Sunday, October 31, 2010

Lambaian Terakhir...... Muhammad Fauzi Wiyadzi .. Dalam kenangan...

Tragedi  28. Oct. 2010


Tinggal Kenangan...... Kau pergi ... tak kembali.... Kau pergi di saat di bahu kau di galaskan satu amanah yang besar..... sebagai satu-satunya anak lelaki.... Kau perlu menjaga adik beradik perempuanmu... kau di amanahkan menjaga perniagaan ibundamu.. yg jugakakak ku....

di saat baru nak bermulanya tanggungjawabmu sbgai satu2nya anak lelaki .... Kau pergi... Kau pergi jauh.... .kau pergi meninggalkan segala-galanya.... kau pergi.... bukan semeter... ratusan meter.. ribuan meter ..... jutaan meter...... dari kami.... tapi ...  kau pergi... jauh... dari dunia ini.... jauh dari kehidupan kami...... kau pergi ... Menghadap Illahi..... .....

Kau pergi tanpa meninggalkan pesan..... kau pergi di saat ibumu terbang untuk menunaikan fardhu haji... kau mengiringinya dengan air mata dan sayu pandangan walau dari jauh...... seolah2 kau tahu bahawa saat itu..malam itu... pelukan dan dakapan itu.. dan airmata itu adalah yg TERAKHIR ... kau hadiahkan buat ibumu...... tanpa tanda.. tanpa apa-apa..... kau pergi.. kau pergi.....  Salam itu... Salam Terakhir dari mu rupa-rupanya.......

Kami redha.... harus redha.. kami merelakan pemergian mu yg tanpa pesan.... Allah lebih menyayangi mu.... Dia meminjamkan kamu walau seketika.. setakat hayat ke 21 shj..... Namun kau anak yg baik... kau anak yg taat.. kau anak buah yg menghormati.... kau cucu yg soleh.... yg sabar... kau telah menjalankan tanggungjawap yg terbaik buat keluargamu... termasuklah mengambil dan menghantar nenda mu ke hospital untuk rawatan hemodialisis seminggu 3 kali.....  walaupun dah tiada kata dari nendamu.... ku percaya.. nenda mu terlalu menghargai segala khidmatmu padanya.......  itulah kenangan.. kenangan yg kau tingggalkan pada kami.....



myMetro | Lambaian ajal




 3 sahabat baik yg bagai tidak bisa di pisahkan .. kini..... telah di pisahkan dengan kuasa Illahi.. Qada dan Qadar Allah.. tiada siapa yg bisa memberhentikan..... .. Al-Fatihah buat arwah Muhamad Fauzi Wiyadzi... semoga rohnya di cucuri rahmat dan Tenang di Sana .. seperti simbol 'peace' yg kau tunjukkan... semoga kau Tenang di sana.... .... Amin...... 


Friday, October 22, 2010

KEYAKINANKU........ Hanya PadaMu...


Keyakinanku.....Hanya PadaMu.... Yang Satu....


Hati minda dan jiwa bersatu,
Menghalang kesedihan menjadi ratu
Yakin dengan jalan pilihanku,
Yakin hanya Dia Yang Satu

Yakin hidupku peluang untukku, 
berbakti dengan org tuaku
Hanya Mereka meyakinkanku,
untuk teruskan hidup ku itu

Adakah masih ada masa untukku, 
melewati saat indah itu
Hanya Dia Maha mengetahu, 
Sujudku mohon restumu
Moga Kau  beri peluang padaku

Kasih sayang perasaan insani, 
Lahir tulus degan budi pekerti
Yakin pada ketentuan Illahi, 
Berkat diri Mohon dirahmati

Salam sayang ku buat semua, 
Jauh ego terus melari diri
Santunku bersahabat bersama semua, 
Hindar dari sepi sendiri

Keyakinan Ku PadaMu Yang Satu.., 
Keyakinanmu.. 
RahmatMu memayungku
Keyakinan... terus bersama bersatu
Menuju kebahagiaan hidup selalu


 (Di sini Persinggahan ku.. mengadu..)


Friday, October 15, 2010

Mengapa Harus Bersedih?

Mengapa Harus Bersedih? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita.

Firman Allah:
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - (Ibrahim 14:34)

Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?  Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Firman Allah:
"Jangan takut, jangan berdukacita." - (Al-Ankabut 29:33)



Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini.
Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan. Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya. Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?! Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.

Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

Tuesday, October 12, 2010

Saya perlukan Kamu.. seorang Teman...

TEMAN

Lama menanti... bile kah akan di kunjungi
seorang insan yg  bergelar.. Teman...

... Dia .. seorang Teman yg sentiasa ada
... Dia .. seorang Teman yg benar-benar memahami
...Dia .. seorang Teman yg sentiasa menemani
...Dia .. seorang Teman yg ikhlas bersama
... Dia .. seorang Teman yg berkongsi suka duka
... Dia .. seorang Teman yg meringankan beban
... Dia .. seorang Teman yg sentiasa saling memerlukan
... Dia .. seorang Teman yg sentiasa menyediakan bahunya untuk di bebani walaupun tumpahan air mata
... Dia .. seorang Teman yg sentiasa menasihati
... Dia .. seorang Teman yg penyayang
... Dia .. seorang Teman yg menghormati teman
... Dia .. seorang Teman yg membimbing
... Dia .. seorang Teman yg ketawa bersama menangis bersama
... Dia .. seorang Teman yg memberi harapan 
... Dia .. seorang Teman yg berteman kerana Allah SWT


Ya Allah Yang Maha mengasihi  dan mengasihani lebih mengetahui..... Ciptakan dan temukan diri ku yg serba kekurangan dan sunyi ini dengan dia .. Teman... untukku sepanjang hayat ku ini... Sesungguhnya Kau mengetahui apa yg aku lalui.. .. betapa ...... dengan linangan air mata jernih dari hati nurani ini .. semoga Kau mengerti kekurangan ku.... Berilah aku peluang untuk bahagia.... merasai bahagia dan memberi kebahagiaan kepd dia... ... Teman hayatku..... Amin.. Amin.. Ya Rabballalamin....

Monday, October 11, 2010

SIHIR PELALAU....

Hari ni nak kongsi satu rencana dari akhbar Kosmo..... 

Menderita dek sihir pelalau



WANITA berusia 44 tahun ini baru bertemu jodohnya dua tahun lalu. Bukan sengaja menolak jodoh atau ingin digelar andartu, namun guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur ini menjelaskan ada satu cerita pahit di sebalik kehidupannya.
“Setiap kali pulang ke kampung dan berkumpul dengan saudara-mara, soalan bila mahu kahwin pasti ditanyakan kepada saya.
“Saya memang tidak pernah berniat untuk menolak jodoh tetapi apakan daya, tidak ada seorang pun yang datang meminang saya, melainkan suami saya sekarang,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Jemilah ini.
Dengan usia yang semakin bertambah, naluri anak perempuan tunggal dalam lima beradik ini sudah lama terseksa. Semuanya dikatakan berpunca daripada sihir pelalau yang dititipkan kepadanya melalui rojak buah 22 tahun lalu.
Yang paling menyedihkan, sihir itu dihantar oleh rakan baiknya sendiri.

Murung
“Benda itu ada dalam diri saya sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya saya fikir saya lemah semangat dan mudah tertekan, sebab itu saya pernah diserang histeria di sekolah beberapa kali.
“Rupa-rupanya saya ialah mangsa sihir. Saya sendiri tidak tahu tapi keluarga dan rakan-rakan rapat yang beritahu,” katanya.
Menurut Jemilah, semasa proses pengubatan, ustaz yang merawatnya mengatakan dia terkena sihir pelalau.
“Pada mulanya saya tidak tahu telah disihir, malah saya tidak percaya kerana seingat saya, saya tidak mempunyai musuh.
“Namun, selepas beberapa kali meracau dan menjadi pemurung, emak dan ayah tidak senang duduk dan mula mengikhtiarkan pelbagai cara untuk mengubati saya.
“Kebanyakan pengamal perubatan tradisional itu memberitahu saya disampuk benda ghaib, namun tidak dapat dipastikan apakah bendanya.
“Sejak itu, kehidupan saya berubah 180 darjah. Saya lebih suka menyendiri. Tidur malam saya tidak lena kerana rasa seperti ditindih dan sering bermimpi perkara yang mengerikan. Kulit saya mula rasa kering dan pedih.
“Mujur sihir itu tidak menjejaskan pelajaran saya. Kalau diingatkan semula, saya tidak tahu bagaimana saya boleh fokus dalam pelajaran sedangkan fikiran saya selalu runsing ketika itu,” kata graduan Universiti Jordan ini.

