Sunday, February 13, 2011

PERIHAL JODOH


Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 1 artikel menarik yang ditulis oleh Ustaz Pahrol (Salah seorg penulis di Majalah Solusi) berkenaan dengan ‘Perihal Jodoh’.



 
BERCERITA TENTANG JODOH

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.

“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”

“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.

“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook danTwitter?” gurau saya.

“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati.

Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.

“Habis mengapa putus?”




“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”

Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.


Isteri Amanah


“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”

“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”

“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”

“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”

“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”




Cantik Itu Relatif dan Subjektif


“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”

“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”

“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”

“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.

“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.

“Maksud abang?”

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”

“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”



Wasilah Memilih Jodoh


“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.

“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”

“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”

“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”

‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.

“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik


“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”

“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”

“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”

Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.

“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”

“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.

“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”

“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”

“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”

“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik.

Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.




Jodoh Urusan Allah


“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”

“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”

“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”

“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”

“Hikmah untuk kita?”

“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. 

JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

Saturday, February 12, 2011

WASIAT RASULULLAH S.A.W

Malam ni... terpanggil2 untuk mencari satu buku yg dah lama x di bace yg dok baik tersimpan kat rak buku tu.. satu ke satu buku kite dok pegang n... ha hah... satu buku ni mmg sesuai sgt kite membacanya semula..... 
111 WASIAT RASULULLAH S.A.W UNTUK WANITA SOLEHAH


Ya.. mmg dah lama tak bace buku ni... beli nye mmg dah beberapa tahun lalu... 




Tiba2 hati sayu .. kelopak mata dah di takungi air mata dan pembacaan kabur... sbb air mata dah membanjiri kelopak mata.... ya  mlm ni gugur lagi air mata ini...... Macam2 rasa tika membaca semula buku ini..... 

Sayu yg pertama adalah.... ‘Adakah aku berpeluang untuk menjadi sorg isteri solehah?....’
Dlm buku ni mmg lebih penekanan ttg sorg isteri solehah.... 

Sayu seterusnya kerana... ‘masih byk lagi yg belum tertunai tanggungjawap ku terhadap keluarga.. khususnya pada emak n abah..’....

Sayu.. moga Allah mengampuni.. segala dosa2 ku..... dan memberi hidayah dan Nur sentiasa kpd ku....


Baiklah kite nak share beberapa  wasiat Rasulullah S. A. W dari 111 wasiat beliau khas untuk wanita solehah sebagai Calon BIDADARI SYURGA.




 













Ada seorang sahabat pernah memberi nasihat dan peringatan kpd kite .... katanya lebih kurang begini... 'Wanita itu bile sudah berkahwin dia adalah hak suaminya....'  .. Dan bila kite selak helaian demi helaian... kite terjumpa satu lagi Wasiat Rasulullah yg berkaitan dgn kata2 sahabat inihal ini...:

Dari Hadith Riwayat Al-Hakim:  
"Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar sehinggalah apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum juga terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya."



Di harap perkongsian ini ada manfaatnya kepada semua...... Amin......

SALAM MAULIDUR RASUL PADA 12 Rabiul Awal 1432h bersamaan 15 Feb 2011....

True Love



Awaiting Him... My Mr. Right.....

Yup... one day I believe that I'll meet my Mr Right..!!.. who can be like the above... .everything..... yes.. everything..... him.... everywhere with him.... everyday to him .. only him...... may God Bless me.... May God hearing my wish... May God always give sunshine to me.... to life in peacefully and solve every single problem in right way with right time... 

May God give me chance to live with my mr right.... in comfort zone of life.... easy going and of course always with islam & iman.... 


Tuesday, February 1, 2011

HARGA MINYAK NAIK

Tgh mlm tadi Ron'97 dah naik lagi... rm0.10 maka harga baru dah jadi RM2.50....




Nak wat cemane.. kena gak isi minyak kan...... keta kena gak bergerak... mane boleh isi air.... erm... ini la dia transformasi ekonomi..... pengguna nak tak nak..rela tak rela.. kena juge akur .. ...

cume ape yg boleh kite buat adalah.. jimatkan penggunaan..... jgan nak bazir2kan penggunaan petrol... ... jika boleh berjimat2.. jimatla.... ..... kan........

KES CULIK.......

myMetro | RM500,000 tebus nyawa


Akhir zaman.... kerana duit.... hari ini bukan setakat bayi, kanak2 saje di culik di larikan... now.... org dewasa juga dah jadi mangsa, Ahli perniagaan di culik ..!!... cara pintas org2 untuk dptkan duit dgn mudah..!!... ..... ....

Berhati2la wahai kawankawan ku yg tersayang sekalian... penculik2 ini masih bersepah2 di luar sana...!!.. mereka merbahaya...!!... elakkan terlalu mendedahkan identiti diri sehingga menjadi mangsa dlm keadaan begini.... demi keluarga...... sbb penculik tidak kenal erti simpati.. belas..mereka sanggup buat apa saja demi duit..... !!!....

Di harap perkongsian berita ini boleh memberi kesedaran dan lebih berhati2......

MANGSA CULIK

I MISS U ....????

RINDU...!!!!!.... .errmmmmmmmmmm................................................



Malunya la... mane nak letak muka ni..... ... huhuu.... samada dah terlepas cakap atau.. sengaja..?..... getaran hati tu tak mampu nak tahan lagi... ...

Ya itula yg berlaku kini... kite dah tak mampu  nak kate ape lagi ..bile perasaan itu menguasai diri... Rindu itu tak terbendung lagi... mmg jujur ... kite rindu kat dia..... hampir nak menangis ni..menahan..... sbb tu awl pagi .. tetiba terluah dah..!!!.... ape la respon dia.... eeeee...malunyer..... kena masuk gua ni..... hilang kan malu ni.. mujur jauh... dak la jumpe kan.. heeheheh....

Kenapa kite malu sesangat..!!.. ye la.. sbb kite bukan jenis sembarangan cakap rindu pada org.... jika tak betul rasa dari hati  ni.. tak mungkin lepas cakap sesuka hati pda insan bernama lelaki...... sbb 'rindu' itu antara perkataan yg mahal untuk kaum itu....

Erm tak pe la dah terlepas...... nak wat cemane...... wait n see je la.....



Tapi mmg tak tipu.. pengakuan.. n pendedahan exclusive...... jujur dari hati.... ni....... 

Rindu ini untuk Siapa..????,.... ..

Ya Hanya dia yg dpt mesej itu saja tau.... 

