Sunday, March 23, 2014

Saya Kembali..!!

Assalamualaikum...

I'm back..!!.. ya.. saya kembali ke alam blogging..!!.. ya setelah lebih  2 tahun silent..ye...

so busy ..mcm2 perkara.... dari satu fail ke satu fail kehidupan di buka n di tutup..! untuk tempoh  ini...

Pahit manis... indah... percaya atau tidak... sy dah melalui nya  dan sedang meneruskan laluan yg Allah telah beri... ini yg di katakan takdir..!...

Alhamdulillah... Bersyukur ke Hadrat Illahi.. sy di lahirkan sebagai umat Islam.. dan di besarkan dengan ilmu & didikan agama. Walaupun emak abah sy org biasa.. Namun sy di beri akal dan minda untuk menilai baik buruk dan yg paling penting HALAL & HARAM..!!

Sehingga kini masih belajar dn akan terus belajar memperbaiki diri...

Dalam 2 tahun ini... sy alami pelbagai versi kehidupan yg mmg memerlukan mental & fizikan yg kuat..!!... Dugaan kehidupan sgt2 mencabar.. Hanya yg ada bekalan Iman yg tinggi akan mampu hadapi dgan kewarasan.

KERJAYA
Fasa alam kerjaya sy yg sy sifatkn sebagai proses penambahbaikan... sy x nak fikirkan yg negative tapi sy amik pendekatan yg sy melalui peringkat peningkatan kerjaya.. & kesebatian tugasan.. Saya katakan pd diri... :
SY SEORG YG HEBAT!!.. SY BOLEH LAKUKAN APA SHJ..!!.. SEBAB ITU MAJIKAN SY SUKA TRANSFER SY DARI SATU DEPARTMENT KE DEPARTMENT YG LAIN..!!.. LETAKKAN DI MANA DEPARTMENT PUN .. SY BOLEH LAKUKAN..!!... JUST DO IT..!!..

Walau dlm hati hanya Allah dan biarkan Allah saje mengetahui... TERIMA KASIH ALLAH.. kerana dlm sy susah hati dan lemah.. KAU berikan sy kekuatan dan kesabaran untuk hadapinya...

secara peribadi sy luahkan.. sy bukan kejar jawatan... sy hanya mahu tugasan yg mampu kudrat sy selesaikan... biar takdak jawatan tinggi tapi MASYYUUKKKK...!!.. Hhehehe....


Alhamdulillah dlm tempoh 2 tahun ini... 3 department sy terokai.. dan semoga kebaikan dan perkara baik akan selalu menyebelahi sy... AMIN.....

PERIBADI
Ya... tahun 2012-2013... seseuatu yg Allah telah tulis di awal kehidupan sy di muka bumi telah berlaku.... Janji Allah itu benar... Jodoh pertemuan, ajal maut Allah yg tentukan dan itu Rahsia DIA.

Ya... setelah mental teruji... Allah bukan jalan Jodoh sy.... 2012 Dec... telah terpatri sebentuk cincin di jari... menjadi tanda sy bakal bertukar status....

Dan.. 2013 Jun... adalah Peluang yg Allah telah buka pda sy... secara rasminya... Status sy telah bertukar.. sekaligus... tanggungjawab sy juga bertambah...!!...

ALHAMDULILLAH.. TERIMA KASIH ALLAH... KERANA AKHIRNYA MENDENGAR DOA & RINTIHAN SY UNTUK ADA PENEMAN HIDUP.. SEMOGA IKATAN ITU KAU REDHAI DENGAN LIMPAHAN RAHMAT DAN SYAFAAT DAN LIMPAHAN REZEKI.... SEMOGA PENYATUAN 2 HARI INI... KEKAL HINGGA KE JANNAH... AMIN....

 Siapa pun sy selepas ini spt janji sy.. sy tak kan abaikan mak abah sy... sy akan cube membantu mereka, semampu sy.. cuma mungkin sy akan jarang balik kg.. tapi sy akan pastikan sy akan balik kg sekurang2nya.. sekali sebulan... 

Semoga.. Dia yg Allah titipkan untuk hidup bersama ku .. adalah yg terbaik untuk ku.... semoga Dia boleh menjadi pemimpin dan pembimbing kehidupan ku.. seperti yg selalu ku minta di dalam doaku...

mungkin Dia bukan ustaz.. namun ku mengharapkan Dia suatu hari nanti akan menjadi 'ustaz' terbaik untuk ku.. dan bersama2 ke Jannah...

Ya Allah.... berikan aku peluang untuk merasa bahagia dlam kehidupan berkeluarga.. . berikan aku kekuatan mental dan fikizal untuk melalui fasa baru kehidupan ku ini....





Friday, April 20, 2012

Mencari untukku Seorang Imam


“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”



” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.


Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
Sekian.

Sumber: http://www.myilham.com/

Friday, February 17, 2012

Bercinta.... Dalam mimpi...

 BERCINTA .. DLM MIMPI.... 

hah..Again...!!!!???????..!!!..............


Dah beberapa hari ni asyik mimpi lelaki.... yg tak penah di kenali di alam realiti.... Tapi berkenalan dan diperkenalkan dlm alam mimpi.. oleh kawan2 yg juga tak wujud di realiti...!!... wah... pelik ni.... sy bercinta ... ya bercinta dlm alam mimpi... wah.. terasa bahagia.... mmg bahagia.. bile dah ada org amik berat... caring dgn kite.... teman kite kemana saja... dia ade bile kite perlu.... always..... I want him....!!.. BUT.....!!!!....
that's is only dream.... sy hanya bercinta dlam mimpi..... yg mungkin ciptaan or imaginasi.... ATAU.... ada sesuatu hint .. ttg jodoh sy..?.....

Bangon pagi... sume gone..... rase mcm nak masuk balik alam mimpi tu untuk jumpe dia... walaupun dah beberapa hari ni mmg lain2 org sy bercinta.. .... penah sy nangis sgt2.... suatu mlm lalu... bile si dia.. tak balik2.. dari bertugas di udara... ada yg kata kapal meletop..!!.. tapi sy tak percaya..!!.. sy setia menanti dia... dan bile dia muncul dpn mata sy... sy peluk dia dan nangis ... bile sedang sy dpt rasakan perasaan sy yg dlam mimpi tu....  Rasa sayang sgt2 pda dia.... tak nak kehilangan dia.... setia dgn dia.... Ya satu rasa yg tak terungkap...!!.. bile dia juga punya rasa yg sama....

