Tuesday, December 15, 2009

SALAM MA'AL HIJRAH ...1431H ( Doa Akhir & Awal Tahun.)


Syukur kita kepada Illahi dan RasulNya..keranaNya kita pada masuk waktu Maghrib 17 Dec 09 kita akan melangkah ke tahun Hijrah yang baru 1431H. Sempena memasuki tahun baru Hijrah 1431H ini, sama-samalah kita melakukan amalan sunat di awal Bulan Muharram ini agar kita mendapat sama ganjaran dan dilindungi oleh Allah untuk sepanjang tahun baru ini... juga tahun2 mendatang insya-Allah.

Di sunatkan kepada kita untuk membaca DOA AKHIR TAHUN
**dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
**
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."






Di susuli dengan membaca DOA AWAL TAHUN
**dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."





Binalah azam baru.. lakukan penghijrahan diri dan minda ke arah/menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Tekadkan penghijrahan dengan iltizam yang kuat... Berdoalah pada Yang Esa.. Sesungguhnya Dia maha mendengar... Insya-Allah.


Antara Amalan2 sunat lain:

1) Berpuasa
-
Maksud Hadis; Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
- Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Berpuasa pada 1-9 Muharram (puasa Tasua')
- Berpuasa pada 10 Muharram (puasa Asyura)
2) Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya
3) Memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin
4)
Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga


(....mengingati diriini sendiri.....)
{Sumber Doa: Jab. Kemajuan Islam Malaysia}


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...