Ini mmg untuk dia.....

Saturday, January 29, 2011

Sekali lagi...?

Betul ke ape yg kite nak buat ni....?.. adakah masa yg sesuai untuk kite ambil tindakan ini...?.... waktu2 ini... kite mcm dpt rasakan mereka telah rasa selesa dan percaya ngan kite... tapi... waktu2 begini pule..kite nak angkat kaki sekali lagi..?.. ...

Ya... kite harus nekad .. demi masa depan kite.... sbb segalanya di tangan kite sendiri.. kite yg tentukan.... sampai bile kite nak kesiankan org je.. dan menjadikan diri kite pakturut n mangsa... erm....... rasanye dah cukup kot pengalaman yg  kite nak sangat2 tu...

Dah datang cabaran untuk kite.... dlm beberapa bulan ini.... ttg masa depan..... jadi... sama ada kite nak terima cabaran itu atau tidak.. kite yg tentukan sendiri.....

Kite mohon semoga Allah beri petunjuk yg terbaik untk kite demi kehidupan yg terbaik diri kite dan insan2 di sekeliling kite......Amin.....

MY FAVOURITE KARTUN

 Hahaha... tersenyum gelak kite sengsorang ..tetiba dok ter kenang yg sampai ke hanyat ni.. kite masih gemar tgok kartun kat tv tu... tapi bukan la fanatik.. cume boleh layan lagi... hehehe....
Tak tau nape.. tapi bile kebetulan masa tu free.. layan je kartun kat tv... best sgt rasenye... bile dok depan tv tgok kartun... hehehehe..memang layan sesangat....!!.. nak tau dak katun ape yg kite menjadi favourite...

DETECTIVE CONAN... .so cute si Conan tu.. cube tgok ni.... lagi satu selain cute, Conan ni bijak & creatif dlm menyelesaikan apa juga kes...!!..




 


Ha ade lagi.... Si Sponge Bob Squarepants... hehehe...... suke si sponge tu bukan pe sbb lagu dia best... lagi pun mula jadi suka kat katun ni masa beberapa tahun lalu kite cuti sakit kat umah... lama sgt.... pergerakan terbatas..maka setiap petang confirm tgok katun ni... hehe... bile sekarang tertgok lagi katun ni... ha sure teringat zaman dok terlantar sakit ... erm.. kenangan....




 

 



 Ada la gak beberapa lagi katun yg best... tapi satu dari zaman kanak2 lagi mmg hingga kini siap suka buat gelak mcm katun tu jugek... ha... .. hahahahaheek....!!.. itu dia... Woody WoodPecker... Si burung Belatuk.. ey..kan... hehehe..... Ha .. Layan je la.....






























 Ha.. dan semestinya.... katun Malaysia yg sangat2 cute miut.... pe lagi kalo bukan Upin & Ipin... Erm.. BETUL..BETUL..BETUL.... ha... gitule.....







Ok... itu je.. saje melayan... blog ni.. tgah dok sengsorang tak tau nak wat pe... ....



Monday, January 24, 2011

HAPPY BIRTHDAY TASYA.... !!!

hah.. 23hb..!! awatla kite terlupe... ni kan birthday Tasya.... Birthday yg ke 4 tahun la... !! adoi....


Erm.. dah makin besau dia... cakap pun dah semakin matang.... degil a.k.a keras kepala pun semakin2.. huhuhu...

itula dia anak buah kite yg sorang ni.... kaletah dia .. .kalah org dewasa...

Baru2 ni.... nampak di semakin matang.... mcm ayat2 dia spontan je... ada satu mlm tu.. kite ni masuk ke bilik lepas mandi.. then si Tasya dari dapur nampak kite then terus cakap 'hah.. mama.. tu makan.. ade wak kasi...'.... !! then kite cume menyahut.. ha..ok..!!.. then dlm bilik kite terfikir balik ape dia cakap tadi...erm.. makin matang budak ni.. n cara dia mcm org dewasa.... dah pandai respect... n pada hemat kite kanak2 seumur dia tak kan cakap spt itu.. tapi tak pada si Tasya ni.. dia akan ada saje ayat spontan kuar dari mulut dia....!!.. unpredictable..!!... kadang2 buat kite tergelak.. nak ketawa guling2... n ade kala nak marah ..geram pun ada...!!.. tapi papepun... matang2 dia tu pun.. dah nama budak... mmg degil... n dia ni suka ikut kepala dia je...  org mesti dgr katanye... kalo dia kata nak A.. .maka org even ibu or ayah dia mesti kena kasi A.. kalo idak.. mengamuk ..menjerit macam ape ntah...!!.. atau tak pun.. makan se das la cubitan or rotan kat badan si Tasya tu... !!..huhuuu... syian Tasya... kan..!!

Tapi dlm byk2 pkataan yg buat kite akan gelak bile dia suka bertanya ..then bile kite kasi jawapan.. then dia akan jawap 'ooo..pakot la.."... hahahaha..... aduhai.. dia nak sebut 'patut' ..  ntah camne jadi 'pakot' pun tak tu daa.... ...

Tasya tetiba akan kata..'eh mama ari ni tasya lupe la nak salam mama...' sambil hulur tangan.. tak kira masa tu tgah buat ape.. pegang ape.. dia tetap nak salam.... kalo dah mula bercakap ..tak berhenti.. ade je yg nak di cakapkan...

Tasya.. suka berkawan... ke mana pergi.. cepat je dia akan dpt kawan.. dan dia tak kan tanye sapa nama kawan baru dia.. tapi dia akan terus panggil 'kawan'... eh kawan jom main ni.. ha camtu la bunyinye....  bile kite terdgr perbualan anak2 kecik ni.. mmg tergelak pun ade.... kawan di sibuk la tanye ..eh name ko sape..  ha pandai pulak di jawap.. 'Tasya' tapi dia idak pule nak bertanye kat kawannya... dia suka beno panggil 'kawan' kat kawan2 nye.. yg baru di kenal tu la.. n yg baiknya pulak 'kawan' yg diberi gelaran ni pun paham2 je mmg 'kawan' tu  nama mereka... huhu.. itula si kecil kalo berkawan....




To Tasya..:

Tasya.. sorry mama tak beli kek or hadiah lagi..... nanti la bile dah free... mama buat kan yer.... huhu.....
Happy Birthday.... mama doakan tasya semakin bijak.. semakin matang dan semakin baik... buang jauh perangai buruk dulu2 k.. dan yg penting terus jadi bijak n jaga diri ....teruskan hormat org dewasa ye... kalo mama marah mama nak Tasya tau yg mama pun garang juge mcm ibu tasya tu...  cume tangan tak berjalan je.. hehe... K... nanti kite potong kek sama2 ngan mbah n mbah lanang ye... ngan paman sekali...  Ok ni lagu tok tasya.... stay cute n clever haaa...!! luv u.....