Banyaknya koleksi mimpi sy bersama lelaki.... kalo alam realiti dah boleh di kata sbgai ... playgirl ni.. hahahaha..... but no..no...no..!!... now sorang pun sy tak de.. nikan pulak nak jadi playgirl.... hahaha.....



Ya Allah... hanya Engkau yang Maha mengetahui semua rahsia ini.... Ku serahkan segalanya padaMu.... Engkaulah Maha Penentu jodohku... Penentu kehidupan  ku seterusnya...Dan lindungi Aku dari Kejahatan dan tipudaya Syaitan....

Cinta ini... untuk dia ..bernama lelaki .. tak kan lebih .. dari Cinta ku PadaMU.... walaupun aku masih byak kekurangan dan adakala alpa.... Rahmati aku dan berikan ku Petunjuk dan HidayahMu .. Ya Rabbi Yang Maha pengasih dan Penyayang.....Amin.....

Thursday, February 9, 2012

Ustaz Don Daniyal ... & Mimpi Saya

Mimpi Seperti wajah dan fizikal Ustaz Don Daniyal.



Ustaz muda dan penuh ilmu di dada... Ustaz Don ... seperti satu fenomena Ustaz Don.... semua lapisan masyarakat , kanak2... remaja, dewasa juga warga emas.... mmg menerima dgan terbuka kemunculan Ustaz Don di Tv... Bermula dia di sini... TV AlHijrah.... spt juga tagline stesen TV itu... begitu juga dgn Ustaz Don... dia di kenali sejak kemunculan beliau di kaca TV berkonsep islamik itu...

Ya, begitu juge saya... sejak melihat beliau dgan isu2 yg berkaitan, segala ceramah dan penjelasan beliau mmg mudah di terima. Beliau ngan loghat Penang, dan sesuai sy katekan.. gaya Sempoi... mmg cukup membuatkan sy melekat di depan TV hingga habis rancangan beliau... ya hati sy sudah terpaut dgan apa saja rancangan asal ada Ustaz Don... sy jadi fanatik juge hingga buat sy 'like' page asal ade 'ustaz Don'.... mmg suka mendengar apa saja yg beliau hujahkan... sbb gaya bersahaja dan sempoi dia mmg buat jiwa bersedia menerima gaya dan hujah2 nya.... Hingga.... terbawa2 ke alam mimpi....!!

Ya..... baru mlm semlam sy bermimpi Ustaz Don ... dan juga ada Erra Fazira.... wahh... mcm filem pulak mimpi sy itu... Dlm mimpi itu mmg sy berkomunikasi bersama Ustaz Don spt keluarga.. begitu juga Erra..... walaupun pd waktu  awal mlm tu sy di serang migrain yg amat kuat..!!...

Fuh... penangan kemunculan Ustaz Don .. memang ada mengubah persepsi sy ttg lelaki.... hati sy mula ada rase suka akan lelaki spt dia... erm.. ada lagi ker lelaki spt Ustaz Don itu... 




satu terjemahaan ayat Alquran yg agak kerap beliau kongsikan.. yg bermaksud.. "Lelaki yg baik untuk wanita yg baik, begitu yg sebaliknya" ...  ya... adakah sy tergolong antara "yang Baik"...?... siapakah yg boleh menilai itu..?....  ermm... menggeletar juga tubuh badan dan hati bile mengutarakan itu pd diri ini.... ya sy harus sedar.. sy harus jadi baik... lebih baik dari smlm.. perbaiki diri .... perbaiki sikap... perbaiki segala kelemahan... sy tau dan semua juga umum tahu yg kita manusia tidak sempurna... .. tapi jika berusaha memperbaiki segala  segala kelemahan yg di rasakan... pasti hati akan tenang... dan itu sudah cukup membuat kita 'sempurna'.. hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah ... kita akan bahagia dunia dan akhirat.. InsyaAllah....

Ermm... Ustaz Don .. .idola terkini sy.... dan apa ya maksud mimpi sy itu..... dlm mimpi sy mmg Ustaz Don yg saya jumpa itu lengkap perpakaian spt beliau di dalam rancangan2 beliau... jubah putih dan juga serban di kepala nya juga putih (sorry, sy tak tau nak terjemah ape yg di pakai di kepala).. wajah berseri.....

Mimpi oohhh.. mimpi... kerap sgt sy bermimpi insan2 tertentu ni..... apakah maksudnya.....  ada org kata mimpi itu mainan syaitan.... tapi ada juga yg berkata.. mimpi itu ada petunjuk tertentu.... huh...




tak pe la... yg penting sy akan perbaiki diri sy ... yg serba kekurangan ni.... maafkan sy kpd sesiape yg membaca artikel ni... ini adalah luahan sy.. nak letak dlm fb mcm tak patut lak.... jadi since Blog ini adalah blog ciptaan sy.. . jadi blog ni dah jadi spt rakan terapat sy untuk sy bercerita....


Sy nak lelaki spt Ustaz Don... tapi sy bukan Ustazah..!!!!.... huwwwaaaaaaa............