SIHIR pelalau dipercayai menyebabkan sesetengah wanita lambat mendapat jodoh. - Gambar hiasan


Mula terkena sihir pada tahun 1988 pada usia 22 tahun, jin yang dikatakan bersarang dalam tubuh Jemilah hanya keluar pada tahun 1999.
“Saya sudah puas berubat. Dengar saja ada orang yang pandai mengubat, saya pergi. Kadang-kadang sampai tak larat nak pergi berubat.
“Keadaan saya beransur pulih tetapi ‘benda ghaib’ itu masih ada dalam badan,” ceritanya.
“Sampailah pada tahun 1999, saya berubat dengan seorang ustaz di Rawang, Selangor. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa yang tidak pernah putus, dia dapat membebaskan saya daripada sihir tersebut,” imbas Jemilah.
Ditanya bagaimana dia ini mendapat tahu dikenakan sihir pelalau, Jemilah yang berasal dari Klang, Selangor memberitahu, apabila berubat dengan ustaz terbabit, dia pernah meracau.
“Saya tidak sedar apa yang berlaku, tetapi rakan dan emak yang menemankan saya berubat menceritakan semula apa yang terjadi.
“Sebenarnya, selepas ‘dipaksa’ oleh ustaz itu, jin tersebut berterus terang. Siapa yang menghantarnya, melalui cara apa, mengapa dan apa tujuannya,” ujar Jemilah.
Dari situ baru Jemilah tahu segala-galanya.
“Jin yang memasuki badan saya dihantar oleh rakan baik saya. Namanya tidak perlulah saya sebutkan.
“Menurut mereka yang menyaksikan pengubatan itu, jin berkenaan mengaku dia mengacau saya kerana tiga sebab.
“Pertama kerana saya selalu cepat menjawab apabila cikgu bertanya soalan di dalam kelas.

“Kedua, kerana sifat saya yang periang dan disenangi oleh guru dan rakan. Ketiga, kerana saya aktif dalam persatuan dan sering mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan.
“Tujuan saya disihir supaya hubungan saya dingin dengan semua orang yang rapat dengan saya.
“Tidak hairanlah, ramai yang mengatakan muka saya seperti orang kebingungan, mudah marah dan cepat tersentuh,” jelas Jemilah yang baru dua tahun bergelar isteri kepada seorang anak murid ustaz yang mengubatinya dahulu.


Muntah darah
Ceritanya lagi, saat jin itu dikeluarkan, dia memuntahkan semula rojak buah yang dimakan 22 tahun lalu yang diberikan oleh rakannya itu.

ROJAK buah yang dimakan 22 tahun lalu dimuntahkan semula oleh Jemilah. - Gambar hiasan


Mendalami apa itu sihir pelalau, kata Jemilah, sihir jenis itu digunakan untuk menghalang seseorang terutama perempuan daripada dipinang atau dikahwini.

“Mereka yang terkena sihir pelalau dikatakan lambat menerima jodoh kerana apabila ada lelaki yang ingin berdampingan dengannya, mereka akan nampak muka pesakit pucat seperti mayat ataupun tidak berseri,” tambahnya yang bersyukur kerana keluarga memahami masalahnya dan tidak pernah memaksanya berkahwin.

Walaupun pada mata kasar Jemilah boleh dianggap sudah sembuh dan jauh daripada cengkaman pelalau, dia masih dapat merasakan ada benda lain yang menumpang di tubuhnya.

“Ada masanya saya dapat merasakan saya sedang bertarung dengan makhluk lain dalam diri saya. Saya berharap ia cuma ilusi kerana saya sudah tidak sanggup menanggung seksa disihir lagi.

“Bagi wanita di luar sana, jika anda seorang periang dan keletah anda sering menarik perhatian ramai, seeloknya dikurangkan. Takut ada yang busuk hati,” nasihatnya sebelum meminta diri petang itu.
_______________________________________________________________________________

Kenapa manusia ni tak abis2 dengan PHD nye... Perasaan Hasad Dengki mcm lahar gunung berapi aktif..!!!...  jangan la menganiaya kehidupan insan lain... Kita manusia ni tak sempurna... masing2 ada kekurangan dan kelebihan... .!!... dan Hargai diri sendiri... dan keluarga ... sesungguhNya Ciptaan Allah itu untuk tiap makhluknya di muka bumi ini terindah setiap satunya.... 