Thursday, January 20, 2011

HANDPHONE oh.. HANDPHONE......

Haaaah...!!!... handphone rosak..!!!! huhuu... camne ni..... dah la itu satu2nye handphone camera yg kite ade..... ... aduhai..waktu2 gini lak handphone ni nak buat perangai.... masuk je simcard... no coverage.. emergency call je boleh... haru2... memula ingatkan... simcard yg problem.. so test la masukan kat telpon company... hah..elok je coverage nyer.... ... then test lak masukkan simcard no company  kat hp LG kite tu... x de coverage juge.. hah..sah la.. si LG ni buat perangai.... ... !!!.. dah sampai time ke..??.... LG kite masih perlukan awk..!!.. jgn la buat hal.. .please..please..wake up....!!!..... kite tau.. kite penah campak awk sekuat hati.. .dgn sengaja... kite penah  je x hirau kan awk... kite penah je tertinggalkan awk di office dlm kete... dan juge penah terpijak...!!.. tapi itu bukan bermakna kite benci or tak sukakan awk... !!.. I still need you LG... awk byk kenangan kat kite...
        Kalo kite tak suka awk... nape kite  jadikan awk LG white sebgai hadiah birthday kite beberapa tahun lalu..!! kan...!!... kite susah n agak cerewet ttg hp.. tapi bile tgok awk... sy jadi jatuh cinta... dan pasang impian nak miliki awk.... ternyata pda 6.April.... sy dptkan awk.... juga... jadi awk bertarikh lahir di tangan sy... pd tarikh lahir kite... yg sama..!!!... kan... jadi.. LG .. awk tentunya milik sy..dan semestinye kite syg banget sama awk.!!... Oh LG..... jgan la susahkan kite..... awk tau kan LG... yg kite ni suka amik gambar .. walaupun pixel awk kecik aje... tapi dah beribu2 gambar kite snapped dari camera ni tau..... you are so sleek... that why kite suka awk..!!!... erm.... wake up ye LG..... sy sgt2 sedih n hampa bile awk asyik tido je LG......
        Walaupun sekrg dah mcm2 tepon hebat kuar... tapi kite tak minat sgt.. .entah.. kita tak minat nak beli BB ke.. Ip ke... erm... entah la.. belum ada rase lagi kot.. tapi ... kite minat tok miliki adik2 awk yg baru... yg ade Andoid...!!.. hehehe..... mmg terlalu upgrade dari awk.. tapi kan.... sekurang2nya... sy tetap setia ngan 'family' awk kan...kan..kan...!!.. tapi entahla.. tak pasti bile sy akan miliki HP yg ade system Android tu.... LG White.. kite harap awk cepat sedar yer... tak mo tido2 lagi.... tolong la..... tolong... bak kata Ana Rafali..'Tolong ..ingat kan Aku'..... hah.... siap menyanyi lagi.. tuh...


Ha ni la LG kesayangan hamba.... the only camera Hp that i had now... if let say I have to buy a new one.. I still n will keep you ... mmmuuuahhhh.... luv u forever...



LG... ingat la kite nye .... Buat masa ini.. berserah je la.. kalo awk tak OK juge.... erm...  kite pun x ley buat pape dah... kena kumpul duit beli yg baru le.... .... ....


Mimpi Lagi.....??

Mimpi  lagi..... kali ni mimpi ape pule... dah la lama tak meng update blog ni.. tup tup now... kuar pulak cite ttg mimpi.....


Ada org berkata jgan terlalu memikir mimpi dan percaya mimpi itu... mimpi mainan tido kan... ye betul... byk mimpi itu permainan syaitan .. namun .. ada kala mimpi itu petunjuk pada alam nyata di sekiling kita....!!!.. pelik tak?.. tak kan.... dan ini berlaku juga pda sy..... ada masa sy perkara ini berlaku kebetulan pda sy.... Benar.. !! mimpi itu petunjuk kehidupan .... dan mimpi itu jawapan yg sy cari..tentang sesuatu yg sy tak tau.. atau nak sangat2 tau.. ... erm.... byak dah berlaku dlm hidup sy ni... ada juga yg sy ceritakan / luahkan pada akak.. emak dan juga rakan terapat.. tapi ade byk juga yg sy simpan.... jadi.. rahsia kehidupan sy..... bak kata Dato' Siti Nurhaliza dlm lagunya... 'BIARLAH RAHSIA'......

Sy mimpi mati...!!!.. ya.. mlm tadi buat pertama kalinya.. sy mimpi yg panjang... mimpi sy mati dan hidup semula..... keluarga dan jiran sy dpt cam.. datang melawat jenazah sy itu.... tapi belum di kapan lagi.. hanya di pembaringan.. namun sy boleh dengar.. kakak sy p meraung dan panggil sume org..bile sy mati terkejut.. bukan sakit or accident pun.... !!... dah la x nak cite la ttg perjalanan mimpi ini.. cume bile tersedar dari tido.. sy bukan di situasi itu.... Alhamdulillah.......

Ada sy bace dlm tafsiran jika mimpi org meninggal.... maka panjang umur... ya... jika benar.. alhamdulillah dpt la sy mencurah bakti pada keluarga... Janji..sy akan beri kesenangan pda mak abah.. tetap dlm keutamaan hidup sy.... cume ... it's about time.... belum di izin oleh Allah untuk sy munculkan impian sy itu... Namun sy tetap berdoa moga.. sy percaya suatu hari nanti ia akan menjadi kenyataan..... namun jika ajal sy lebih awal .... sy juga berdoa agar sy dpt tinggalkan 'sesuatu yg berharga' untuk keluarga sy  untuk kemudahan dan kesenangan mereka... insyaAllah...