Monday, December 26, 2011

MENGHITUNG HARI

MENGHITUNG HARI

"Menghitung Hari, detik demi detik," .."masa tu nanti tetap kan tiba"... ... hehehe... tukar senikata lagu KD tu kannn... erm... betul la tu... menghitung hari.... cume tinggal dlm beberapa hari lagi akan berakhir 2011.. dan akan menyusul terus tahun 2012.... Yea.... TAHUN 2012... tahun yg sy jangka kan tahun mencabar untuk sy... Kenapa..?... ya seperti yg di bawah.... :

Scene 1

Dapat Surat Transfer & Promotion... Ye mmg menggembirakan sbb penat lelah selama setahun lebih di 'sana' di perhatikan dan capabilities sy di nilai semula. Maka mereka mengeluarkan sy dari situ kerana mereka kata sy tak layak di sini. Capability sy tinggi.. jadi ..mereka fikirkan yg terbaik untuk sy.. dan transfer sekaligus promote sy ke jawatan yg lebih dan dirasakan lebih sesuai untuk sy..... Mereka kata  ini Platform untuk sy lebih berjaya n bina kerjaya.... Asisstant Branch Manager ... errrmm.... (Tahniah ku ucap dlm hati).... tak penah lak terjangka  nak pegang title ni... erm... Mengikut HR .. mereka nak train sy become BM .... so since sy yg kira pioneer kat situ.. kata mereke le.. so mereka nak sy lebih fokus dan teruskan kecemerlangan di KWp tu... ermmm.... U all nak tau tak ape impression sy bile first sy di bentangkan ttg perkara ni?... sy menangis beb..!!!.. .ye la pe tak nyer...... so sudden sy kena transfer... sedih wwwooo.... nak tinggalkan meja n ofis tu beb...!!...
Tapi itu untuk kebaikan.... Time to Change.... tapi tu la... sy ingat sy 'cuci tangan' dari job scope yg dulu... tapi mengikut keterangan yg terkini... sy akan still handle beberapa job yg sebelum ni.... huhuu.. tu maknenyer makin bertambah la tugasan sy....
di KWp ..mmg buat sy busy .. x de masa.. ada pun sekejap.. tak ley borak pjg ngan ofis mate lain.. makan semeja.. lagila susah... kengkadang sy makan pun tergesa2.... atau lewat.. atau tak makan langsung..!!!...
Hope fully next year ni.. 2012.. masa akan merubah segalanya.... dan sy harap Masa sy lebih bagus... 'Time management' sy akan lebih baik...
Dan sy kena tukar 'Mind Set' sy ttg waktu keje.... mulai 1.1.2012 no more morning work.. no more weekend holiday..!!.... dan  satu lagi... sy akan beruniform p keje... tak mcm dulu dok melaram smpai satu tahap tu .. dok termenung dpn almari nak pakai baju ape..heheh... Tapi kali ni.... dok termenung hadap rak tudung lak.... sbb tudung yg makin byk koleksi heheheh..... Ok..ok.. sy akan switch mind set slowly... dan cube menerima perubahan ini..... 'Ya Allah semoga kau permudahkan, lindungi dan beri keberkatan pd kerjaya ku ini..Amin'.....

Scene 2... to  be continued..... 


Saturday, December 10, 2011

Akhirnya Aku Kahwin!

AKHIRNYA AKU KAHWIN! .......

ha... cer teka sapekah yg kahwin tu... ??... jeng..jeng..jeng... heeeee.....

Ini blog sy.. so.. maka sy la yg kahwin...!!!.. .ha?.. tak caya..???.. nape ..??... nak proven??.... hurmmm...... okey..okey... tgok la foto comey lote kat bawh ni....!!!....


Tarrrraaaaaaa.....!!!.. hehehehe..sorry  morry.... saje bikin panazzzz...!!!.. ... bukan sy kahwin betui betui.... heheh.. tapi sy kini mood bace novel daaa... dan novel yg buat sy tak henti mbaca dan alwayz 'busy' ialah Novel ni.. 'Akhirnya aku Kahwin!... Penulisnya Herna Diana yg juga pemilik novel Cinta 3 Suku...

the very interesting part is... sy dpt jumpa dgan penulis itu sendiri..!!.. kali ni betul sy tak tipu... sy lone ranger p fiesta buku kumpulan Karangkraf di Shah Alam baru2 ni  4 December . hari terakhir pesta buku tu. Then tgh syok milih novel2 walaupun tgan sudah penuh ngan pelbagai jenis.. tetiba sy di tegur oleh sorg lelaki katanya.. 'kak penulis novel tu ada kat belakang ni kak!!.. ha... pe lagi terus la sy toleh belakang sy yg pda masa tu keliling mmg ramai org...sesak..!!.. tapi dah rezeki sy kan... sy terpilih untuk di tegur dan di beri first intro kpada penulis Novel   AKHIRNYA AKU KAHWIN!..... terketar... happy.. mcm2 rase ade tak sangka sgt impian 'lepas cakap' sy jadi nyata../!!.. nape lepas cakap sy kata...?,, sbb masa mula2 adik sy rekemen sy bace novel ni.. sy dok belek2 buku ni.. sy tgok biodata penulis ada gmbr comel jek.. then sy pun kata dlm hati... erm.. bestnyer kalo dpt jumpa penulis ni...!!.. then sy terus lupe n terus buka halaman pertama dan baca.. baru bace dah tergelak sendiri... !!.. then... terus syok smbung..!!.. Yeah.. mood bace novel sudah mari...!!!... ye agak lama sy tak pegang n dok layan novel ni.. walaupn bilik sy tu penuh ngan rak buku2 termasuk novel2.....

baru beberapa hari bce buku tu sy terus di ketemukan ngan Herna Diana.... mmg seronok sgt la... pe lagi masa tu dlm bersesak2 tu.. .sy tetap dpt layanan 1st class bile sy minta krew karangkraf yg tegur sy tadi carikan sy buku Akhirnya Aku Kahwin! untuk koleksi peribadi yg ditandatangi khas dari Herna Diana untuk sy...!!.. mmg dpt.. terus 2 buah novel dia sy beli dan koyakkan plastik n kasi HD sign untk sy.. smpt gak borak2 ngan dia yg katanya baru je tiba dari Penang..!!!... wah jauh tu... !!.. HD mmg simple, peramah dan layan je karenah sy.. .All the best buat Herna Diana. Dia sempat bagi tau yg novel terbaru dia akan siap penulisan x lama lagi.. .so next yer another novel baru hasil kreativiti  n imaginasi HD yg fun, sampai, romantik komedi akan kluar... !!... Okey akan k tunggu...!!!..

