Thursday, February 24, 2011

SAMAN EKOR

Saman Ekor - Soalan Lazim 

Artikel ni saje nak kongsi kat sini..buat peringatan diri sendiri juge... heeee..

saman-ekor01 saman-ekor2
Soalan-soalan lazim mengenai keputusan Kerajaan menangguhkan sementara sekatan urusniaga bagi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu sehingga 28 Februari 2011. Berikutan pengumuman Kerajaan untuk membenarkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu dengan menangguhkan sementara sekatan urusniaga (senarai hitam), Jabatan telah menerima banyak pertanyaan daripada orang awam. Berikut adalah soalan-soalan lazim yang berkaitan:

Apa itu saman ekor?
Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat di butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.  Istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A.

Apa perbezaan antara saman ekor dan saman-saman lain?
Saman ekor ialah saman yang dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan. Manakala saman selain daripada saman ekor merupakan gantian saman mahkamah yang dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahan dilakukan (kendiri).
saman-ekor6

Siapa yang mengeluarkan saman ekor?
Saman ekor dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja.

Saya telah menerima saman ekor, apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya anda menerima saman ekor atau Notis Pol. 170A, anda hendaklah mengemukakan butiran pemandu kenderaan semasa kesalahan tersebut dilakukan.
saman-ekor5
saman-ekor7

Apakah butiran yang perlu dikemukakan?
Butiran yang perlu dikemukakan adalah seperti yang diminta dalam notis Pol.170A ialah:
  • Nama dan alamat pemandu
  • No. kad pengenalan pemandu
  • No. lesen pemandu
  • No. telefon
  • Jantina pemandu
  • Tarikh lahir pemandu
  • Warganegara pemandu dan
  • No. pasport
Bagaimana penerima saman ekor boleh memberi maklumat yang dikehendaki?
penerima saman ekor boleh mengemukakan maklumat pemandu maklumat pemandu yang berkenaan dengan melengkapkan notis yang diterima dan mengemukakannya semula kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Selain itu, penerima saman juga boleh hadir di Balai Polis yang berdekatan bagi mengemukakan maklumat.

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak memberi maklumat yang dikehendaki?
Penerima saman ekor akan dikategorikan sebagai melakukan kesalahan kerana ingkar notis di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini boleh menyebabkan tuan sebagai pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan disenarai hitam oleh JPJ.

Mengapakah tempoh 6 bulan diberi untuk menyelesaikan saman tertunggak?
Kerajaan pada 11 Ogos 2010 telah memberikan kelonggaran sehingga 28 Februari 2011 bagi memberi tempoh untuk menyelesaikan saman-saman tertunggak termasuk saman ekor. Dalam tempoh ini, tindakan senarai hitam ditangguhkan bagi membolehkan pemilik kenderaan memperbaharui Lesen Memandu dan Lesen kenderaan Motor (LKM). Selain itu, pesalah trafik juga tidak akan dikenakan sebarang mata demerit bagi saman-saman yang diselesaikan dalam tempoh ini. Saman-saman boleh diselaikan secara ansuran atau sekaligus.

Apakah yang dimaksudkan pembayaran saman secara ansuran?
Sekiranya individu mempunyai lebih daripada 1 saman, pembayaran saman secara ansuran boleh dibuat. Misalnya, jika individu mempunyai 5 saman, individu boleh memilih untuk menyelesaikan bilangan saman mengikut kemampuan sama ada menyelesaikan 1 saman atau lebih dalam satu-satu masa.

Saya telah membayar saman sebelum 11 Ogos 2010, bolehkah saya mendapat semula bayaran saman yang telah saya jelaskan?
Anda tidak boleh menuntut semula bayaran saman yang telah dibuat kerana saman-saman tersebut tidak dilupuskan. Kerajaan hanya memberi kelonggaran untuk tujuan pembaharuan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Berapa lamakah tempoh pembaharuan Lesen Memandu yang dibenarkan semasa tempoh kelonggaran?
Lesen Memandu hanya dibenarkan untuk diperbaharui selama 1 tahun sahaja sekiranya terdapat saman tertunggak.

Berapa lamakah tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor yang dibenarkan semasa tempoh kelonggaran?
Lesen Kenderaan Motor (LKM) hanya dibenarkan untuk diperbaharui selama 6 bulan sahaja.