Wednesday, January 5, 2011

LOW BLOOD PRESSURE

Harini bangon suboh tadi dah sakit kepala sebelah kiri.. sakit sesangat!!!... nak berdiri sampai macam nak jatuh.. dan tiap langkah berdenyut kesakitan kepala ni... tapi gagahkan juga ke bilik air untuk mandi.. dan kemudian solat subuh.... usai je solat dah tak larat sgt2.. terus baring kat sejadah tu ngan bertelekung .... n terlelap sampai ke lewat pagi.... tersedar masih mcm dizzy... pening/pitam... dan rase nak muntah..!!.. pe lagi... amik hp ofis.. n terus anta sms ke HOD.. bagitau.. HEADACHE...  leps tu bukak telekung n baring atas katil.. sampai la jam 11 lebih... dah kuat sikit baru amik kunci kreta n drive ke klinik slowly.. kakak n abg ipar dah pegi keje.... dia kalo tgok bilik gelap baru dia ketuk..tapi bile bilik kite terang benderang.. dia tau la adik dia ni bersiap nak pegi keje... padahal... pagi tadi ..mcm org nak pengsan....!!....

Sampai klinik.. mujur tak sesak.. ada 1 family je.. anak dia yg jerit2 nangis.. tak sihat la tu... kita dah la sakit kepala.. makin sakit ngan jeritan anak itu.. lepas klinik assistant tu amik kuarkan kad kedatangan warna merah kite.. terus cari pot duduk yg selesa.. jauh sikit dari family tu... hah dpan pintu bilik doktor..!!.. kite nak tak larat dah.. so sementara tunggu turn tu.. sempat gak lelap.. sbb lagi pandang cahaya lagi berdenyut kepala ni....

Turn kite kena panggil.. assistant tu sampai kate hah..sampai tertidur dia..syian..!!... ha memang kesian... kan kite.... then doktor kat situ mmg kite suka baik.. n good consultation.. dia detail... bile check..nah amik..!!.. LOW BLOOD PRESSURE... tapi kite lupe la pulak berapa... tapi ade la no 80 kat situ.. dok kata.. ni dah cukup kalo nak buat org jatuh pitam.. !!... erm... then pe lagi dia kasi MC 2 HARI.... untuk rehat n banyakkan minum air.... kite cakap ngan doktor jgn kasi byk ubat... tak termakan ...!!.. dok senyum je.... n sempat dia pesan p buat checkup mata n cermin mata tu.... huhu... again..??... kenapa la ni kerap sgt kite p check power cermin mata..!!.. aduhai......

Erm..... awl tahun baru 2011.. kite dah sakit..!!... adik sms.. then bile tau akak dia terpaksa MC  dah kena bebel kat dia.... katanye byk sgt fikir..mcm2 nak buat kan... so rehat n rileks..jgn pikir yg bukan2..!!.. perh.... biase kite je dok nasihat n bebel kat dia.. la ni kite lak yg kena... huh... tu bukan ape.. dia sayang kat akak dia ni.. hhuuu.... MASIH ADA YG SAYANG PADAKU.... hehehe.. mcm lagu2 dolu2....


K, ni sedikit info yg kite ambil dari satu searching di laman web, fakta ttg Low BLOOd Pressure:

Low blood pressure is known as hypotension, and can come with a number of symptoms.  In most cases, people are judged on an individual basis as the whether their blood pressure will need to be raised.  When blood pressure is low, the organs may not be receiving enough oxygen and nutrients, which can cause various fluctuations in their performance.  Simple actions like sitting down then standing up can cause light-headedness or even cause a person to faint.  Some of the common symptoms of low blood pressure include;
  • Headaches
  • Chest or abdominal pain
  • Dizziness
  • Fainting
A person with abnormally low blood pressure can also become very pale due to the lack of oxygen and nutrients reaching the various parts of the body.  With low blood pressure, blood will commonly pool in various parts of the body, decreasing the amount of oxygen rich blood in the body.  When a person stand up or goes through a quick movements, this blood will be reintroduced to the normal circulation, making a person light-headed.



K la... nak sambung rehat... taking care sume.... bye.. ;)

Saturday, January 1, 2011

1. 1. 11

Selamat Datang tahun baru 2011... !!!!
Happy New Year...!!..

sekarang kite dah di dlm tahun 2011... kalender yg baru, bermula lagi satu kitaran tahunan dan hari ini adalah hari pertama di bulan pertama di tahun 2ribu sebelas ini..

Segala perkara, pengalaman, kenangan, aktiviti, pahit manis... 2010...akan menjadi lipatan sejarah...

Hari ini seharusnya di mulakan sesuatu yg baru... Satu dunia menukar kalender serentak...


Hai..hai..hai... erm.. bile dah bermula tahun baru.. maka kejap lagi bertambah lagi la usia kite ni...
Apa azam dan impian kite??.. erm.. sejak dari Maal Hijrah yg baru2 ni kite dah pun setkan impian kita untuk tahun baru ini...
Maka, harus terus berusaha melaksanakan untuk mencapai impian itu....
Apakah azam dan impian ku itu.??... erm.. jeng..jeng..jeng......
Ya.. kite nak berteman tahun ini, kita nak ada teman hidup pagi petang siang malam, sentiasa dia ada bersama, kala susah dan senang, Dia yg boleh ku panggil kawan, sahabat, teman, dan semestinya dia la yg bergelar suami... suami yg baik, yg bertanggungjawap, suami yg penyayang, suami yg beramal soleh dan sentisa membimbing isterinya.. iaitu kite le...!!.. erm.... ye impian yg satu ini, jika tahun2 sebelum ini kite macam x amik kisah dan rase down, tapi tahun ini, hati melonjak2 mahu dan tak sabar nak bergelar isteri, x sabar nak di panggil puan, tak sabar nak masak kan untuk suami dan masak bersama2 suami, dan tentunya berdua kemana saja, walaupun ke kedai..!!.. dah terlalu lama kite sendiri... sorang2 pegi mana2... terutama p shopping.. org lain p berdua, kite .... dok tgok je org2 lain tu berkepit, berpimpin tangan p shopping, sama2 memilih barang, dan saling bekerjasama... bahagia bile tgok pasangan yg berkongsi gembira dan bahagia bile memilih barang, indahnya rasa bile si suami yg memegang handbag si isteri.... so loving so romantik..kan..!!!




InsyaAllah impian yg satu ini harap di makbulkan Allah...

Selebihnya impian dan azam... ada dlm table draw kite... hanya tekad , semangat dan disiplin dan paling penting usaha.. yg akan ter laksana nya segala impian itu....


Kenangan pahit manis 2010 akan ku bukukan.... tak kan ku toleh kebelakang lagi.... Semoga kite akan jadi lebih baik dari sebelumnya.....

Happy new year... happy New Year.... HAPPY NEW YEAR..... Happy New year.... !!! welcome 2011.... !!