sy shoppinng sakan kat pesta buku tu.. yg best part nyer lagi.. mula2 smpai sy terus masuk satu bilik yg tak la sesak sgt.. nak pilih buku mmg selesa.. sususnan rak mmg kemas n cantik.. sy pun tak bace pape signboard terus je pilih n cari buku yg sy perlu.. adala dekat 30min gak tak termasuk Q kat kaunter bayaran.. mmg tinggi gak la tingkat buku sy tu.. then nasib sy baik sy Q dpan kaunter yg asal di tutup n baru di buka so tak la sy ni Q pjg..!!.. Puan kaunter tu bile tgok sy punyer buku dia amik n terus tanya sy.. 'dik dah pegi dlm Auditorium, dah pilih dari sana, sbb harga sini mahal sikit. offer dlm sana...!!.. HAHA.... sy terkejut n terus tanya puan kaunter tu.. errr.. bukan sini yer... errr.. kalo sy p sana buku2 ni ley akan reserve kan tok saya?.. 'ok p cari dlm tu dulu, kalo tak jumpe baru amik yg sini ye..! balas puan kaunter..!!... Wah.. so lucky... Thank you... Arigato... Terima Kasih puan kaunter.. sbb bagi info kat aku..yg buta2 je redah tanpa mmbace dulu...... sy pun sgt happy sbb ade chance cari buku lebih byak sbb dlm Auditorium la sale sebenar...!!.. so dgn bajet sy waktu tu..mmg berganda la koleksi buku2 sy nanti.. YAHOO!!.... :)..

nAH ni dia koleksi sy 4 dec 2011 aritu... mmg crazy shoppers la sy waktu tu.... mujur sy ade limit bajet.. kalo la sy unlimited bajet... fuh... mau separuh auditorium tu sy  bawak balik...!! hehehehe......



Sebenarnya plan asal cume nak cari 'OMBAK RINDU' cover versi 1st edition. dan juga beberapa lagi novel koleksi sy yg ilang di tangan peminjam yg sy dah lupe siape.. heheh... so far buku yg sy cari mmg ade terutama OMBAK RINDU  ... novel paling favourite sy..!!... berbaloi beli hari tu.. sbb diskaun 30%-40% untuk koleksi sy tu.. hehe...

So far perjalanan Lone Ranger sy hari itu mmg sangat happy sbb dpt cari novel sy yg hilang, then dpt jumpe penulis novel yg sedang sy bace hingga kini..x abis2 lagik... heheeee....

Sempat juga dptkan novel terbaru dari Penulis Ombak Rindu .. Kak Fauziah Ashari .. tajuk novel tu.. Bisik-bisik Gelora .... Sy cukup suka ngan hasil penulisan Kak Fauziah Ashari ni.. mmg sgt menyentuh hati dan kisah dari novel tu mmg terkesan la di hati dan minda sy... Mcm Ombak Rindu, sy dah bace pada tahun 2005 lagi... Then bile tahun ni kuar jadi Filem baru sy p spot check rak buku sy.. dan .. hah.. LOST..!!... N NOT FOUND... !!.. SO sedey.. so pelagi berusaha untuk dptkan koleksi itu semula... mujur ada pesta buku ni.. mgg murah la ..berbaloi..hehe...


ok la smpai sini perkongsian sy.. lain kali ada masa sy menulis lagi.. hehe......  


JAGA DIRI HIASI PERIBADI.... ;)




Tuesday, October 11, 2011

Dasyatnya Doa Ibu

hari ni air mata dari hati keluar lagi..masa meeting pulak tu.. sadis betul...
Pastu bukak FB terus nampak sharing artikel dari rakan fb.. menarik minda untuk baca. Lagi keluar laju air jernik dari kelopak mata ni.. tak dpt di tahan2 lagi.... layan la sendiri ape yg buat air jernih ni keluar dari hati....

DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ...ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah seksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak ada masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita diseksa Allah.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
***Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang jadi ibu-ibu jangan jatuhkan air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Membaca quran sehingga menitis air mata.
Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
Anak.
Ibu.
Suami.

Sebagai selingan kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengoklah muka laki kita ketika dia tidur. Kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua, maksudnya jodoh dah memang tak ada, jadi boleh proceed apa yang patut..

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya..kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun sudah memadai.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal".
"Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
***Lagi banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

Kalau ditimpa sakit, bacalah Innalillahiwainnaillaihirojjiun, selepas itu bicaralah dengan Allah.
"Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
"Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Walau suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

***Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika dia telah tiada.

***Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit. Pergi ke pusara emak kita dan cakap: "Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin, kan?" atau "bapa, saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam kepada mereka.

Tanda tanda seksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping selalu sparekan duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagilah duit sebab kita nak cari orang susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang dan tak ada masa, jadi Allah hantarkan orang-orang susah ini untuk kita dapatkan pahala!

***Jika emak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila emak kita dah tak ada teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

***Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau nyanyuk. Ironinya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka disaat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui kasih sayang/ harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / amalan / sentuhan.

Tanda-tanda terkena saka:
Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.
Susah nak dapat anak, senang keguguran.
Ada rasa kelibat orang lalu.
Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tetapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakaplah sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Antara penyakit saka adalah kanser payudara, kanser rahim dan kanser tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang daripada syaitan adalah kanser, aids dan leukemia.

Kalau ibu kita sakit dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas "Qulhuwallahuahad…" 1000x sehari.

Anak Degil
Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon daripada orang yang dah cuba sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalau kita nak anak senang bangun ke sekolah.





Monday, September 19, 2011

DALAM HATI ADA TAMAN

dalam hati ada taman... dalam taman ada pokok2 bunge.... lagi..?... ada kumbang2.... , rama-rama... taman indah berseri.. dgan bunga2 yg ceria... taman yg indah dgn bunga2 semestinya menyedapkan mata2 dan menyegarkan minda dan hati.....

Haha... ya.. begitu juga la hati ini.... dlm memaksa untuk ceria... di tambah dgn doa dan harapan... kepda Yang Maha Esa... Ya.. hati ini ceria kembali secara semula jadi..... ceria seperti taman bunga ... erm....

Ya Allah.. semoga kau kekalkan keceriaan ini.. dan semoga setiap apa yg indah berlaku ini akan terus indah dgan izin Mu ... semoga apa yg Kau kurniakan ini... adalah dgn restuMU dan mendapat keberkatanMu.....