Ya Allah Ya Rabbi Yang Maha mengasihi dan Mengetahui segala-galanya... ku mohon rahmat mu Ya Illahi... lindungi ku dari penganiayaan dan kezaliman  ini... .. Amin...... 

Sunday, October 10, 2010

10.10.10 jam 10.10 mlm...

Saje nak buat rekod ... pada hari tarikh 10. 10. 10 pada jam 10.10 mlm... buat posting ni.... hehehe.. suka2... sbb tarikh ni.. sekali je ... dan akan muncul lagi pada 100 tahun akan datang...!!! errm.... lama kan... pada masa itu.. di manakah kite...?.. di mana diri ini ..??....

Jadi... sebagai satu kenangan ... sy abadikan di mylavender ini... agar suatu hari nanti.. anak cucu atau sesape yg terjumpa blog mylavender.. akan terasa pada 100 tahun lepas... hehehe..... ...  sejarah tak mungkin berulangkan....!!!

erm... pd sy tarikh ni.. sy tiada yg menarik untuk di kongsi... tiada apa2 significant untuk hidup sy.. cume.. sy suka menyibuk gak ..nak gak mencelah2 di  balik hari2 bersejarah kehidupan lain2..... Sy juga tak penah plan apa2 untuk 10.10.10....

10.10.10

Wah... cantik tarikh arini... 10. 10. 10... 10 hb Oct 2010...!!!.. satu kosong satu kosong satu kosong.... hehehehe...... dan jatuh nye juga pda hari ahad..hujung minggu.. ..herm.. mmg sesuai sgt la.. pada sesape yg nak abadikan tarikh cantik ni dgan hari bersejarah masing2..... Semestinya tarikh perkahwinan.. kan..!!...

Juge pasti nye tarikhni juge tarikh hari lahir ... kan.. so .. happy birthday pada sesape yg menyambut hari lahir pda tarikh 10.10.10... semoga tarikh cantik ni.. meninggalkan kenangan paling terindah ...!!!

Ermm... mcm mane pulak sy... ?? .. erm... sy .. errr... sy.. ye... heheheh.. kena tungguuuu.... hingga ke jam 11.59pm... then baru ley tahu ape kah yg meninggalkan kenangan buat sy untuk 10.10.10.....

Namun ape yg ku masih mengharapkan .. agar Allah terus memberi kan ku kekuatan dan semangat  rezeki untuk terus melayari kehidupan ini dan memberi kemudahan padaku dalam Pencarian ku.......

'Hanya pada Tuhan tempat mengadu, moga hatiku tabah selalu'......

.. SELAMAT PENGANTIN BARU PADA PARA PENGANTIN 10.10.10...

...SELAMAT HARI LAHIR PADA YG MENYAMBUT HARI LAHIR ...

.. SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN.. PDA YG ANNIVERSARY PERKAHWINAN.. SEMOGA TERUS KEKAL SELAMANYA... ;)

semoga 10.10.10 adalah tarikh yg manis dan indah untuk semua..... !!!!

Saturday, October 9, 2010

Selamat Tinggal Syawal 2010

Erm... pejam celik..pejam celik.. dah berakhir bulan Syawal untuk tahun ini... Banyak kenangan sepanjang Syawal dan juga Ramadhan tahun ini... Alhamdulillah..yg baik jadikan kenangan terindah.. yg sebaliknya jadikan jambatan pengalaman untuk di perbaiki dan iktibar hidup.....

Secara keseluruhannya sy bersyukur kerana tahun ni sy p join family p konvoi raya... best .. yg sememang sy suka... ye la selain melaram cantik2.. dpt makan kuih raya .. paling penting dpt jumpe sedara mara yg jarang2 dpt jumpe....  best kan... !!! cume tahun ni.. sy tak berpeluang makan kuih kegemaran sy byak.. sbb tak byk rumah mghidangkannya... termasuk rumah sy sendiri... hehehehe...... ape lagi kalu bukan kuih suci dalam debu... hehe.. tau tak.... itu kuih batang buruk... !!.. hehe...