Bolehkah Lesen Kenderaan Motor diperbaharui 2 bulan lebih awal sebagaimana amalan biasa sekiranya terdapat saman tertunggak? Adakah kelonggaran masih diberikan?
Lesen Kenderaan Motor boleh diperbaharui 2 bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Kelonggaran masih diberikan kepada individu yang mempunyai saman tertunggak untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor yang diberikan yang diberikan hanya untuk 6 bulan sahaja .

Apa akan berlaku kepada penerima saman yang tidak menyelesaikan saman tertunggak sebelum 1 Mac 2011?
Tindakan senarai hitam dan mata demerit semula selepas tempoh kelonggaran tamat iaitu mulai 1 Mac 2011. Individu yang memiliki saman tertunggak tidak akan dibenarkan memperbaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor sehinggalah semua saman tertunggak diselesaikan.

Apakah faedah sekiranya saman dibayar dalam tempoh kelonggaran?
Individu yang membayar saman dalam tempoh kelonggaran tidak akan dikenakan mata demerit.

Di mana saya boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu saya?
Jika Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu anda telah disenarai hitamkan, pembaharuan hanya boleh dibuat di kaunter JPJ atau Pejabat Pos sahaja.

Adakah saya boleh menggunakan perkhidmatan MyEg untuk  memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu yang telah disenarai hitam?
Pada masa ini, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu yang telah disenarai hitam hanya boleh dilakukan di kaunter JPJ atau Pejabat Pos sahaja. Walau bagaimanapun, Jabatan akan menyediakan perkhidmatan pembayaran saman di portal MyEg pada masa akan datang.

Sehingga bila kelonggaran pembaharuan ini diberikan?
Kelonggaran untuk boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu bagi yang telah disenarai hitamdiberikan sehingga 28 Februari 2011.

Apakah kuasa JPJ untuk menyenarai hitam saman yang dikeluarkan oleh PDRM?
Di bawah Seksyen 17 (1) (d) dan Seksyen 29 (1A) Akata Pengangkutan Jalan 1987, JPJ mempunyai kuasa untuk enggan memberi Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor sekiranya terdapat sesuatu perkara yang belum selesai dengan JPJ dan PDRM.

Jika saya diberi kelonggaran untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Lesen Memandu, adakah senarai hitam kenderaan saya dulupuskan?
Tidak. Kenderaan anda masih lagi berstatus senarai hitam walaupun pembaharuan cukai jalan dibenarkan.

Jika saya memilih untuk membayar saman Polis/JPJ hari ini, adakah saya akan dikenakan mata KEJARA?
Tidak. Mana-mana pembayaran saman yang dibuat dalam tempoh kelonggaran ini (11 Ogos 2010 hingga 28 Februari 2011) tidak akan dikenakan mata KEJARA.

Jika saya memilih untuk membayar saman Polis/JPJ hari ini, adakah saya akan diberi apa-apa diskaun bayaran kompaun?
Tidak. Mana-mana pembayaran saman yang dibuat dalam tempoh kelonggaran ini tidak akan diberi apa-apa diskaun.

Dimana saya boleh semak senarai hitam?
Semakan senarai hitam boleh dibuat melalui MyRg, Portal JPJ atau melalui kaunter JPJ berdekatan.

Adakah senarai hitam saya akan dilupuskan jika saya membuat bayaran ke atas saman-saman yang telah disenarai hitam?
Ya. Senarai hitam atas saman yang telah disenarai hitam? Anda perlu menyelesaikan semua saman-saman yang telah dikeluarkan oleh JPJ/Polis dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan kenderaan tidak disenarai hitamkan.
saman 
 
Saya mempunyai beberapa saman Polis yang belum diselesaikan dan dalam masa yang sama saya mempunyai 2 buah kereta yang akan tamat lesen Kenderaan Motor (LKM) pada bulan Oktober dan bulan November ini. Bolehkah saya mendapat kelonggaran pembaharuan Lesen Kenderaan (LKM) untuk kedua-dua kereta saya ini?
Boleh. Anda boleh memperbaharui Lesen Kenderaan (LKM) kedua-dua kereta anda. Tempoh Lesen Kenderaan (LK) yang dibenarkan ialah 6 bulan sahaja untuk setiap kenderaan.