Jika Dia yg terbaik yg Kau utuskan Untuk Ku.. permudahkan setiap perkara yg kami lalui... dan semoga ada sesuatu yg baik antara kami selanjut nya.. Sesungguhnya... segala nya keranaMu... Hanya PadaMu...

Amin....

Saturday, September 10, 2011

Welcome...... SELAMAT Hari Raya.....

fuh.. bulan islam dah silih berganti... now dah masuk ke bulan Syawal... Hari Raya.. dah sambut..... Ramadhan dah berlalu..... tapi... blog ni tak update2 juge.... byk cite beku sudah tersimpan dlm peti besi tu.. heheh...

Sebenarnya mmg jari jemari ni nak tekan keyboard ni tak conteng blog mylavender ni.. tapi.. mmg sgt busy beberapa bulan kebelakangan ni.... balik keje dah lewat mlm.. so dah letih....

Mmg sy akui.... sy workaholic.. ada juga org kata gile keje... tapi itulah... kalo tak keje keras.. mane nak dpt hasil yer..dak.... makanya.. masa yg ada .. bekoje la kite...kannn..... untuk sara diri.. bayo kete.... duit poket.. petrol..... byr bill kan... ini lah hidup org bujang..... kalo tak keje keras.... miss soru... kannn....

penah keje smpai sakit2...... aduhai...... bukan x nak rest... tapi ..... errm.. itulah.. susah nak cite....

Sy penat sebenarnya beberapa bulan ni..... tapi... jika sy tak grab these opportunity...... org lain akan grab..kan... so... since peluang dpn mata..... selagi berkudrat... sy akan usahakan..demi sesuap nasi .... sy yg tahu condition sy..... maka sy akan buat the best untuk insan2 tersayang.. walaupun tergadai kesihatan..... yg penting.... sy penuhi segala keperluan .......

ha... Syawal tahun ni best sesangat dpt duit raya... dari bos yg bukan muslim..... erm... kan... .. paling best sangat2.. dpt duit raya dari mak n abah...!!!!... tak sangka tahun ni... dlm sejarah... sy dpt duit raya dari insan2 yg amat sy hormati lagi sy sayangi... sgt2 .ni... TQ mak abah...... love u soo much..!!!... nilai duit raya bulan syawal dan duit yg kite dpt hari2 lain .. mmg lain2 sgt2 tau.... Lagi best bile kite berpeluang bagi duit raya pada yg dtg beraya ke rumah .. terutama kanak2.... Alhamdulillah.. tahun ni... berkat kerja keras... dan di izin Allah.. ada rezeki sy bersedekah pd bulan yg mulia ini.....




Duit Raya yg akan mnjdi kenangan Paling Terindah....

Friday, August 12, 2011

Six easy ways

Six easy ways to earn even after death.

1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads from it, u gain.

2) Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain.

3) Participate in building a Masjid.

4) Place water cooler in a public place.

5) Plant a tree. U gain whenever a person, animal sits in its shade or eats from it.

6)And the easiest of all, Sharing this message with people. Even if 1 applies any of the above, u gain,

Amin

Salam Ramadhan... :)....

Saturday, July 30, 2011

Little Wedding in Little House....

Selepas 4 tahun.. yeah... sekali lagi di dlm keindahan bulan Jun ini... rumah kecil purple milik keluarga ku yg tercinta .. riuh rendah.. ceria dengan kesibukan urusan majlis perkahwinan.... erm... Majlis yg mmg dinanti2 oleh mak abah kami... Hati mak dan abah berbunga2 sekali lagi bile anak bujangnya utarakan suara nak tamatkan zaman bujang nya...!!... 

Yeah kali ni.....  mak abah akan dpt menantu perempuan .... Dia adik lelaki sulong kite.. kite ni ade 4 org adik .. 2 lelaki.. 2 perempuan... Now tinggal 3 org la adik yg still single.... erm.. Happy juga kerana kite akan dpt merasa adik ipar perempuan... tapi sedih gak la ye la lepas ni... adik lelaki kite tu akan ada tanggungjawab sendiri..... .....

Ok .. now layanla gambar- gambar sepanjang majlis tu....

Suka tgok wajah2 ceria mak.... mmg Mak sgt2 happy... ...

kepada adik kite tu... 'SELAMAT PENGANTIN BARU.. SEMOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA.... '

Majlis adalah sederhana, malah kad jemputan pun kite yg create sendiri.... berpeluh jugakla menyiapkan... yela jari jemari ni reti menulis dlm blog.. tup-tup kena create kad kahwin... maunyer tak berpeluh....!!!! huh.. .tapi mmg best sbb chalenging.... tapi ni bukan 1st time buat kad jemputan.. dulu masa kak long kite kawin pun.. kite gak yg turun padang cipta kad jemputan dia... huhuuu... jimat kos... katenyer..... errrm... what ever.. ...... kite no hal.. tak reti pun kite akan cube gak sampai jadi.. hahahah....

Majlis yg sederhana dengan bajet yg mmg ciput..!!.. maklumkan majlis menerima menantu... duit dah abis untuk di hantaran ke penganting perempuan... kann..... tapi bila khemah dah dirikan di halaman.. dan goyong royong merewang masak memasak... hah.. gak..!!.. nampak macam majlis gilang gemilang you..!!...  itulah yg di namakan rezeki....

poket ku keluar byg gak.. mcm majlis aku la pulak.. !!.. tak pe. yg penting mak gembira... dan majlis berjalan lancar... biar kering sendiri...

emmm.....

apapun... SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ADIK LELAKI KU... SEMOGA IKATAN KEKAL HINGGA KE JANNAH... !!.. AMINNN.....



Kisah Hati... Si dia...

Mentari pagi yang menyirami
Pelangi menghilang pergi
Mengering Embun pagi
Dedaunan lesu sepi

Cinta di nodai
sayang di khianati
kasih menghilang pergi
penyesalan tidak bererti

Hargailah ia bila memiliki
mutiara hati yang menghadiri
Menjalani hidup penuh direstui
Syukuri anugerah tertinggi dari Ilahi

Cinta dan pengorbanan
Manik-manik mutiara gugur lagi
Rintangan yang perlu dilalui
Bukan senang untuk menyintai
Bukan senang utk melupakan yang dicintai
Terimalah seadanya HATI..

