnya, jika individu mempunyai 5 saman, individu boleh memilih untuk menyelesaikan bilangan saman mengikut kemampuan sama ada menyelesaikan 1 saman atau lebih dalam satu-satu masa.

Saya telah membayar saman sebelum 11 Ogos 2010, bolehkah saya mendapat semula bayaran saman yang telah saya jelaskan?
Anda tidak boleh menuntut semula bayaran saman yang telah dibuat kerana saman-saman tersebut tidak dilupuskan. Kerajaan hanya memberi kelonggaran untuk tujuan pembaharuan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Berapa lamakah tempoh pembaharuan Lesen Memandu yang dibenarkan semasa tempoh kelonggaran?
Lesen Memandu hanya dibenarkan untuk diperbaharui selama 1 tahun sahaja sekiranya terdapat saman tertunggak.

Berapa lamakah tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor yang dibenarkan semasa tempoh kelonggaran?
Lesen Kenderaan Motor (LKM) hanya dibenarkan untuk diperbaharui selama 6 bulan sahaja.

Bolehkah Lesen Kenderaan Motor diperbaharui 2 bulan lebih awal sebagaimana amalan biasa sekiranya terdapat saman tertunggak? Adakah kelonggaran masih diberikan?
Lesen Kenderaan Motor boleh diperbaharui 2 bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Kelonggaran masih diberikan kepada individu yang mempunyai saman tertunggak untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor yang diberikan yang diberikan hanya untuk 6 bulan sahaja .

Apa akan berlaku kepada penerima saman yang tidak menyelesaikan saman tertunggak sebelum 1 Mac 2011?
Tindakan senarai hitam dan mata demerit semula selepas tempoh kelonggaran tamat iaitu mulai 1 Mac 2011. Individu yang memiliki saman tertunggak tidak akan dibenarkan memperbaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor sehinggalah semua saman tertunggak diselesaikan.

Apakah faedah sekiranya saman dibayar dalam tempoh kelonggaran?
Individu yang membayar saman dalam tempoh kelonggaran tidak akan dikenakan mata demerit.

Di mana saya boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu saya?
Jika Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu anda telah disenarai hitamkan, pembaharuan hanya boleh dibuat di kaunter JPJ atau Pejabat Pos sahaja.

Adakah saya boleh menggunakan perkhidmatan MyEg untuk  memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu yang telah disenarai hitam?
Pada masa ini, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu yang telah disenarai hitam hanya boleh dilakukan di kaunter JPJ atau Pejabat Pos sahaja. Walau bagaimanapun, Jabatan akan menyediakan perkhidmatan pembayaran saman di portal MyEg pada masa akan datang.

Sehingga bila kelonggaran pembaharuan ini diberikan?
Kelonggaran untuk boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu bagi yang telah disenarai hitamdiberikan sehingga 28 Februari 2011.

Apakah kuasa JPJ untuk menyenarai hitam saman yang dikeluarkan oleh PDRM?
Di bawah Seksyen 17 (1) (d) dan Seksyen 29 (1A) Akata Pengangkutan Jalan 1987, JPJ mempunyai kuasa untuk enggan memberi Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor sekiranya terdapat sesuatu perkara yang belum selesai dengan JPJ dan PDRM.

Jika saya diberi kelonggaran untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu, adakah senarai hitam kenderaan saya dulupuskan?
Tidak. Kenderaan anda masih lagi berstatus senarai hitam walaupun pembaharuan cukai jalan dibenarkan.

Jika saya memilih untuk membayar saman Polis/JPJ hari ini, adakah saya akan dikenakan mata KEJARA?
Tidak. Mana-mana pembayaran saman yang dibuat dalam tempoh kelonggaran ini (11 Ogos 2010 hingga 28 Februari 2011) tidak akan dikenakan mata KEJARA.

Jika saya memilih untuk membayar saman Polis/JPJ hari ini, adakah saya akan diberi apa-apa diskaun bayaran kompaun?
Tidak. Mana-mana pembayaran saman yang dibuat dalam tempoh kelonggaran ini tidak akan diberi apa-apa diskaun.

Dimana saya boleh semak senarai hitam?
Semakan senarai hitam boleh dibuat melalui MyRg, Portal JPJ atau melalui kaunter JPJ berdekatan.

Adakah senarai hitam saya akan dilupuskan jika saya membuat bayaran ke atas saman-saman yang telah disenarai hitam?
Ya. Senarai hitam atas saman yang telah disenarai hitam? Anda perlu menyelesaikan semua saman-saman yang telah dikeluarkan oleh JPJ/Polis dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan kenderaan tidak disenarai hitamkan.
saman 
 
Saya mempunyai beberapa saman Polis yang belum diselesaikan dan dalam masa yang sama saya mempunyai 2 buah kereta yang akan tamat lesen Kenderaan Motor (LKM) pada bulan Oktober dan bulan November ini. Bolehkah saya mendapat kelonggaran pembaharuan Lesen Kenderaan (LKM) untuk kedua-dua kereta saya ini?
Boleh. Anda boleh memperbaharui Lesen Kenderaan (LKM) kedua-dua kereta anda. Tempoh Lesen Kenderaan (LK) yang dibenarkan ialah 6 bulan sahaja untuk setiap kenderaan.

Saya telah disenarai hitam oleh JPJ atas sebab saman Polis yang tidak diselesaikan. Lesen Kenderaan (LKM) dan Lesen Memandu saya tamat pada 28 Februari 2011. Bolehkan saya dapat kelonggaran untuk membayar cukai jalan dan lesen saya pada 28 Februari 2011 tanpa menyelesaikan saman-saman saya?
Boleh. Anda dibenarkan untuk memperbaharui Lesen Memandu untuk memperbaharui Lesen Memandu untuk tempoh 12 bulan dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk tempoh 6 bulan.



saman-ekor9 saman-ekor-8


 Saya mempunyai 10 saman, sebahagian daripada saman tersebut tidak dilakukan oleh saya. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
Anda perlu membuat semakan saman di kaunter-kaunter Polis atau JPJ berhampiran.

Apa akan berlaku selepas 28 Februari 2011?
Tiada lagi kelonggaran untuk pembeharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu bagi orang ramai yang telah disenarai hitam. Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu hanya akan dibenarkan jika kenderaan jika kenderaan atau orang tersebut tiada mempunyai senarai hitam. Mana-mana bayaran saman yang dibuat selepas tarikh tersebut akan dikenakan mata KEJARA.



sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

2 comments:

Unknown said...

wah bagusnya information...panjang lagi lebar...
satu lagi minta tolong tgk ni k
sbb nak komen susah la...
huhu pls
http://atamdin.blogspot.com/2011/02/pesanan-buat-blogger.html

myLavender said...

mmg pjg entry kali ni.. saje wat peringatan diri sendiri n semua... ape yg susah sgt tu... n entry yg itu sy udah beberapa kali ulang bace... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...