Wednesday, June 24, 2009

BULAN REJAB

Hari ini kite nak berkongsi tentang kelebihan Bulan Rejab.... dari hasil pembacaan dan rujukan kite... marilah sama-sama menghayati kelebihan bulan yang mulia ini......

Alhamdulillah.. harini..24 Jun adalah bersamaan 1 Rejab 1430. Bulan Rejab ini adalah Bulan Allah Swt.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt...."

Amalan sunat yang menjadi keutamaan dan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda ialah Puasa Sunat. Paling baik jika dapat dikerjakan 30 hari iaitu sepanjang bulan Rejab, sebagaimana yang diamalkan olah Rasulullah s.a.w.


Menurut maksud sebuah Hadis Rasulu
llah s.a.w, " Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka Allah s.w.t menyeru kepadanya " Telah wajib hakmu atasKu, mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian dan kebesaranKu, tidak akan aku tolak hajatmu. Engkau adalah jiranku di bawah 'ArasyKu. Engkau kekasihKu daripada semua makhlukKu. Engkau mulia disisiKu. Berbahagialah kamu, tiada hijab di antara Aku dan engkau."

Wah... begitu besar kelebihan yang akan diperolehi oleh umat manusia yang berpuasa selama 30 hari dalam bulan ini... !! mampukah kite?..mampukah anda...? Dan.. bagaimane pule fadhilat jika berpuasa pada tempoh hari2 selebihnya... jom kite bongkarkan.....!!!

Fadhilat Berpuasa sunat Rejab (dengan seikhlas hati) dari pembacaan kite seterusnya ini adalah:

1). Berpuasa sunat Rejab 20 hari, maka Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosanya yang lalu.

2). Berpuasa sunat Rejab 19 hari, maka Allah s.w.t membina untuknya sebuah mahligai di syurga.

3). Berpuasa sunat Rejab 15 hari, maka Allah s.w.t memberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun (menurut Saidina Ali).

4) Berpuasa sunat Rejab 14 hari, maka Allah s.w.t memberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun (menurut Sayidina Ali)

5) Berpuasa sunat Rejab 13 hari, diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun (menurut Saidina Ali)

6) Berpuasa sunat Rejab 10 hari, maka Allah s.w.t memberi dua sayap (kepak) untuk terbang seperti kilat di atas titian siratal-Mustaqim pada Hari Kiamat.

7) Berpuasa sunat Rejab 8 hari, akan dibukakan lapan pintu syurga pada hari kiamat.

8) Berpuasa sunat Rejab 7 hari, akan ditutup tujut pintu neraka pada hari kiamat.

9) Berpuasa sunat Rejab 6 hari, akan dikeluarkan dari kubur pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya.

10) Berpuasa sunat Rejab 5 hari, akan diamankan daripada azab kubur.

11) Berpuasa sunat Rejab 4 hari, akan dijauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada hari kiamat.

12) Berpuasa sunat Rejab 3 hari, akan dibinakan benteng yang menghalang ke neraka pada hari kiamat.

13) Berpuasa sunat Rejab 2 hari, akan dipergandakan pahala ibadatnya.

14) Berpuasa Sunat Rejab sehari, diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadat semur hidupnya. Jika puasa sehari itu ditambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya akan ditambah seperti seribu kali ibadat Haji dan Umrah.

15) Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 Rejab (hari Israk dan Mikraj) diberi pahala seperti puasa enam puluh bulan (5 tahun), jika disertai dengan ibadat bersedekah, diberi pahala seperti berpuasa seribu tahun.

Pada keseluruhan, mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, akan diampunkan dosa-dosanya yg lalu, dipelihara Allah imannya bagi baki usianya dan terlepas dari dahaga pada hari kiamat.

Berpuasa sunat pada Bulan Rejab ini akan diberi ganjaran pahala jika dikerjakan pula solat2 sunat pada malam dan siangnya. Solat2 sunat ini termasuklah Solat sunat Bulan Rejab, Solat Tahajjut, Tasbih Hajat, Isyraq, Dhuha, Taubat dan solat2 sunat yang lain.


Beristighfar di bulan Rejab ini juga mempunyai ganjaran kepada umat yg mengamalkannya sepanjang bulan ini; Maka Allah memberi kepadanya pahala 80,000 nabi, orang2 siddiqin, malaikat orang yang mati syahid dan orang2 yang mengerjakan haji. Disamping itu sesiapa yang membacanya sebanyak 4 atau 2 kali sepanjang hidupnya, maka diampuni dosanya oleh Allah sekalipun ia ditentukan bakal masuk neraka.

Membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan berdoa adalah juga amal ibadat yang besar pahalanya untuk mengisi Bulan Rejab ini.

*************
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

*************


Betapa hebatnya ganjaran2 yang diperolehi sekiranya kita dengan seikhlas hati mengerjakan amal ibadat di bulan ini.... Jadi.. pada sesiape yang belum melunaskan ganti puasa yang lepas2.. bolehla melunaskan di bulan penuh ganjaran ini... Insya-Allah... Hem.. sayang kite tak dapat puasa pada hari ini (24hb) kerane tidak sihat dari semalam... Migrain telah mengerang secara mengejut sejak office hour semalam... tak pasti sebab utama, tapi mungkin kite ade mengangkat barang2 'overloaded' dari kudrat ku ini... huhuuu..... hem.. ini la salah satu alahan kite... tak boleh overloaded... bebanan... .. jika terlupa..hah.. lepas angkat barang2 overloaded ni.. hem..dapat la habuan, pastu amik mase dekat 24 jam nak pulih lak tu.... itupun lepas telan panadol..!!.. kalo dibiarkan dgn tido dan sapu minyak angin, ..hem... dekat 2 hari la baru betul2 sihat...!!... Insya-Allah.. kite akan cube puasa seikhlas hati dan dalam keadaan yang sihat walafiat untuk merebut ganjaran2 seperti di atas... (puasa ganti juge...hehehehe.....)


Inilah... die.. buku rujukan yg ku bace

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...