Sebuah cita....Kisah kita
antara aku dan kamu
menjadi yang satu
menunggu merindu
Jerih cinta tetap kutiti
walau duri menghalang pergi

bila jiwa bersatu hati
kesengsaraan tidak bererti
kerna kau kekasih hati
Madah cinta mengamit mesra
mutiara kata ilham tercipta
cinta hadir bukan dicipta
lahir dengan tanpa dipaksa

Kesetiaan cinta ini
airmata menjadi saksi
Tuhan tahu niatku suci
cinta lahir dari lubuk hati

Kehebatan cinta ini
kasih takkan berderai
biar hari berganti
sayang takkan terlerai
bahagia menanti dimahligai
bagai kasturi harum mewangi
Cinta tanpa kata
Tersirat seribu makna
Hati terus berbicara
Mencari erti sebuah cinta
Sebuah cinta dan harapan
Rapuh dalam erti kekosongan
Igauan mimpi berterbangan
Bila dusta dalam perhubungan

menghulur cinta tanpa jemu
tempias rindu ingin bertemu
kasihku abadi dari dulu
tak terluput terpatri dikalbu

terang alam dipancari suria
awan putih menyeri di langit biru
sangat dalam cinta padanya
seputih hati terkarang dikalbu

mendengar ombak berlagu puisi
kegirangan diri mengisi hati
padamu kasih ,sayang bertali
tersimpul mati bagai dipatri..

tepian pantai buih memutih
selembut sutera pasir bersih
terkenang daku padamu kasih
janji setia padamu tidak beralih

cahaya intan sinar berkaca
sifat nyata tiada berbeda
nur iman bagai mutiara
tersimpan dalam mahligai jiwa


(nukilan Haziqidham) terima kasih membenarkan puisi ini di 'frame' di myLavender ...

Bile bace dan hayati... sayu hati... terkenang kembali kisah diri ini.... seakan sama spt puisi tercipta ini.... kenangan... pengalaman.... semoga hati ke hati terus bersemangat jalani kehidupan seterusnya.... .. 

Thursday, July 14, 2011

KEBAHAGIAAN KU HANYA DARI-MU....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah… 
Seandainya telah Engkau catatkan…Dia milikku tercipta buatku… 
Satukanlah hatinya dengan hatiku… 
Titipkanlah kebahagiaan antara kami… Agar kemesraan itu abadi…  

Ya Allah…Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani… 
Seiringkanlah kami melayari hidup ini… 
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami… Tetapi Ya Allah… 
Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku… 
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
 Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…  

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti… 
Berikanlah aku kekuatan… 
Menolak bayangannya jauh ke dada langit… 
Hilang bersama senja yang merah… 
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…  

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…  
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan  
Adalah yang terbaik untukku… 
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…  
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…  

Ya Allah… 
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…Di dunia dan akhirat… 
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini… 
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…Di dunia ini mahupun di akhirat…
 Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran… 

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… 
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… 
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah… 
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.


 
 (suara hati Mylavendermysitimyanna)

Monday, May 9, 2011

AKU BUKANNYA MALAIKAT

Bukankah kita ini manusia biasa sahaja?
Manusia biasa.



M.a.n.u.s.i.a.

Bila dikatakan manusia, maka ia akan penuh dengan :
1) Kelemahan
2) Perasaan
3) kealpaan.

Kerana itu ia berbeza dengan malaikat.
Malaikat tiada perasaan. Malaikat tiada belas kasihan.Dan malaikat itu tidak lemah.

Pernah aku terasa down apabila seorang anak usrah aku, jatuh hormat padaku hanya kerana aku suka menyanyi di rumah. Mungkin gambaran kakak naqibah pada dirinya adalah akak yang sangat 'tsiqah' dan penuh kenaqibahan.
Pernah juga kebanyakan dari akhawat geram, mengapa ikhwah selalu memilih akhawat yang comel-comel dan cantik-cantik sebagai calon isterinya.
Pernah juga kita sendiri jatuh perasaan hormat kita pada seorang murabbi ataupun ustaz, hanya satu atau dua kesalahan kecilnya pada kita.
Atau kita menghukum manusia-manusia yang tidak sebulu dengan kita dikalangan ikhwah akhawat.
Bila kita lihat seorang itu syadid, kita mengatakan itu dan ini. Bila melihat ikhwah akhwat kita terlalu bermudah-mudahan, kita kata itu dan ini. ( seolah-olahnya kita selalu sahaja yang sempurna!)
Ataupun kita langsung tak respect pada ikwah akhwat kita yang tak membawa usrah. Ataupun tidak aktif di medan lapangan dakwah. malah kita selalu mengungkit-ngungkit kisah silam:
'dahulu, punyalah aktif, sekarang senyap sahaja!'
tanpa kita meneliti masalahnya, memuhasabah dirinya dan membantunya membaiki keadaan yang ada.
Sehinggakan kita sendiri lupa, yang kita sendiri adalah manusia. Kita sendiri lupa, di saat kita sendiri berbuat kesalahan, kita menjadi down dan sangat lemah, kerana kita berbuat kesalahan yang sama, kesalahan yang pernah kita sendiri teguri satu masa dahulu.

