Monday, July 27, 2009

KEINDAHAN JODOH

Tinggg..tongggg.....!!!.. email pilihan...!!...

Malam ni.. kite buat blogrounding.... 1 world..... saje aktiviti santai.. sebelum masuk tido... sedang asyik kite buat blog rounding.. ... peti email menjerit2.. bagitau.. ade email masuk..!!.. stop kejap blog rounding.. n. .. p la bukak email tu.... oo..... my virtual friend.. sharing artikel.. hem.. panjang la pulak..
!!.. tapi nampak sesuatu yg menarik..!!..hem.. so..kite pun teruskanla membace sehingga abis..!!.. nak tau pe yg kite dapat..?.. .. Jom la bace sesame... moga menambah knowledge.. .. dan juga sebagai kata2 motivasi untuk life ..... :


##KEINDAHAN JODOH ##

Sahabat jangan kita lupa pelangi walaupun ia cantik namun ia hanyalah bersifat sementara..dan ia akan muncul tah bila lagi kitapun tak tahu..sedangkan matahari begitu setia dengan kita sampai waktunya akan menyinari kita semua..bila sampai waktu magrib akan hilanglah ia..namun esok sesudah subuh pasti ia akan kembali menyinari kita..oleh itu jgnlah kamu lupa akan jasa matahari..dek kerana terpesona dengan indahnya pelangi..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Adaorg jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.




Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cubamendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

1 comment:

Tulisan Dari Manjung said...

Betul tu ...memang dalam Al Quran Ada ayat yang bermaksud lebih kurang beginilah...kalau tersalah..tolong betulkan

"Lelaki2 yang baik adalah untuk perempuan2 yg baik,
Perempuan2 yang baik adalah untuk lelaki2 yang baik,
Lelaki2 yang jahat adalah untuk perempuan2 yang jahat,
Perempuan2 yang jahat adalah untuk lelaki2 yang jahat."


Kebanyakan dari kita bila ditanya tentang jodoh, semuanya mengharapkan akan mendapatkan pasangan yg beriman....tetapi adakah kita cukup baik untuk mendapat pasangan yang seperti itu???
Tapi semua tu kuasa Allah. Kadang2 kita tengok luaran seseorang tu tak baik...tapi mungkin ada sesutu dalam dirinya yg Allah lihat cantik sehingga di anugerahkan hidayah dan pasangan yang baik untuk membimbing hidupnya...contoh yang ada, ialah Norkumalasari
Dulu beliau adalah seorang supermodel tanah air, pelakon dan penyanyi terkenal....
tapi kini beliau bahagia bersama suami dan anak2 tersayang menuju jalan yang diredhai Allah....Langsung tidak pernah beliau berpaling untuk kembali ke dunia hiburan...biarpun bukan sedikit tawaran yang datang.....itu nama nya istiqamah....
moga2 kita juga akan mendapat pengakhiran yang sebegitu hendaknya....Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...