Ermm.. antara kenangan terindah sy adalah pda hari2 terakhir ramadhan.. sy ada pemintaan dari jauh... dari dubai.... buat pertama kalinya sy di minta oleh rakan dari dubai ni.. untuk buatkan dia biskut almond london.. huhu... wow.. best tu kan... mmg jauh betul order tu.. tapi.. sy tak la anta ke sana.. sbb beliau balik beraya di  malaysia tahun ni.... !!!... erm.. kenangan ..kenangan...

Errm... tahun ni sy plan ngan adik2 pakai uniform... heheeh..... bukan la uniform cm org keje tu.. tapi sedondon le... hehe.... color pink purple.... cantik kan...!! .. sume last minit...  sbb tetibe adik ade ingatkan kat akak dia ni yg mak tanye bile baju pink nak beli..?.. hah... then baru teringat... suatu masa dulu..penah dok sembang2 ngan mak n adik2... termasuk cite bab raya.. walaupun jauh lagi masa tu....  sy kuarkan idea buat tema pink .. n mak kata ok juge cantik.. dan adik2 pun suka color pink termasukla si adik bongsu walaupun lelaki sejati.. hehehe.... nak jugak pink... .. erm..sy yg terlupe... mujur adik remind.... tu  yg terus cari tu... Alhamdulillah... dpt juga kiranya tunaikan satu lagi permintaan mak....!!... senang hati...dpt buat mak happy..walaupun hanya baju....  dan Alhamdulillah juga .. walaupun sy di landa ekonomi menjunam, tapi sy dpt juga menyediakan mak beberapa pasang baju dan tudung....juga abah dan adik2.... serta kelengkapan untuk hari raya di rumah family sy... Inilah yg di namakan rezeki ramadhan kan... rahsia Allah.. jika Dia nak beri.. Dia akan beri bile2 masa jue ..ape juga keadaan pun kan..... Alhamdulillah.... syukur ku pada Mu ya Allah....


"Mak.. ampunkan segala dosa2, salah silap, halalkan air susu mak berikan 
dan segalanya dari kelahiran hingga kini, 
Terimakasih kerana telah dan terus menjadi ibu yg terbaik untuk anak2 mu"



K la cukup setakat n  dulu... nakcite ttg raya dan kenangan mmg tak abis ... errm.. selebihnya simpan dalam hati dan minda saje.....

Akhir kata.. Salam lebaran untuk tahun depan... hehe.....

Friday, October 8, 2010

Pencarian Ini.....

Pencarian ini tak kan terhenti....
Siang bercahaya mentari.....,
Menyuluh di malam hari...

Ku yakin satu hari .. pasti...
Ada sinar itu... Di sini........

Kemana pergi Cahayaku... jauh berlabuh di situ...
Kembali serikan hati ku....
Kembali ceriakan jiwaku...
Kembali semarakan rasa kasihku...

Hanya Dia yang Satu...
Maha Kasih dan Maha Tahu....
Mengerti nurani ku..

Permudahkan Ya Illahi.. laluanku...
Menuju Cahaya itu....
Moga di rahmati oleh Mu......

Moga suatu hari nanti....
Pencarian ini terhenti sendiri.....
Bersama ku Nur Iman Sejati.... 
Hanya Dari Mu Illahi.....
Yang ku nanti-nanti.....



**Jurnal hatiku**

Wednesday, October 6, 2010

Secrets of the Millionaire Mind! - T. Harv Eker's

Warkah.... Bukan nukilan ku...

Warkah ini bukan dari  hasil sy .. tapi sy nak share untuk semua... sbgai ingatan sesama kite.... harap sudi membacanyer...


Thursday, September 30, 2010

DIA YANG KU SAYANG


DIA Yang Ku SAYANG

Kasih sayang..
Ibarat bulan dan bintang..
Janji setia mata memandang..
Pada dirinya bertambah sayang..

Cinta dan sayang..
Siang malam terbayang..
Perasaan tidak goyang..
Walau dilanda gelombang..
Senyum menawan hati girang..

Cinta kasih dan sayang
Bukan kepalang..
Pada dirimu seorang..
Badai datang ku tentang..
seputih hayat ku tatang..

Mengapa mengapai pada kenangan
Sedangkan impian ada dihadapan
Kasih sayang tunggak perjuangan
Walau digugah dengan rintangan
Tabah hadapi semua halangan...