Surah at-tahrim, menunjukkan betapa manusianya seorang rasul bernama Muhammad. Menunjukkan baginda sendiri terpegun dengan kecantikan Zainab. Pernah dahulu saya amat jengkil melihat borang-borang ikhwah yang diberikan oleh mutarabbi saya untuk disemak mereka. Ternyata kebanyakkannya meletakkan ciri fizikal, kriteria utama dalam pemilihan.
Namun , apabila fasa telah berlalu. Pengalaman sendiri dilalui, ternyata bahawa kemanusiaan manusia itu tidak salah. Itu sebahagian dari fitrah manusia. Dan bagaimana islam tidak memenjarakan fitrah itu, tetapi memandunya menjadi manusia dan makhluk yang lebih hebat dari malaikat.
Dalam surah itu sendiri, Allah menceritakan betapa Rasulullah juga kecil hati dengan tindakan aisyah dan hafsah yang mahu 'mengkenakan' baginda.
Kalau kita fikirkan,
' helllo???? Rasulullah kot?? takkanlah nak terasa hati dan sensitif dengan isteri dia? kenalah toughkan?'
Kerana Rasulullah itu adalah manusia.
Dan kita pelik dan terkejut, manusia paling dekat dengan Nabi, Aisyah dan Hafsa, periwayat hadis, sebaik-baik wanita di zaman itu, boleh ada perasaan cemburu, ada perasaan nak 'mengenakan' madu dia.
dan kita berfikir: ' hellloooo? aisyah dan hafsah kot??? takkanlah nak jeles??? tolonglah! dahlah jadi isteri rasulullah kan?Takkanlah nak kenakan madu dia sendirikan?'
tapi itulah dia manusia. Manusianya isteri rasulullah.
Sebulan peristiwa itu berlaku sebelum Allah datangkan jawapannya.Menegur Rasulullah. Menegur Aisyah dan Hafsah. Dan Allah mengampuni dosa mereka.
Mereka berdua berpakat untuk menjauhkan rasulullah dari zainab. Kerana cemburunya mereka pada zainab. Satu hari bila rasulullah pulang pada mereka, mereka kata pada rasulullah: Bau mulutmu macam maghafir ( bau getah yang busuk)' . Sedangkan ketika itu rasulullah baru sahaja makan madu di rumah zainab. Sedangkan Rasulullah sangat sukakan madu.
Di tika itu, Rasulullah terus katakan pada mereka: 'aku haramkan madu untuk diriku!'
Sehinggalah Allah turunkan surah at-tahrim dan juga menegur Aisyah dan Hafsah. Peristiwa kegoncangan rumah tangga rasulullah ini sangat besar, sehinggakan dikatakan kepada Umar, ini adalah lebih besar dari malapetaka datanganya tentera Ghassan ke Madinah. Menunjukkan impak yang besar, akan sekecil-kecil benda yang berlaku dalam rumah tangga Rasulullah.

Kerana itu, daie ataupun mana-mana murabbi, mereka itu bukanlah malaikat.

Apabila kita menerima manusia lain sebagai manusia, manusia akan terima kita sebagai manusia juga.

Apabila kita memaafkan kekhilafan kecil murabbi atau ikhwah/akhwat kita, maka orang lain akan memaafkan kekhilafan kita.

Kekhilafan adalah untuk dibetulkan, bukan untuk dibenci dan dikutuk-kutuk dijauhi.

There is always a second chance.
Masih ada peluang untuk membaiki keadaan.
Selepas mendung, pasti adanya mentari,
Selepas hujan, pasti adanya pelangi
Selepas ujian, pastinya ada kebahagiaan.

Takkan selamanya manusia itu berada dalam kesalahan yang sama.Begitulah juga dengan kita.
Berimbanglah dengan tajarudnya kita pada Islam, dengan insaniyahnya manusia.

Manusia ada perasaan. Manusia ada kekurangan. We can never be perfect.

Jangan takut bila ada kelemahan yang kita miliki menyebabkan orang membenci kita. kerana kita masih belajar, dan akan terus belajar. kita akan terus membaiki diri kita sendiri.

Begitu juga, apabila melihat kelemahan orang yang kita hormati, maafkanlah dia, dan baikilah keadaan dia.

Bukankah Islam itu bersifat seimbang? Tajarud tidak bemakna menolak kemanusiaan manusia.

Namun bermudah-mudahan dalam perkara-perkara kemanusian tidak patut menjadi alasan untuk kita tidak tajarud.
Berimbanglah.
' I tak suka bila orang ada high expectation, we can never be ourselves' pernah aku mengadu pada mutarabbiku,za.
' Sebab itulah kak, kita buat kerana Allah, bukan kerana manusiakan?'

Sejak dari itu, kurang sedikit tekananku untuk menjadi diriku sendiri dihadapan mereka yang mengenali diriku.
Kerana kita buat semua perkara kerana Allah. BUKAN UNTUK MEMENUHI EXPECTATION MANUSIA.

Jadilah manusia, dan hargailah manusia itu.

Dan ternyata, kehidupan Rasulullah, contoh seorang manusia yang tajarud, merupakan cerminan terindah buat kita.

Kerana kita, selamanya takkan menjadi seperti malaikat.

*petikan ini di ambil dari Artikel iluvislam.co*

Friday, April 1, 2011

IMAN vs NAFSU

Suatu pagi yang hening ketika berkumandangnya azan subuh,

Iman : Bos, bangun ! Dah masuk waktu subuh ni.
Syaitan @ Nafsu : Alah... Baru azan bos. Tidur la lagi.

Iman : Bangun bos ! kalau bangun awal dan siap awal boleh solat jemaah di masjid
Syaitan @ Nafsu : Belum iqomat lagi. Nanti dah qomat baru la bos bangun.

15 minit selepas azan berkumandang...

Iman : Bos, masjid dah qomat tu. Jom bangun, solat di masjid !
Syaitan @ Nafsu : Tak payah la pergi masjid. Solat di rumah pun sah juga bos. Tidur dulu. Waktu subuh panjang lagi ni.

Selepas 59 minit berlalu, dia terjaga dari tidurnya...

Iman : Bos dah lewat ni, jom solat !
Syaitan @ Nafsu : Alang-alang dah lewat, baik bos terus tidur je. Nanti boleh qodho' solat tu.