Monday, December 6, 2010

Salam Tahun Baru Hijrah 1432

Beberapa Jam sahaja lagi kite akan melangkah masuk ke Tahun Baru ... Tahun Baru Hijrah 1432. Tahun Baru kite umat Muhammad.. umat Islam....

Rasenye mcm baru beberapa hari lepas kite menulis di blog ini tahun baru hijrah 1431... ini la dia putaran masa... silih berganti.. cepat berlalu tanpa kite sedari....

Untuk mengingati diri sendiri dan juga berkongsi ngan semua... Sebaik2nya bersama2 kite ambil kesempatan ini untuk membaca Doa Akhir Tahun dan awal Tahun sempena ketibaan 1 Muharram 1432H ini... Semoga dengan masa yg ada ini dapatla kite muhasabah diri ... menilai diri.. dan membuka Azam dan lembaran baru di tahun baru ini.. InsyaAllah....

Di sini sy Kongsi kan bersama dgan petikan dari e-book yg di kirim dari rakan maya sy... semoga bermanfaat buat semua...

********************************************************

Doa Pembuka Tahun Baru Hijrah

Tahukah anda,
di saat anda dituntut untuk berdoa di saat-saat mustajabnya doa,
iaitu saat anda layangkan doa ke galaksi Arasy Allah melalui (Doa Pembuka Tahun Baru) planet bumi,
di ketika itulah juga (Lucifer) Iblis telah lama memerintahkan semua syaitan sedunia,
untuk mengSIBUKkan urusan manusia dengan pelbagai bisikan yang berkesan.
Anda boleh melihat buktinya esok (15 minit sebelum Maghrib tahun baru Hijrah),
siapakah dari kalangan ahli rumah anda (bahkan mungkin diri anda),
bakal terlepas dengan peluang amalan warisan doa ini.
Itulah sebabnya kami sarankan & ingatkan anda
Usahakan baca Doa Tahun Baru ini,
lebih kurang 15 minit sebelum Maghrib di kawasan anda (iaitu koordinat terkini anda).
Sebab apa ?

Potensi anda untuk tidak mewarisi amalan doa ini cukup tinggi kerana anda pasti diganggu Jin
berpangkat syaitan yang berbillion jumlahnya (atas arahan IBLIS),
selagi anda tidak memasuki rumah anda yang tertutup pintunya menjelang tibanya waktu Maghrib,
apakan pula lagi maghrib itu ialah maghrib tahun baru.
Dan paling sedih, kalaulah kawasan anda tak pernah ada ortang Azan…Buktinya ?
Sumpah Iblis Untuk Seluruh Keturunan Adam

“Iblis menjawab:
“Kerana engkau telah menghukum aku sesat,
aku benar-benar menghalangi mereka dari jalan Engkau yang lurus.
Kemudian aku pasti mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka,
dari kanan dan kiri mereka,
dan Engkau akan mendapati kebanyakan mereka tidak bersyukur.”
(Al-Quran, Surah Al-A’raf : Ayat 16 ~ Ayat 17)


Kerana itulah, kalau anda sempat baca buku ini,
anda pasti melihat bukti-buktinya pada malam maghrib tahun baru hijrah, atau apa jua aspek hidup ini.
Bagaimana Iblis setiap tahun “hampir berjaya” melekakan semua manusia melalui tebaran syaitannya,
dari mengamalkan Doa Tahun Baru, kerana dalam doa itu adalah 1 ayat mustajab terbatalnya semua
misi-misi Iblis terhadap manusia (yang berakhir dengan sia-sia)…
(sayangnya ramai tak tahu, sebab itu buku ini hadir untuk anda faham, bukan untuk dihafal)
Dari Jabir r.a (salah seorang sahabat Nabi Muhammad) pernah berkata:
"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran,
ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja,
kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja."
(Hadis Riwayat Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya,
Nabi Muhammad bersabda:
Apabila syaitan mendengar azan,
dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi.
Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut.
Begitu juga apabila mendengar iqamat,
Dia akan lari sehingga tidak mendegarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai,
dia kembali sekali lagi untuk menghasut.
(Hadis Riwayat Muslim)

kesimpulan yang ingin dibentangkan sebelum anda membaca doa ini ialah…
supaya anda sudah berada di dalam rumah (dalam keadaan berwuduk)…
atau sedia berada dalam surau pejabat (dalam keadaan berwuduk),
print doa ini, (2 muka surat aje)
dan bersedia membacanya 15 minit sebelum Maghrib di kawasan anda berada,
iaitu di mana anda berada ketika berlangsungnya waktu MAGHRIB itu.
Doa & amalan yang ingin anda baca ini,
boleh menjadi sebab Allah melimpahkan kepada anda,
( termasuk semua makhluk & hamba-Nya yang berakal )
dengan keluasan rezeki dengan akibat mendadak hasil amalan doa ini,
melalui kesannya berupa rasa kaya & “cukup” dengan pemberian-Nya.

Pesanan:
Doa Tahun Baru Hijrah ada 2 doa…
1 doa dilafazkan sebelum masuk maghrib.
1 lagi doa dilafazkan selepas solat fardhu maghrib.
Doa yang pertama itulah boleh mendatangkan rasa sayang Allah pada diri anda.
Tolonglah sempatkan diri anda untuk beribadat,
sediakan diri anda berhadapan dengan detik-detik manis ini.
PRINT DOA ini,
Dan selitkan di mana-mana sahaja asalkan bersih suci & selamat,
supaya anda tidak terlepas dengan saat genting DOA PEMBUKA TAHUN BARU ini.
Doa Pembuka Tahun Baru Hijrah

AL - FATIHAH




Sebelum memulakan doa yang akan anda mula membacanya selepas ini,
anda digalakkan untuk membaca Surah Al-Fatihah seperti di bawah setiap hari:
Dan selepas selesai membacanya,
Anda niatkan seperti di bawah:
(salin atau cetak & jadikan amalan setiap hari sampai bila-bila)

"Ya Rabb… Ya Rabb… Ya Rabb…
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (ibu & bapa) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada diri aku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (Nabi Muhammad) Rasul ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kedua-dua (atuk & nenek) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kesemua (adik-beradik) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada seluruh umat Islam (yang hidup & yang mati),
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada insan yang pernah mendidik ku,
berkatilah hidup mereka semuanya,
dan masukkanlah kami ke syurgamu dan kekalkan kami di sana,
payungilah Rahmatmu kepada kami dari dunia sampai ke syurga,
dan kekalkanlah kami bersama keluarga kami di dalam syurga mu,
temukanlah kami semua dengan Nabi Muhammad di syurga mu Ya Allah,
aku telah bermohon pada mu tuhan ALAM SEMESTA,
makbulkan doaku ini,
jika tidak di dunia kau zahirkan, maka makbulkanlah di akhirat nanti,
SESUNGGUHNYA KAU TIDAK MEMUNGKIRI JANJI."