**********************************

Artikel :  Sumber Ilham Tulus Ikhlas dari:
 HaziqIdham@ Facebook

**Terima Kasih kerana memberi keizinan untuk sy share di sini....**



Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.
Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:
"Saya sayang abang."
"Saya rindu ibu."
"Saya cinta kamu semua."
Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)
MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..
Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"
Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.
Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.
Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.
Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.
Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?
Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?
***************************************
**Sumber Artikel dari:

http://www.iluvislam.com/

Wednesday, September 29, 2010

Pelangi

Pelangi 2



Perasan tak ada 2 line pelangi.. satu jelas dan satu lagi samar2... photo ni mmg tak clear sgt sbb snap dari hp sy yg comel tu... tapi boleh la buat kenangan....kan..

Yg pasti... memang ini pertama kali sy saksikan pelangi kembar....!!! ia berlaku pada 4 sept 2010 lewat petang ...

Melihat muncul nya pelangi berkembar....di langit nan membiru di depan mata memang sesuatu yang amat menakjubkan...  Itulah Kebesaran Illahi....


Pelangi mmg cantik kan.... !!!.. melihatnya yg jarang2 muncul memang sesuatu yg tak dpt di gambarkan dengan kata2..... hati tersenyum .. jiwa tenang dan ceria.... itu diri sy.....


Sekuntum Mawar Merah......

Lama tak update blog ... yela sibuk beraya kan..hehe.. lagi pulak bile dah masuk keje semula... bnyak la tugasan kena di selesaikan.....

Byak jugak nak cite dlam ni... mcm biasa luahan rasa dan share apa saja info .. yg ter detik di fikiran.....

Hari ni ..tak tau suka ke ape.. tapi nak simpan ni sbgai satu kenangan... manela tau.. kali ni yg terakhir dpt peluang ni.......

Salam perkenalan baru terima hari ini... tak pasti mudah pule menerima salam itu..... dan dpt pulak kiriman rose merah... yeah.. sekali lagi... setelah lama tak dpt kiriman bunge2...... dah tentu ku terima dgan terbuka....

Terima kasih sang pengirim.... walaupun hanya sekeping photo .. ku hargai.... mungkin ini sbgai satu tanda perkenalan dan persahabatan... semoga ukhwah terjalin dengan berlandaskan keimanan........

Izinkan Sy simpan sbgai kenangan.... di dlm MyLavenderstoryline ini ya....


Ada tak Rose color purple ye... erm.. bile la pulak gerangannya ada pengirim yg sudi mengirim Rose purple ya.. jika ada.. akan ku namakan Rose Lavender... heheh.....

Semoga Impian Tetap Indah.....

Sunday, September 19, 2010

POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI

Hari ini sy berminat untuk berkongsi dari hasil pembacaan sy kpd semua.. dari laman ohislam.com.

Semoga memberi manfaat kepada semua....


**********

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

Sekarang ni ramai yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je. Sunnah nabi jarang nak ikut. Renungkan.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kukuyang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untukkesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau punhanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahankotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.





Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah.



Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalamnajis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilangwalaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalahberkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Initak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudahbernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakaicincin pakailah di jari
1] jari manis2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU…INSYA’ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH….

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”))

wallahu a’lam.
***************

Alhamdulillah.. dalam pencarian ini di iringi dgn keikhlasan dan berterusan insyaAllah kita akan di temukan dgn mudah dgn sumber yg boleh membantu....


Dan pd sy apasalahnya kite mengubah kelaziman tabiat selama ini kepada dengan cara yg baru yg lebih baik terutama mengikut sunnah Nabi... semoga kite terus dpt memperbaiki diri dan cara hidup dgn lebih baik dan mengikut sunnah.... 



*jika ada sebarang komen dan teguran silalah hantarkan, sy sentiasa bersedia menerima komen teguran dan nasihat untuk lebih baik... Amin..*

Tuesday, September 14, 2010

SELAMAT HARI RAYA.. AIDILFITRI....



Di kesempatan ini ucapan Salam Selamat Hari Raya kepada semua.... terutama kpd pelawa2 dan pembaca2 mylavender blog ni... juga kpd kaum keluarga, rakan taulan yg tersayang... Sy mohon kemaafan dari kalian sekiranya storyline blog ini ada kekurangannya... juga mana2 kekurangan dan tingkahlaku dan kata2 dari sy yg kurang menyenangkan yg secara tidak dan sengaja telah mengguriskan hati dan jiwa kalian... sy mohon beribu2 kemaafan... pada mana2 sengketa jika ada..jgn la di simpan di dalam hati.. sy terbuka menerima kutukan dan kritikan dan juga membuka ruang seluasnya pada kalian untuk menyuarakan segalanya pada sy....