Saya telah disenarai hitam oleh JPJ atas sebab saman Polis yang tidak diselesaikan. Lesen Kenderaan (LKM) dan Lesen Memandu saya tamat pada 28 Februari 2011. Bolehkan saya dapat kelonggaran untuk membayar cukai jalan dan lesen saya pada 28 Februari 2011 tanpa menyelesaikan saman-saman saya?
Boleh. Anda dibenarkan untuk memperbaharui Lesen Memandu untuk memperbaharui Lesen Memandu untuk tempoh 12 bulan dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk tempoh 6 bulan.



saman-ekor9 saman-ekor-8


 Saya mempunyai 10 saman, sebahagian daripada saman tersebut tidak dilakukan oleh saya. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
Anda perlu membuat semakan saman di kaunter-kaunter Polis atau JPJ berhampiran.

Apa akan berlaku selepas 28 Februari 2011?
Tiada lagi kelonggaran untuk pembeharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu bagi orang ramai yang telah disenarai hitam. Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu hanya akan dibenarkan jika kenderaan jika kenderaan atau orang tersebut tiada mempunyai senarai hitam. Mana-mana bayaran saman yang dibuat selepas tarikh tersebut akan dikenakan mata KEJARA.



sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Sunday, February 20, 2011

TRIBUTE TO WOMAN

Expo Perdagangan Tribute to Woman 2011.





Expo berlangsung di Exibition Hall Mid Valley dari 18 Feb hingga 20 Feb 2011.
Macam2 aktiviti ada.. termasuk booth2 yg pelbagai....

Tapi kite tak excited sgt kat situ.. sbb... entahla.. tetiba rasa  jiwa tak 'in' kat dlm tu...... sebb ade babak2 yg tak best pun di tayangkan kat dpan2 audients... erm.. tak patut la..... ...


pape pun... penghargaan buat wanita...... Terima kasih penganjur kerana buat tribute begini..
'Terasa diriku begitu berharga'... heheh...

Tuesday, February 15, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H

Hari ini 12 Rabiulawal 1432H   bersamaan 15 Feb 2011 hari Maulidur Rasul. Sambutan kelahiran Rasulullah .. Rasul Junjungan,


Sama2 kita menghayati perjuangan Rasulullah..... dan sama2 mengikuti segala wasiat2 yg di tinggalkan yg merupakan sunnah yg harus kite ikuti....

Andai kite berpeluang suatu ketika dahulu menemui Rasulullah S. A. W pasti kita akan bersama2 berjuang bersama beliau...


Sesungguhnya Dia tiada galang gantinya....

Sunday, February 13, 2011

PERIHAL JODOH


Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 1 artikel menarik yang ditulis oleh Ustaz Pahrol (Salah seorg penulis di Majalah Solusi) berkenaan dengan ‘Perihal Jodoh’.



 
BERCERITA TENTANG JODOH

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.

“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”

“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.

“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook danTwitter?” gurau saya.

“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati.

Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.

“Habis mengapa putus?”




“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”

Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.


Isteri Amanah


“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”

“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”

“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”

“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”

“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”




Cantik Itu Relatif dan Subjektif


“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”

“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”

“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”

“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.

“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.

“Maksud abang?”

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”

“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”



Wasilah Memilih Jodoh


“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.

“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”

“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”

“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”

‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.

“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik


“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”

“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”

“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”

Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.

“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”

“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.

“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”

“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”

“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”

“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik.

Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.




Jodoh Urusan Allah


“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”

“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”

“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”

“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”

“Hikmah untuk kita?”

“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. 

JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

Saturday, February 12, 2011

WASIAT RASULULLAH S.A.W

Malam ni... terpanggil2 untuk mencari satu buku yg dah lama x di bace yg dok baik tersimpan kat rak buku tu.. satu ke satu buku kite dok pegang n... ha hah... satu buku ni mmg sesuai sgt kite membacanya semula..... 
111 WASIAT RASULULLAH S.A.W UNTUK WANITA SOLEHAH


Ya.. mmg dah lama tak bace buku ni... beli nye mmg dah beberapa tahun lalu... 




Tiba2 hati sayu .. kelopak mata dah di takungi air mata dan pembacaan kabur... sbb air mata dah membanjiri kelopak mata.... ya  mlm ni gugur lagi air mata ini...... Macam2 rasa tika membaca semula buku ini..... 

Sayu yg pertama adalah.... ‘Adakah aku berpeluang untuk menjadi sorg isteri solehah?....’
Dlm buku ni mmg lebih penekanan ttg sorg isteri solehah.... 

Sayu seterusnya kerana... ‘masih byk lagi yg belum tertunai tanggungjawap ku terhadap keluarga.. khususnya pada emak n abah..’....