Doa Akhir Tahun

Nota:
- doa ini dibaca pada akhir waktu asar.
- iaitu lebih kurang 15 minit sebelum waktu maghrib tahun baru.
- sekiranya pada hari esok bertarikh 1 Muharram, maka maghrib hari ini adalah
maghrib yang dimaksudkan untuk melakukan doa tahun baru.
Kelebihan:
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini,
maka syaitan-syaitan yang terlibat dengan anda akan berkata dengan kecewanya:
"Hampalah usaha kami di sepanjang tahun ini".
Nak tahu kenapa, kenalah baca doanya & terjemahannya sekali.




Maksudnya: 
"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Allah berselawat ke
atas penghulu kami saidina Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan
ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara
yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan
Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana
Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas
keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka
ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan
Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia
agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu
Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli
keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka."



Doa Awal Tahun

Nota:
- doa ini dibaca selepas solat fardhu maghrib.
- iaitu selepas waktu maghrib tahun baru.
- sekiranya pada hari esok bertarikh 1 Muharram, maka maghrib hari ini adalah
maghrib yang dimaksudkan untuk melakukan doa tahun baru.

Kelebihan:
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara
daripada gangguan dan godaan syaitan (arahan Iblis) di sepanjang tahun tersebut.



"Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Allah berselawat ke
atas penghulu kami saidina Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan
ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas
kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah, dan ini adalah tahun baru yang telah
muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan
pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan
melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan
Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke
atas penghulu kami saidina Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabatsahabatnya
dan kesejahteraan ke atas mereka."


**************************************************


Sy bermohon kepadaNya agar kite semua tidak terleka dan tetap sempat di beri kesempatan dan ingatan untuk melaksanakan doa2 ini demi kesejahteraan hidup kita di Tahun Baru Hijrah ini...

Sesungguhnya yg tak elok dan kekurangan adalah dari sy dan yg terbaik dan sempurna hanyalah dari Dia .. Yang Maha Esa...  semoga kite di beri hidayah dan keberkatan dan Rahmat dari Allah... Amin...


SALAM MAAL HIJRAH .. SALAM 1 MUHARRAM 1432H...

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDILADHA 1431H

Hari ni Hari Raya Korban... hari Raya Aidiladha... Hari Raya Haji....

Salam Aidiladha dari kite untuk semua... semoga tiap pengorbanan yg kite buat adalah satu ibadah dan semata2 kerana Allah S.W.T .. pembersihan jiwa....

Hari ni kite di temukan dengan petikan dari artikel dari iluvislam.. memang sangat2 menarik untuk dibaca.. bukan sekarang peringatan bahkan sama2 untuk kite hayati.. dan di jadikan panduan.... semoga kite semua dapt manfaat dari perkongsian ini....


*******************
 KEMENANGAN , KEJAYAAN DAN PENGORBANAN

Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan saudara-saudara  kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunah nabi Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya.
Mereka telah melakukan pengorbanan demi menjunjung tinggi perintah Allah s.w.t, pengorbanan menjadi ujian kepada ummat manusia sejauhmanakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang menjadikannya, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terhingga kepadanya. Sebagaimana Firman Allah :

"Mengapa kamu kufur dengan Allah, pada hal kamu dahulunya mati (tiada),  lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan, kemudian dihidupkan kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya." ( Surah al-Baqarah : 28 )

Ummat Islam merayakan Aidil Adha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi dimana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji itu sahaja, tetapi lebih dari itu ialah mempunyai hubungan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku pada tahun yang kesembilan hijrah.

Pengisytiharan Kota Mekah Sebagai Tanah Haram
Dalam waktu ibadah haji pada tahun tersebut, suatu ketetapan telah diistiharkan kepada masyarakat Arab Mekah ketika itu mengenai perhubungan diplomatik antara orang-orang  Islam dengan yang bukan Islam telah dimatrikan dan dikuatkuasakan. Kota Mekah telah diistiharkan dengan rasminya sebagai tanah haram, tidak lagi dibenarkan kepada orang musyirikin kafir Quraisy untuk menziarahi Baitil Allah Al-Haram.
Serentak dengan ketetapan ini Kota Mekkah dan disekelilingnya telah dibersihkan dari perkara-perkara syirik dan kekufuran dan kalimah tauhid telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah naungan Kaabah dengan suatu pemerintahan Islam di bawah pimpinan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Kegelapan kota Mekkah selama ini dengan kebiadaban dan peradaban liar telah diganti dengan sinar yang gemerlapan dengan kesusilaan dan peradaban yang penuh hidayah dan bersopan. Undang-undang  dan  peraturan yang disukai oleh fikiran dan nafsu manusia telah ditukar ganti dengan undang-undang  dan peraturan syariat Allah s.w.t.

Kota Mekkah diberi gelaran kota suci yang telah bersih dari sebarang bentuk syirik dan kufur, yang selama ini membanjiri kota Mekkah dan sekeliling kaabah.

Laungan "Allah Akba " dan talbiah " Ù„َبَّÙŠْÙƒَ اللّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َبَّÙŠْÙƒ " berkumandang disegenap penjuru kota itu, dari rumah-rumah  besar yang tersegam indah hingga ke rumah-rumah buruk di tepi bukit dan gunung. Kesedaran dan kedaulatan Islam dengan risalah Allah mendapat tempat di hati manusia yang kufur pada mulanya. Mereka diberi hidayah dengan Nur Ilahi .
Maksudnya : "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan dan engkau melihat manusia beramai-ramai masuk agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya sesungguhnya ia sangat-sangat  menerima taubah." ( Surah al-Nasr : 1-3 )

Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri
Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya  dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari  tersebut.  Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :
"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak.
"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."

Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.
Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban. Gerakan ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Khalilul Allah.

Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran :
"Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu." Demikianlah  sebenarnya kami membalas orang-orang  yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya  perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar." ( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)

Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman d idalam dada kita dengan sebaiknya. Sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.

Pengorbanan Sepanjang Zaman
Sejarah pengorbanan teragung itu tidak tertinggal dalam lipatan sejarah sejarah sahaja, malah ianya telah dihayati sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi ini. Pengorbanan nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam adalah pengorbanan yang amat agong. Baginda dan para sahabat telah mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka tatapi mereka telah mengorbankan nyawa. tiada pergorbanan yang lebih agong dan utama daripada pergorbanan nyawa dan darah.

Setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. para sahabat terus menerus mempertahankan Islam dengan nyawa dan darah mereka.  Begitulah sepanjang zaman sehingga kini telah ramai yang mati syahid kerana agama Allah, ini tidak kira sama ada di timur ataa barat. Sebenarnya pergorbanan mereka ini tidak ternilai harganya di sisi manusia hanya Allah s.w.t. sahaja yang mampu membalasnya.

"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Surah al- Shaf : 10 - 11)

Sabda Nabi s.a.w. semasa menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Baginda :
Ditanya orang akan Rasulullah s.a.w. : "Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah s.a.w. orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri. Mereka berkata : Siapa kemudian? Sabda Rasulullah s.a.w. orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan ". (Hadis Riwayat Bukhari)

Allah mendidik para Rasul dan sahabat-sahabatnya melakukan pergorbanan dengan mengorbankan semua yang berharga. Ulama menyatakan :
"Siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong."

Pengorbanan - Mengorbankan Apa Sahaja Yang Berharga
Begitulah hakikat yang sebenarnya tentang pergorbanan. Memang tidak dapat digambarkan bagaimana kehebatan manusia sanggup mengorbankan nyawa dan darah mereka demi Allah s.w.t, tatapi inilah hakikat yang berlaku. Sebenarnya dalam apa juga bidang dan lapangan kehidupan pergorbanan adalah satu tuntutan dan kemestian. Dalam Islam bukan sahaja pergorbanan jiwa raga dan darah tatapi juga adalah pergorbanan harta benda dan apa sahaja yang berharga.
Saidina Abu Bakar r.a. mengorbankan semua hartanya untuk Islam dan umatnya sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada beliau :
"Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluarga kamu?"
Jawab Abu Bakar : "Aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya."
Islam mengajar kita supaya menjadikan pergorbanan sesuatu yang berharga sebagai penyaksian dan   pembuktian kepada aqidah kita demi untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t. :
"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu, daripadamu, demi sesungguhnya jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) nescaya akan tetap gugur amalanmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang  yang rugi." (Surah Az-Zumar : 65)

Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan
Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan,sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang menggolek, sebaliknya tanpa pergorbanan seperti pelajar akan gagal, pentadbir akan kecewa, pemimpin akan bermusuhan, ulama akan dicaci, masyarakat dan rumahtangga hancur, kampung halaman purak peranda dan negara akan terus dijajah. Pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku. Begitu jugalah pentadbir, para pemimpin dan sebagainya.

"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang  bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang  yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah ali - Imran : 133-134 )

Jelaslah kepada kita akan falsafah, hikmah dan kepentingan pergorbanan dan juga yang akan kita dapat pada hari raya  Aidil Adha ini, mudah-mudahan kita akan dapat mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan kita demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat.
- Khutbah Khas Hari Raya Aidil Adha 1427 Hijrah, JAKIM.

*****************

Jika di tanya ape kah pengorbanan kite pada kali ni..... erm.... susah nak jawap kerana segalanya ade dlm hati... tapi demi kebahagiaan .... kite korbankan rasa cinta ini dari hati jiwa dan minda.... demi kebahagiaan dan keselesaan dia... Tiada lagi cinta dalam hati ini... untuk sesiapa.....

Dan kite juga telah sedar.. satu persatu perkara dan kejadian terjadi dlm hidup ku ini... semua kerana kasih dan cinta Allah pada hambaNya.. .kasih dan cintaNya pada ku... insan yg adakala alpa padaNya... jadi... ku serah segala rase kasih dan cinta ini dengan penuh kesyukuran kerana hidayah dan petunjuk yg DIA berikan padaku... untuk ku lebih menghargai diri dan hidupku ini.. Agar ku tidak lagi alpa PADANYA...pada saat ini.. segalanya untukNya... apa yg ku lakukan adalah semata2 keranaNya.... dan semoga DIA sehingga suatu hari nanti menemukan diri ini dengan satu lagi kecintaan... sesama insani....

Masa dan tika ini.. segala rasa ini ..Hanya PADANYA.. ya Illahi.... semoga Kau terus melindungiku, memelihara ku.. dan memberi hidayah pada tiap kealpaan ku... agar ku tak lupa sujud pada Mu ya Rabbi... amin... ya Rabbal Alamin....

Allahuakbar... allahuakbar....Allahuakbar.... Alhamdulillah....

Monday, November 15, 2010

Kesian Wira.... ... Maafkan Kite Wira.....

Kite terperasan.. sejak dua menjak ni... banyak perkara yg penting yg remeh kite terlepas pandang... a. k. a. tak buat..!!! huhu.... paling teruk .. tak cuci kete or anta kete ke car wash..!!.... mcm busy betul...!!

Kesian Wira ku... maaf ye bukan sengaja tapi ... entahla....

Macam pagi tadi... kite nak gerak balik kg... then tetiba tergerak hati nak cek boot depan... Wow.... kering..!!!!... .. kaget di buatnyer...!!... kenapela ngan kite ni.... then baru teringat... sejak dua menjak ni ..kite mcm tak kisah sangat ttg cek cooler.. la... minyak enjin ke... air bateri ke.. ... mcm careless..!!!.... patutla beberapa hari ni... aircond terpasang kejap sejuk kejap haba yg kuar... ingatkan dah sampai mase nak refill aircond..rupe2nya... cooler dah hampir2 kering air..!!!!... tak penah macam ni... biasenye.. paling teruk pun half je.. .bile bukak masih nampak air... ni tak.. langsung..!! tak nampak....

Syukur... Alhamdulillah... Allah detikkan Hati kite untuk cek boot depan sebelum bertolak balik... Kalo tidak... huhu.. tak ta la pe akan jadi... berasap..!!berasap..!!....  Kite ni dah la ttg keter... very poor... dan tak juge bukak mulut nak bertanye sesape.... aduhai... apsal ... apsal...!!!

Wira.. I'm sorry ye.. bukan sengaja careless... tapi... entah la..... Kiter harap wira tak kecik hati ye... Wira .. kite masih perlukan khidmat kamu... Wira .. kau mesti sentiasa bersama2 kite.. sentiasa ada dengan kita.... Kite sayang Wira tau.... Pepatah melayu ada mengatakan... Kalau sayang tangan2kan... hehe.. tapi kite tak la nak tangan2kan.. Wira... dan bukan juge nak careless.. tapi... .... entahla....