Sesungguhnya yg kurang dan tidak sempurna itu adalah dari sy.. dan yg baik dan sempurna adalah dari Allah S.W. T .....

Takziah juga pada keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati... walaupun sy hanya 'mengenali rapat' beliau dlm majalah, kaca TV dan mana2 sumber multimedia... sy tetap merasai kehilangannya di dunia ini... ...

Kejam sungguh orang2 itu.. yg langsung tiada sifat kemanusiaan ... apabila sifat tamak menguasai diri dan jiwa... hingga sanggup merentap nyawa insan yg tidak berdosa dengan cara mereka... semata2 ingin hidup senang lenang dgan jalan mudah... !!!!... semoga adalah balasan utk mereka yg kejam itu....

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...... ;)

Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT HARI MERDEKA KE 53

Selamat Menyambut kemerdekaan Malaysia yg ke 53... Merdeka!!... Merdeka..!!.. Merdeka!!.......

Kali ni tarikh kemerdekaan Malaysia adalah di bulan Ramadhan hari ke 21....

Teringat lagi kenangan sy mengikuti acara 'perbarisan' sempena sambutan hari Merdeka peringkat daerah .. ni zaman old school dulu le.... boleh katakan tiap2 tahun sy di sekolah menengah sy akan terpilih sbgai perserta perbarisan tu... sy mewakili Persatuan St. John Ambulans... heheh.. uniform sy... erm.. dah tinggal kenangan.... rindunyerr.. ngan acara perbarisan.... paling sy tak kan lupa dan teruja adalah apabila perbarisan dan kawad kaki yg diiringi dgan iringan okestra .. tiap hentakan kaki seiring dgan bunyian drum besar.. .. semua seiring.... mmg best... mmg bersemangat dan langkah seiringan...... tapi yg tak bestnye... kena berdiri..berjemur hingga tamat acara sambutan... mujur la kami ni di persatuan St. John Ambulan tu dah di latih cemane nak kawal diri dan imbangan agar tidak pitam or pengsan..... Letih berdiri berjam2... usah katelah.. memang letih.... kulit muka pun berbelang... heheh... tapi itu pengalaman yg tak kan sy lupakan.... opppssss...!!!...... no photo available... tak tau dah mane pegi album lama2 tu..... tapi photo dlm brain memory ... tak kan hilang.... bile hari merdeka pasti akan terbayang kenangan itu..... Antara kenangan terindah.... dah berbelas tahun tinggalkan.... terasa rindu sangat2 nak berkawad kaki semula...... ..




ok la... untuk semua rakyat Malaysia.. Selamat Hari Merdeka... dalam apapun 'merdeka' kalian... semoga kemerdekaan kali ini.. membawa seribu makna dan kepuasan kalian.....

apakah kemerdekaan sy...??..... heheh... adalah..biarlah rahsia... yg pasti... jiwa sy semakin tenang ... walau terlalu byak silih berganti dugaan melanda... ...

Jom .. ramai2.. laungkan Merdeka 7 kali.... !!...

MERDEKA... !!... MERDEKA...!!.... MERDEKA...!!.. MERDEKA...!!... MERDEKA...!!... MERDEKA...!!... MERDEKA...!!....


FADHILAT TERAWIH MLM 21


Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


*(Keseluruhan Fadhilat 30 mlm) di sini*

Friday, August 27, 2010

NUZUL AL-QURAN

Nuzul Al-Quran - 17 Ramadhan 1431 Hijrah






Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.


Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.




Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.


Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Membacaal-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman.



***********************************
sumber ini sy perolehi dari:
Laman Web Jakim (islam.gov.my) oleh

Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

***********************************

*Sharing is Caring*

Lailatul Qadar

Lailatul Qadar ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran?

Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

(al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam
Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT

supaya setiap umat Islam menghayati keseluruhan bulan Ramadhan ini terutamanya 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat.

Dengan beribadah
dengan penuh keikhlasan dan khusyuk, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.



********************
sumber ini sy perolehi dari:
Laman Web Jakim (islam.gov.my) oleh
Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...