Boleh dikatakan setiap pagi kita akan melalui situasi seperti di atas. Di mana kita perlu memilih antara memenangkan iman ataupun syaitan dan nafsu kita. Kalau iman yang kita pilih, maka kita akan bangun menunaikan solat subuh dengan segera. Tapi jika syaitan dan nafsu yang menjadi pilihan maka kita akan tangguh dan tangguh menunaikan solat. Lebih malang lagi jika kita terus tidur sehingga habisnya waktu subuh. Banyak lagi situasi yang memerlukan kita membuat pilihan sama ada memenuhi kehendak iman ataupun nafsu dan syaitan. Syaitan akan membutakan mata kita dan menjadikan dosa dan maksiat yang kita lakukan nampak indah.
Firman Allah dalam Surah an-Nahl ayat 63 yang bermaksud
"Demi Allah, sungguh Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum engkau (Muhammad), tetapi syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan mereka (yang buruk), sehingga dia (syaitan) menjadi pemimpin mereka pada hari ini dan mereka akan mendapat azab yang sangat pedih".

Begitulah sahabat-sahabat sekalian, syaitan dan nafsu menggoda kita agar lalai dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Ada saja alasan dan cara yang diberikan kepada kita supaya kita mengikut telunjuk dia. Kreatif dan liciknya makhluk Allah yang bernama syaitan ini dalam menyesatkan anak cucu nabi Adam. Mereka bersungguh-sungguh menggunakan waktu yang diberikan oleh Allah ini untuk mengumpul pengikutnya sebanyak yang boleh untuk bersama-sama mereka di neraka kelak.
Firman Allah dalam Surah Fatir ayat 6 yang bermaksud
"Sungguh, syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh. kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala".

Syaitan tidak pernah berputus asa untuk menggoda manusia. Jika plan atau strategi pertama tidak menjadi maka dia akan ubah kepada plan kedua dan begitulah seterusnya sehingga manusia terkulai dengan pujuk rayu syaitan. Nau'zubillah. Contohnya jika mereka tidak berjaya menghalang manusia dari melakukan ketaatan maka mereka akan menusuk pula jarum riak ke dalam diri manusia agar berbangga dengan amal kebaikan yang dilakukan. Apabila ada sebesar zarah riak yang timbul pada setiap amal yang kita lakukan maka amalan itu akan tertolak. Syaitan memang mahukan kita miskin pahala dan kaya dengan dosa.
Itulah antara kelebihan syaitan, tidak pernah putus asa dan licik serta kreatif dalam menggoda manusia. Kelemahan kita manusia pula ialah sering termakan dengan tipu daya mereka. Manusia yang sering leka dan lalai dari mengingati Allah adalah sasaran yang paling mudah untuk ditumpaskan dan dikalahkan oleh godaan syaitan ini berbanding mereka yang selalu mengingati Allah.
Firman Allah dalam surah Al-'Araf ayat 201 yang bermaksud
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)".

Sahabat sekalian, jangan biarkan diri dikuasai nafsu dan syaitan sekiranya tidak mahu dihumban ke dalam api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia yang derhaka dengan perintah Allah. Jikalau kita mampu untuk menahan azab Allah di akhirat kelak, maka berbuatlah sesuka hati di di dunia ini dan turutilah telunjuk syaitan. Tapi jika kita mahu menikmati keindahan syurga kelak maka berkorbanlah menahan keinginan nafsu dari melakukan perkara yang dimurkai Allah dan berhentilah dari terus menerus mengikut jejak langkah syaitan. Syaitan tidak mampu untuk menolong dirinya sendiri apatah lagi kita diakhirat kelak. Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 22 yang bermaksud
"Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu. "Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih".

Satu kata-kata hikmah yang berbunyi
"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan. Kebatilan akan mendekatkan kamu dengan syaitan"

Oleh itu sahabat, jangan biarkan diri lalai dan leka sehingga memudahkan syaitan menggoda kita. Pelajarilah 2 sifat syaitan iaitu tidak mudah putus asa dan kreatif. Jadilah orang yang tidak putus asa dengan rahmat Allah dan orang yang kreatif dalam menolak segala pujuk rayu syaitan laknatullah. Moga kita dijauhkan oleh Allah dengan makhluk yang bernama syaitan ini.
Firman Allah dalam surah Al-'Araf ayat 200 yang bermaksud

"Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah (dengan membaca a'uzubillahi minassyaitanirrajim). Sungguh, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui".



(Terima Kasih iluvislam.com)

Sunday, March 27, 2011

JANGAN TANGISI APA YG BUKAN MILIK KITA

Dari malam tadi.. mata sy menonton tv.. siaran ulangan konsert Aznil ... mmg ikut menyanyi.. mmg terhibur.. .mmg pecah perut ngan keletah dan juga ngan ape yg ditontonkan...Memang Aznil ada getaran yg tersendiri... CONGRATS la Pak Nil.. Sy sendiri yg telah secara LIVE berborak ngan Pak Nil di Radio Era dan juga secara berdepan mmg amat2 terasa getaran dan aura Pak Nil tu... Mmg dia punya Aura tersendiri yg bisa di sayangi sesiapa Juga.... Saya mmg mengkagumi karekter Aznil Nawawi itu..... apa juga rancangannya.... pasti sy tak lepas untuk menononnyer..... erm.. BEST.....!!!!


TAPI.. SEBENARNYA BUKAN ITU SY NAK CITE... SBENARNYA DI SEBALIK MATA YG MENONTON ..FIKIRAN DAN MINDA SEBENARNYA BERADA DI SATU TEMPAT LAIN..... MINDA SY JAUH DARI KACA TV...... HATI SY MENANGIS.... DAN HATI SY TERTANYA... 'KENAPA'....

erm.... Namun pgi ini sy terjumpa artikel ini..yg mmg kena benar batang hidung ni... .Artikel yg buat sy kena sedar dan yakin ngan hikmah semua yg terjadi pda sy kebelakangan ni.... Artikel yg memberi motivasi dan memberi sy lebih bersemangat untuk hidup dan REDHA... ....

Jom la ni kat bawah ni sy kongsikan... :

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

- Artikel iluvislam.com





'Ya Allah.. semoga diri ini sentiasa dalam lingkungan rahmatMu dan Lindungi diri dan Hati Ku.... Sesungguhnya Kau Lebih mengetahui segala2nya... Kau penentu hidup ku yg terbaik... Ku yakin akan hikmah di sebalik kejadian ini.... Semoga Hati ku akan lebih cekal dan REDHA akan semua Ini...... Ameeen...'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...