What ever happen... Wira.. .. U are everything to me..... ...

Tuesday, November 9, 2010

Bile Hati Menangis.....

Pelbagai perkara berlaku kebelakangan ni.... namun tak di nafikan dlm kesibukan setiap perkara itu masih terselit sedikit kesunyian.. rasa sunyi....  huh..!! ingatkan dah sibuk dgan pelbagai urusan dan minda masih dlm kesugulan dgan kehilangan seorg ahli keluarga... akan lenyap rasa sunyi itu... Rupenye ..Tak..!!!!.. ada juge terselit2... bukan nak layan rasa ini... tapi ia buat diri jadi tak selesa..dan akan diikuti rase sedih....


Kite rindukan dia... tapi dia bagai dah tak sudi nak hadap semua cara komunikasi kite.... sume cara yg kite cube... langsung satu pun tak di respon..... !!!.. sume org sibuk.. sume org ada byk perkara nak difikirkan.. sume org ada perkara nak di selesaikan.. update.. .dan mcm2... tapi kalo x boleh respon harini.. esok kan boleh..lusa juge boleh... Tapiii..... tiap penantian kite...... nothing..!!!.... salah ke bertanya kbr??.... susahke nak jawap  walau hanya sepatah kata?.... selagi kite ada hayat ini.. respon la... dgn cara yg paling mudah..... sekurang2nya.. insan2 yg ambil tahu hal kite tau.. dan rase diri di hargai dan masih di ingati..... Adakah kite ni masih di anggap sahabat padanya.. ?? atau kawan ..??.. atau paling rendah kenalan...???.... Memang susah nak puaskan hati setiap org... tapi .... jganla letakkan semua org itu sama..... Kite tak minta pape.... tapi sekurang2nya.... ada ihsan dari nya.... Kite cube juga berusaha mengingati dia... risau akan dia.. tapi.... diri ni mcm tak perlu di perlaku lagi mcm tu..... Dah tak de kot belas dalm diri nya kat kite ni.... dah tak de dah tangga yg bagus tok kite ni.... It's OKLah kalo camtu......

Dalam pada prinsip diri tak mahu menyakiti hati org lain... jangan la menyakiti atau buat hati org terasa atau sakit hati... dgan cara yg lain....!!... memang kite manusia.. yg tak sempurna.. pasti ada kekurangan di mana2.... ....

Ini blog kite.. laman kite.... hanya di sini kite bebas meluah segalanya... hanya laman lavender ini mampu mendengar segala yg terluahkan... hati ni rasa sakit... terasa hati.... terima kasih dah buat kite terasa hati... .terkilan....  dah tau dah.. sekarang kite ni di label yg mana..... .. tak pela.. kalo dah tak selesa... biarkan kite sendiri..... jgan paksa diri ..dan kite tau.. dia mmg tak kan paksa diri untuk kite.... lagu tu hanya setakat lagu je la kot sekarang... jgan risau ..kite tak kan sesak kan inbox mana2 lagi..... sbb kite tau.. dia tak nak tau atau amik tau ttg kite lagi.... nak tak nak je dah....kite sakit ke sihat ke..nak mati ke .. dia tak nak tau ..... sbb tu dia tak nak respon satu pun..... TErima kasih.... kite sedar diri kite.... kite punye prinsip mudah.. mmg dari dulu... tak kan paksa dan buat org terpaksa.... sesapa jua.... org selalu kata itu prinsip org yg ego...Biarkan.... sekurang2nya kite boleh berdikari... susah payah sendiri.... Ada org kata juga... mata org lebih bagus menilai ttg diri kite..... Tapi... adakalanya mata hati sendiri lebih bijak menilai diri sendiri.... org mmg lebih suka mengata... melabel.... yg penting diri sendiri.... SEDAR DIRI.... itu lebih penting....

Ya Allah..subhanallah..... kuatkan hatiku... jauhi kesedihan dan kehampaan ini.... buang ia jauh2...... Kuatkan jiwa..mental dan fizikalku untuk hadapi kenyataan hidup ini.... Dah tiba masa untuk ku mengetahui kebenarannya... Hati Sayang sgt2 kat dia....syg pda persahabatan ini.....  tapi.. ku sedar Ya Rabbi... akan tiba juga saatnya... diri ini tidak penting untuknya.... diri ini telah jadi biasa2... insan biasa2 ..spt kebanyakkannya....Ya Yang Maha Penyayang..... moga Kau tabahkan Hati ini... Kurniakan padaku kecekalan..... Amin...

Kite minta maaf andai luahan kali ini lebih pedih... sebb hati ini terlalu pedih.... kerana dia dah tak paham diri ku... diri ini dah tak penting lagi..... aku sedar semua itu... kite tak minta simpati ......

Tak pe tak perlu amik tau hal diri kite lagi.... biarkan kite sendiri.... kalo rasa sakit hati.. dgn segala ini.. maafla.. tak berniat nak sakiti tapi semua terserah pada diri... biarkan kite ngan life kite ni...... tak perlu nak tanda pape  lagi ..atau ape pun lagi.. nak black list kite pun tak pe... ... kite redha ngan semua ini....  Kalo la dia ada pape nak share kat kite... tau la dia mana nak cari kite.. itupun kalo dia teringin nak share... kalo tak hingin pun .. .kite tak boleh paksa dia.... segalanya buat ikut kerelaan dan keselesaan......  Kite dah penat... sbb hati sedih dan hampa sesangat....!!!!...... ape yg boleh kite kate.... Sampai hati..... ye....

Apa yg boleh kite kata kan.... Jaga diri hiasi Peribadi..... TErima Kasih kerana sume ini.... semoga semua kite di lindungi dan di rahmati... Oleh Yg Satu ... Illahi..yg kekal abadi.....

Selagi jari jemari ini berkudrat menekan keypad ini.... selagi itula Mylavenderstoryline akan terus terisi ngan luahan .... pkongsian.. ttg apa saje... terutama yg terdetik dan tersentuh di hati.....suka ..duka... jerit..perih... maklumat... pembacaan.... ilmu... ptnyaan.. segalanya..... .tentang kite.. tentang aku...  kerana keselesaan ku adalah di sini.......... Moga dgan semua dugaan dan cabaran ini.. Jiwa ku akan lebih tenang dan kuat dan tabah untuk hadapi  dugaan......


(Khas untuk Sahabat/Teman/Kawan dengan Ketulusan Hati ini....)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...