Sayu.. moga Allah mengampuni.. segala dosa2 ku..... dan memberi hidayah dan Nur sentiasa kpd ku....


Baiklah kite nak share beberapa  wasiat Rasulullah S. A. W dari 111 wasiat beliau khas untuk wanita solehah sebagai Calon BIDADARI SYURGA.




 













Ada seorang sahabat pernah memberi nasihat dan peringatan kpd kite .... katanya lebih kurang begini... 'Wanita itu bile sudah berkahwin dia adalah hak suaminya....'  .. Dan bila kite selak helaian demi helaian... kite terjumpa satu lagi Wasiat Rasulullah yg berkaitan dgn kata2 sahabat inihal ini...:

Dari Hadith Riwayat Al-Hakim:  
"Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar sehinggalah apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum juga terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya."



Di harap perkongsian ini ada manfaatnya kepada semua...... Amin......

SALAM MAULIDUR RASUL PADA 12 Rabiul Awal 1432h bersamaan 15 Feb 2011....

True Love



Awaiting Him... My Mr. Right.....

Yup... one day I believe that I'll meet my Mr Right..!!.. who can be like the above... .everything..... yes.. everything..... him.... everywhere with him.... everyday to him .. only him...... may God Bless me.... May God hearing my wish... May God always give sunshine to me.... to life in peacefully and solve every single problem in right way with right time... 

May God give me chance to live with my mr right.... in comfort zone of life.... easy going and of course always with islam & iman.... 


Tuesday, February 1, 2011

HARGA MINYAK NAIK

Tgh mlm tadi Ron'97 dah naik lagi... rm0.10 maka harga baru dah jadi RM2.50....




Nak wat cemane.. kena gak isi minyak kan...... keta kena gak bergerak... mane boleh isi air.... erm... ini la dia transformasi ekonomi..... pengguna nak tak nak..rela tak rela.. kena juge akur .. ...

cume ape yg boleh kite buat adalah.. jimatkan penggunaan..... jgan nak bazir2kan penggunaan petrol... ... jika boleh berjimat2.. jimatla.... ..... kan........

KES CULIK.......

myMetro | RM500,000 tebus nyawa


Akhir zaman.... kerana duit.... hari ini bukan setakat bayi, kanak2 saje di culik di larikan... now.... org dewasa juga dah jadi mangsa, Ahli perniagaan di culik ..!!... cara pintas org2 untuk dptkan duit dgn mudah..!!... ..... ....

Berhati2la wahai kawankawan ku yg tersayang sekalian... penculik2 ini masih bersepah2 di luar sana...!!.. mereka merbahaya...!!... elakkan terlalu mendedahkan identiti diri sehingga menjadi mangsa dlm keadaan begini.... demi keluarga...... sbb penculik tidak kenal erti simpati.. belas..mereka sanggup buat apa saja demi duit..... !!!....

Di harap perkongsian berita ini boleh memberi kesedaran dan lebih berhati2......

MANGSA CULIK

I MISS U ....????

RINDU...!!!!!.... .errmmmmmmmmmm................................................



Malunya la... mane nak letak muka ni..... ... huhuu.... samada dah terlepas cakap atau.. sengaja..?..... getaran hati tu tak mampu nak tahan lagi... ...

Ya itula yg berlaku kini... kite dah tak mampu  nak kate ape lagi ..bile perasaan itu menguasai diri... Rindu itu tak terbendung lagi... mmg jujur ... kite rindu kat dia..... hampir nak menangis ni..menahan..... sbb tu awl pagi .. tetiba terluah dah..!!!.... ape la respon dia.... eeeee...malunyer..... kena masuk gua ni..... hilang kan malu ni.. mujur jauh... dak la jumpe kan.. heeheheh....

Kenapa kite malu sesangat..!!.. ye la.. sbb kite bukan jenis sembarangan cakap rindu pada org.... jika tak betul rasa dari hati  ni.. tak mungkin lepas cakap sesuka hati pda insan bernama lelaki...... sbb 'rindu' itu antara perkataan yg mahal untuk kaum itu....

Erm tak pe la dah terlepas...... nak wat cemane...... wait n see je la.....



Tapi mmg tak tipu.. pengakuan.. n pendedahan exclusive...... jujur dari hati.... ni....... 

Rindu ini untuk Siapa..????,.... ..

Ya Hanya dia yg dpt mesej itu saja tau.... 

Ini mmg untuk dia.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...